TECH By: SGMS Putri June 19, 2018 @ 11:16am

Kesan Lokasi Kereta Atau Motosikal Yang Dicuri

Kepada anda yang masih tercari – cari cara untuk memasang penjejak lokasi GPS pada kenderaan. Memang banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan tersebut, namun apa yang menjadi masalah utama adalah harganya yang sangat mahal sehinggakan ada yang mencecah ribuan ringgit.

Berikut kami kongsikan salah satu alat pengesan GPS yang berharga ekonomi yang boleh anda dapatkan secara atas talian. Bukan sahaja murah, malah ianya mudah digunakan dan mesra pengguna. Untuk makluman anda, artikel ini bukan bertujuan untuk pengiklanan apa – apa produk, hanya sekadar perkongsian.

Kepada yang berminat untuk mencuba, boleh sahaja membuat carian dengan nama Tkstar GPS tracker pada mana – mana laman kedai atas talian seperti lazada, Ali express dan lain – lain.

Berikut adalah peranti yang anda akan dapati. Ianya adalah satu peranti penjejak GPS yang sangat berkesan, tahan lasak dan kalis air.

 

Apa yang menarik, ianya sudah dilengkapi dengan bateri yang boleh diulang caj. Dan bateri tersebut boleh bertahan lebih daripada dua bulan selepas dicaj penuh.

Peranti ini juga dilengkapi dengan magnet yang kuat, dimana anda boleh melekatkannya pada mana – mana bahagian besi pada kenderaan anda.

Cara untuk menggunakannya juga sangat mudah, iaitu dengan hanya berbekalkan simkad yang aktif dan ia memrlukan sedikit “topup” bagi bertujuan penghnataran SMS. Yang mana lokasi terkini akan dihantar terus kepda telefon anda dalam bentuk SMS yang mengandungi pautan lokasi Google Maps. Kami syorkan anda menggunakan simkad yang tiada tempoh luput seperti Onexox dan sebagainya.

Selain menggunakan SMS, ianya juga boleh dikesan secara langsung menggunakan aplikasi yang disediakan khusus untuk peranti ini.

Untuk maklumat tutorial yang lebih lanjut, boleh sahaja rujuk video berikut.

 

Kredit video : Mr Tang

Sangat menarik bukan? Berdasarkan carian yang kami buat, harga yang ditawarkan adalah dalam lingkungan RM160 – RM225 untuk satu unit peranti.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Sumber : wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 3 Dec 2018

Cara Mengatasi Google Play Store Error

kalau anda ada masalah google play store error boleh mencuba tips ini

LIFESTYLE Wed, 9 Jan 2019

Berita Baik Untuk Semua, CJ WOW Shop Kini Boleh Di Tonton Sepanjang Hari!

Beli belah anda di rumah lebih mudah dengan CJ WOW SHOP hanya disaluran ntv7 dan TV9!

TECH Thu, 19 Jul 2018

Menghapuskan Folder Kosong Pada Android

Jika anda ingin membuang fail kosong yang berada dalam telefon anda,cubalah cara ini.

TECH Fri, 14 Dec 2018
TECH Sun, 26 Nov 2017

Cara Mendapatkan Semula Fail Yang Telah Terpadam Pada Adnroid Atau PC

Pernahkah anda panik kerana terpadam satu fail pada PC atau android anda? Berikut kami kongsikan salah satu kaedah yang boleh anda cuba. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut. Langkah 1 Pertama sekali muat turun […]

TECH Thu, 14 Jun 2018

Tidak Mahu e-Mel Dibaca Selain Daripada Penerima?Guna Confidential Mode

Apabila kita menghantar maklumat melalui Email atau Gmail,kita pasti tidak mahu yang bukan penerima membaca isi kandungan E-mel kita.Kami ada tips untuk memastikan maklumat anda kekal ‘Confidential’.

TECH Sat, 11 Aug 2018

Cara Menghapus Aplikasi Bawaan di Android Tanpa Root

Jika smartphone Anda termasuk yang memiliki banyak bloatware dan ingin menghilangkannya

TECH Thu, 7 Feb 2019

Adik, Nenek and Kakak Never Out of Reach with Unifi’s #khabarbaik Plans Suitable For All

The better the coverage, the better the service, the better the connection!

TECH Wed, 12 Sep 2018

史上最酷的球鞋诞生!让你走路自带动画的Shiftwear

热衷于收集球鞋的人绝对不能错过这双!来自纽约的创业团队—ShiftWear 开发出一款号称史上最酷的球鞋,鞋面两方搭载「电子墨面板」,透过操作专属APP,不仅能轻松更换鞋身的图案设计,还能放上一段动画。

TECH Fri, 22 Nov 2019

Cara Mengubah Warna Latar Belakang Gambar Kepada Putih

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

| Live TV