Trending By: Aisyah Badrul June 26, 2020 @ 10:00am

Genap 100 Hari PKP,Saksi Kejayaan Malaysia Tangani Wabak Covid-19

Pada hari Khamis 25 Jun kelmarin, genap 100 hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sepanjang tempoh ini, kita telah melihat kejayaan negara dalam meratakan lengkung penularan wabak, sekali gus mengurangkan penularan kes dalam komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, untuk memastikan negara pulih sepenuhnya dan berjaya menjalani fasa PKP Pemulihan (PKPP) dengan kehidupan kebiasaan baharu, masyarakat perlu memainkan peranan yang lebih besar dengan mematuhi segala nasihat dan prosedur operasi standard (SOP), yang ditetapkan.

”Jumlah kes aktif kini menurun kepada hanya 208 kes dan peratus kematian turut menurun kepada 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Ini menandakan Malaysia berada dalam fasa pemulihan.

”Kejayaan meratakan lengkung graf COVID-19 dan juga mengurangkan penularan kes dalam komuniti adalah hasil tindakan bersama semua pihak, termasuk komuniti dan masyarakat,” katanya menerusi sidang media harian Covid-19.

Kes semakin berkurang

Mengimbas semula di awal pelaksanaan PKP, beliau menjelaskan ketika itu jumlah kes positif  telah mencecah 790 kes dengan dua kematian pertama, dicatatkan pada 17 Mac.

Tambahnya dalam tempoh itu, kapasiti ujian makmal harian bagi RTPCR meningkat empat kali ganda kepada 27,233 ujian, dengan jumlah katil di hospital, ICU, dan alat pernafasan, masing-masing 8,794 unit, 438 unit dan 1,097 mesin.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, jumlah kes aktif ketika itu adalah 2,596 kes dan peratus kematian adalah 1.62 peratus, daripada jumlah keseluruhan kes.

Kejayaan negara Malaysia dalam membendung wabak ini haruslah diberi pujian. Terima kasih untuk para frontliners dan rakyat Malaysia yang telah memberi kerjasama dengan baik! #kitajagakita

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Dec 2019
Trending Mon, 13 Apr 2020

[Terkini] COVID-19: Kadar Kesembuhan Di Malaysia Antara Yang Tertinggi Di Dunia

Tak sabarnya nak tunggu Malaysia isytihar bebas COVID-19..

Trending Thu, 27 Sep 2018

如果《复仇者联盟》英雄们是韩国人?索尔「韩服高丽王」帅爆啦!

《复仇者联盟》英雄们除了带给影迷许多刺激,也激发了许多人的绘画灵感!一位来自韩国的画家匡光创作了以「化身为韩国人」的《复仇者联盟》英雄们的一系列作品,画风让让人感到耳目一新。

Trending Tue, 11 Feb 2020
Trending Fri, 29 Nov 2019

Wanita Rentung Dijumpai Bawah Jambatan

Selepas di rogol di bakar hingga rentung

Trending Mon, 26 Mar 2018

It’s Official, Feeling Annoyed by Chewing Sounds is a Psychiatric Disorder

Wondering why you get super annoyed by loud chewing noises? That’s because it’s a psychiatric disorder.

Trending Wed, 20 Dec 2017

WHAT WE CAN LEARN FROM DATUK JIMMY CHOO’S ‘RAG TO RICHES’ STORY

Datuk Jimmy Choo wasn’t born with a silver spoon in his mouth. He really worked hard to get to where he is today.

Trending Mon, 22 Jul 2019

| Live TV