TECH By: SGMS Putri July 11, 2018 @ 3:16pm

Khabar Angin OnePlus 6T Mungkin Dilengkapi Dengan 3 Kamera Utama Serta Kamera Pop-Up

Tetapan tiga kamera mula mendapat perhatian selepas Huawei memperkenalkan model P20 Pro yang dilengkapi 3 lensa dari Leica.

Ramai beranggapan ia perubahan yang besar untuk tahun ini tetapi beberapa bulan selepas itu, Vivo serta OPPO pula hadir dengan teknologi kamera yang lebih menarik, kamera pop-up, membolehkan kamera keluar masuk secara mekanikal.

Mungkin mengikut jejak langkah pengeluar yang lain, OnePlus 6T dijangka hadir dengan tetapan tiga kamera utama pada bahagian belakang. Tidak cukup dengan itu, khabar angin yang kini semakin hangat diperkatakan mendakwa, ia turut dilengkapi dengan kamera pop-up mirip OPPO Find X.

Dengan kehadiran kamera pop-up tersebut, ia memberi ruang kepada OnePlus menampilkan layar paparan yang lebih luas ber-bezel nipis dengan nisbah 95%, lebih tinggi dari apa yang ditawarkan oleh OPPO Find X.

Sementara itu, ura-ura turut menyatakan ia akan diperkuatkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 855, sistem nyahkunci melalui imbasan wajah 3D, RAM 8GB serta storan dalaman sebesar 512GB.

Walaubagaimanapun, apa yang boleh disahkan mengenai spesifikasi OnePlus 6T adalah sokongan sambungan rangkaian 5G. Melihat kepada tarikh pelancaran model OnePlus 3T dan 5T, OnePlus 6T diramalkan pengenalannya pada waktu yang sama iaitu sekitar November hadapan.

Sumber: GizChina

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 1 Jun 2019

Swafoto Lebih Baik Dengan Samsung Galaxy Note9, Bukan Kerana Kameranya Tapi…

Apa yang menjadikan Samsung Note9 dapat menghasilkan gambar yang cantik?

Automobile Fri, 15 Mar 2019

亚洲规模最大GT盛事!China GT雪邦站时间表

China GT(中国超级跑车)锦标赛首冲出中国,3月15到17日在马来西亚雪邦赛道举行「亚洲GT赛车节」打响第一炮!

TECH Mon, 9 Jul 2018

Beli Honor 7s Hari Ini Dan Dapatkan Kad Mikro SD Bernilai RM40 Secara Percuma

Mahu beli telefon pintar kelas bajet hari ini? Mungkin anda boleh mempertimbangkan Honor 7S. Peranti ini pertama kali dilancarkan untuk pasaran tempatan pada penghujung Jun yang lepas, kini ditawarkan dengan dengan hadiah percuma berupa kad Mikro […]

TECH Fri, 27 Jul 2018

Rakyat Malaysia Tidak Boleh Berenggang Dengan Telefon Pintar

Laporan kaji selidik State of Digital Lifestyles yang dikeluarkan oleh Limelight Networks menunjukkan rakyat Malaysia terlampau bergantung kepada peranti pintar. Menurut laporan tersebut, hampir 69% rakyat Malaysia tidak mampu bertahan walaupun sehari tanpa telefon bimbit. Limelight Networks […]

TECH Mon, 23 Jul 2018

TM Dan TNB Batal Kerjasama Sediakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi

Telekom Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad telah menjalin kerjasama menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi melalui Pelan Fiber Seluruh Negara. Perjanjian persefahaman itu telah ditandatangani pada awal Januari yang lalu namun dilaporkan ia telah dibatalkan dua […]

Automobile Sat, 11 May 2019

4 Aplikasi Perabot yang dilengkapi Augmented Reality

4 Aplikasi Augmented Reality membantu anda pilih barang perabot yang sesuai dengan susun atur rumah.

TECH Tue, 24 Jul 2018

Xiaomi Mi Max 3 Pro Pula Tersenarai Pada Laman Sesawang Qualcomm

Xiaomi baru-baru ini telah mengesahkan bahawa peranti naiktaraf bagi model Mi Max 3 akan diperkenalkan sebagai Mi Max 3 Pro. Bagaimanapun, mereka tidak memberi penjelasan lanjut berkenaan peranti tersebut semasa pengumuman itu. Namun, menurut laporan terkini, Xiaomi Mi Max […]

TECH Thu, 29 Aug 2019

全球最小且方便易用的3LCD雷射投影机

爱普生推出全球最小3LCD雅致雷射投影机,势必改变家庭影院的面貌!

TECH Wed, 14 Feb 2018

‘WHATSAPP BUSINESS’ BANTU PENIAGA, PEMBELI

‘Wats App Business’ dicipta    bertujuan membantu peniaga dan pembeli berinteraksi antara satu sama lain dan buat permulaannya ia  disasarkan kepada dua kelompok perniagaan iaitu syarikat kecil dan syarikat besar seperti antaranya perbankan, penerbangan dan seumpamanya.

TECH Tue, 12 Dec 2017

Tips Mudah Memotong Fail Muzik Jenis MP3

Ramai diantara kita yang mempunyai fail MP3 tetapi tidak tahu cara untuk menyuting fail muzik jenis MP3 tersebut. 

| Live TV