TECH By: SGMS Putri July 15, 2018 @ 12:44pm

Jemaah Haji Tahun 2029 Mungkin Dilengkapi Dengan Peralatan Canggih

Kepesatan teknologi di era moden ini sememangya banyak membantu kita dalam mengharungi aktiviti seharian. Perkara-perkara yang sebelum ini dianggap sukar kini lebih mudah dengan kehadiran ciptaan serba canggih.

Tidak mahu ketinggalan dalam arus teknologi tersebut, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilihat memasang cita-cita besar untuk jemaah haji bagi tahun 1451H/2029.

Dikutip dari Twitter @HajMinistry, kementerian berkenaan mungkin melengkapkan tetamu tanah suci dengan suatu sistem yang berteknologi tinggi.

 

وزارة الحج والعمرة

@HajMinistry

 
 

نظرة إلى مستقبل الحج والعمرة

 

Video berdurasi 2 minit 51 saat itu menunjukkan jemaah akan diberi peralatan seperti gelang tangan pintar, fon telinga tanpa wayar serta kad pintar lut sinar.

Kad pintar lutsinar tersebut dapat mempercepatkan urusan daftar masuk dilapangan terbang tanpa melalui kaunter kastam, selain dapat digunakan sebagai tiket kepada perkhidmatan keretapi juga akses kepada hotel yang diinapi.

Dua lagi peranti adalah fon telinga tanpa wayar dan gelang tangan pintar untuk tujuan memberitahu maklumat tentang waktu tawaf dan beberapa informasi penting lain.

Kedua-duanya juga boleh disambungkan ke telefon pintar dan sekiranya jemaah tersesat, mereka boleh mengesan lokasi yang sepatutnya mereka berada.

Saban tahun, jumlah jemaah haji semakin meningkat dan sudah pasti teknologi yang dikongsikan diatas mampu melincinkan lagi perjalanan jemaah haji ketika melakukan ibadah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 28 Jan 2019

网页版十年挑战!还记得脸书、Youtube等网站十年前的模样吗?

你十年挑战了吗?最近在社群中颇为热门的 #10yearchallenge,引起了一波回顾潮;你每天刷刷脸书之外,还会造访什么网站呢?我们就来个十年挑战网页版……

TECH Thu, 12 Dec 2019

Google Dedah Senarai Carian Terbanyak Sepanjang Tahun 2019

Wow, bagus juga informasi ini yang dikongsikan oleh Google

Automobile Thu, 12 Jul 2018

为什么欧系车后座脚下有Hump,日系车却没有?

许多轿车后座中央位置的脚下,都会有一个凸起的Hump,而这个凸起的部分也让后座中间乘客岔开大腿才能坐好,相当尴尬;不过日系车款却大多是平坦的。这究竟是为什么呢?

TECH Tue, 19 Jun 2018

Kesan Lokasi Kereta Atau Motosikal Yang Dicuri

Kereta anda dicuri?Anda ingin mengesan kenderaan anda dimana?Cubalah info yang kami kongsikan ini.

TECH Sun, 29 Jul 2018

Huawei Mate 20 Pro Dilapor Boleh Bertindak Sebagai Pengecas Tanpa Wayar

Huawei Mate 20 Pro kini boleh bertindak sebagai cas tanpa wayar untuk fon telinga Freebuds 2 Pro.

TECH Wed, 11 Jul 2018

Khabar Angin OnePlus 6T Mungkin Dilengkapi Dengan 3 Kamera Utama Serta Kamera Pop-Up

Tetapan tiga kamera mula mendapat perhatian selepas Huawei memperkenalkan model P20 Pro yang dilengkapi 3 lensa dari Leica. Ramai beranggapan ia perubahan yang besar untuk tahun ini tetapi beberapa bulan selepas itu, Vivo serta OPPO […]

Automobile Wed, 23 May 2018

Push Start 能致死?原因竟然是因为这样!

究竟什么原因Push Start无钥匙进入竟然会导致一氧化碳中毒?

TECH Sun, 21 Jan 2018

8 Fungsi Rahsia Google Chrome Yang Perlu Anda Tahu

Ada beberapa fungsi ‘Google Chrome’ yang perlu anda ketahui.Berikut adalah fungsi-fungsinya.

TECH Wed, 14 Mar 2018

Ketahui Apa Itu AP Set, Recond Set Dan Original Set?

Setiap kali apabila kita mahu membeli handphone baru pasti kita akan ditawarkan dengan 3 terma ini, iaitu AP, Ori dan Recond. Namun begitu, adakah anda tahu apa disebalik ketiga-tiga terma ini?

Hiburan Sat, 28 Jul 2018

Xiaomi Hilang Status Sebagai Jenama Telefon Pintar Paling Popular Di India Kepada Samsung

Xiaomi sebelum ini menjadi peranti paling popular di India sejak enam bulan yang lalu, dan sebahagian besar dari tempoh itu mereka diekori rapat oleh Samsung di tempat kedua. Namun, perkara itu nampaknya telah berubah apabila Samsung dilaporkan […]

| Live TV