TECH By: SGMS Putri March 14, 2018 @ 3:11pm

Ketahui Apa Itu AP Set, Recond Set Dan Original Set?

Setiap kali apabila kita mahu membeli handphone baru pasti kita akan ditawarkan dengan 3 terma ini, iaitu AP, Ori dan Recond. Namun begitu, adakah anda tahu apa disebalik ketiga-tiga terma ini? Mungkin ramai yang hanya melihat perbezaan harga yang ketara dan kualiti yang berbeza. Adakah AP dan recond set adalah set tiruan?

ORIGINAL SET
Original set bermaksud “handphone” dibeli daripada pengedar yang sah, bukan bermakna peranti yang dijual di kedai-kedai yang tidak rasmi adalah tidak original, namun risikonya tetap ada. Harga original set selalunya lebih mahal daripada set yang lain berikutan cukai yang dikenakan kerajaan dan pembelian adalah melalui pengedar (pengedar juga nak untung). Jaminan untuk original set adalah keutamaan sebenarnya, iaitu jaminan yang dibekalkan oleh pengedar sah ini boleh di-claim dimana-mana cawangan pengedar sah seluruh negara. Berbeza dengan jaminan yang diperuntukkan oleh set AP dan recond.

AP SET
AP set sebenarnya juga original set, tetapi ia tidak dijual melalui pengedar yang sah. AP set boleh juga dikatakan masuk ke Malaysia melalui pengedar yang tidak sah dan tidak diketahui. Ini termasuk melalui pembelian secara borong oleh peniaga daripada ebay, atau pembelian secara terus dari luar negara. Harga yang ditawarkan adalah lebih rendahdaripada harga original set, tetapi jaminan adalah sangat terhad. Terhad disini bermaksud jaminan hanya boleh di-claim di kedai yang menjual peranti pintar tersebut dan tidak boleh di-claim melalui pengedar yang sah. Sebagai contoh, anda membeli peranti Samsung AP set dari Alor Setar tetapi anda tinggal di Kuala Lumpur. Jika peranti tersebut mengalami apa-apa masalah, anda perlu merujuk kedai yang anda beli di Alor Setar. Kualiti AP set adalah sama dengan original set.

RECOND SET
Recond set adalah berasal daripada perkataan “recondition” atau dalam bahasa melayunya “dibaikpulih”. Recond set adalah berasal daripada perantiperanti pintar yang rosak tetapi dibetulkan. Sebagai contoh, setiap kilang membuat “handphone” akan mempunyai “scrap” atau “reject” berikutan kualiti yang dikeluarkan tidak menyamai standard yang akan dijual kepada orang awam. Tetapi, peranti ini akan di “rework” untuk kualiti gred berbeza dan cara jualan yang berbeza. Sememangnya, ketiga-tiga jenis set peranti pintar ini adalah datangnya daripada kilang yang sama tetapi kualiti dan warranty yang diberikan adalah berbeza. Jaminan recond set sama seperti AP set dan harga recond set pula lebih rendah daripada AP set.

iPhone
iPhone berbeza dengan model-model peranti pintar lain di pasaran kerana iPhone tidak mempunyai AP set. iPhone dijual melalui pengedar yang sah (apple store). iPhone juga sebenarnya tidak dibenarkan penjualan di kedai handphone biasa. Bahkan, kebanyakan kedai handphone biasa akan menjual iPhone dengan harga sedikit mahal daripada Apple Store kerana mereka juga membeli daripada Apple Store. Jaminan yang diberikan oleh Apple adalah international warranty dan selalunya produk-produk apple dilindungi jaminan dengan one-on-one. Bermaksud, jika iPhone yang anda beli rosak dalam tempoh jaminan, anda boleh menukar iPhone anda dengan yang baru. iPhone juga mempunyai recond set. Recond set untuk iPhone sebenarnya sukar didapati kerana recond set ini adalah berasal daripada iPhone yang di-return kepada apple dalam tempoh jaminan. Apple akan “recondition” semula iPhone yang rosak ini dan dijual oleh pengedar-pengedar yang tidak diketahui. Selalunya, recondition set untuk iPhone akan ada selepas beberapa model iPhone baru dilancarkan. Sebagai contoh, setelah iPhone 5 dikeluarkan, iPhone 4S dan iPhone 4 tidak akan dijual lagi oleh Apple. Set baru yang terdapat dalam pasaran selepas iPhone 5 dikeluarkan adalah recond set, ataupun iPhone yang tidak habis terjual sebelum pelancaran iPhone 5.

Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat untuk semua!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 29 Aug 2019
TECH Mon, 8 Jul 2019

太常滑IG!专家:容易变寂寞爱比较

你今天滑IG了吗?英研究:玩太久容易寂寞,爱比较心情差。

TECH Fri, 12 Jan 2018

Atasi Masalah PC Windows selalu “Restart”

Masalah “Restart” yang kerap dialami oleh pengguna Windows, apa kata cuba tips ini

Automobile Wed, 22 Aug 2018

如何预防配有Keyless系统的汽车被窃贼盗走?

Keyless系统固然方便,但也「顺道」方便了偷车贼,有什么方法可以防止你的爱车被偷走呢?

TECH Wed, 7 Aug 2019

Matikan Story dan Post Instagram Orang Lain Tanpa Unfollow

Resah dengan akaun yang membuat banyak Story dan Post di Instagram? Sembunyikan sahaja akaun tersebut tanpa unfollow dengan cara ini.

TECH Sun, 10 Mar 2019

10 Aplikasi Permainan Menarik Yang Boleh Anda Mainkan Tanpa WiFi

Mungkin anda selalu berada dikawasan luar rangkaian WiFi dan internet, berikut merupakan 15 aplikasi permainan yang boleh anda muat turun.

TECH Wed, 18 Dec 2019

Dengan Satu Hantaran Mesej Pada Aplikasi WhatsApp Menyebabkan Mesej Grup Dipadam

Berpunca daripada pepijat aplikasi tersebut yang boleh diekplotasi untuk dijadikan senjata oleh penyerang.

TECH Fri, 23 Nov 2018
TECH Thu, 17 May 2018

Kawal Aktiviti & Berhenti Menonton Ikut Waktu Dengan Ciri Baru YouTube Ini

Take A Break antara applikasi terbaru dari Youtube kawal aktiviti & berhenti menonton ikut waktu

TECH Sat, 1 Jun 2019

Swafoto Lebih Baik Dengan Samsung Galaxy Note9, Bukan Kerana Kameranya Tapi…

Apa yang menjadikan Samsung Note9 dapat menghasilkan gambar yang cantik?

| Live TV