Trending By: SGMS Enal July 24, 2019 @ 1:56pm

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Diciplak Betul Ke?

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan logo bagi kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020. Pelancaran yang berlansung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu menampilkan logo bermotifkan burung kenyalang, bunga raya, paku pakis liar dan warna bendera Malaysia.

Namun, mula timbul ura-ura dan dakwaan bahawa logo tersebut sebenarnya diciplak dari rekaan logo yang lain. Justeru, tidak mahu orang ramai terus membuat pelbagai spekulasi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi telah terpanggil untuk memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, dakwaan logo Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 diciplak dan mempunyai kesilapan pada slogannya tidak berasas. Beliau berkata isu berkenaan tidak seharusnya timbul dan pihaknya akan mengekalkan logo tersebut dalam kempen promosi TMM 2020.

“Orang yang mendalami dalam bahasa Inggeris akan tahu apa maksud yang ditulis…mengenai logo diciplak, pereka grafik dapat ijazah kelas pertama dan dapat anugerah, tidak ada ‘copy right’ (hak cipta) dalam isu ini.

“Saya hormati semua pandangan. Tidak ada sebab untuk kita tidak kekalkan logo ini, kita kekalkan sebab kritikan tidak berasas dan bukan kritikan yang bijak, kalau kritikan yang bijak kita lihat dengan baik,” katanya selepas merasmikan Pameran Reproduksi ‘Leonardo Opera Omnia’ di Balai Seni Negara di sini, hari ini.

Isu logo TMM 2020 yang dilancarkan semalam didakwa diciplak dan mempunyai kesilapan susunan perkataan pada slogannya mula tular di media sosial hari ini.

Mengulas mengenai pameran yang mendapat kerjasama daripada negara Itali itu, Mohamaddin berkata ia dapat mengeratkan hubungan dua negara melalui budaya dan lukisan.

“Saya berharap pada masa depan Malaysia dan Itali boleh mengadakan lebih banya projek kebudayaan, mencetuskan lebih banyak aktiviti pelancongan budaya (dan) juga pertukaran diplomasi untuk memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua negara,” katanya.

Sementara itu, Kaunselor di Kedutaan Itali di Kuala Lumpur Silvia Marrara berkata projek itu adalah satu daripada kegiatan diplomasi budaya mereka bagi merapatkan jarak dan memudahkan pemahaman dan pengetahuan mengenai seni lukis dan sains Itali dengan membawanya ke Malaysia.

“Bagi mereka yang tidak mampu untuk berjalan ke seluruh dunia untuk melihat karya-karya asli yang terdapat di pelbagai muzium dan gereja, Itali telah memikirkan bagaimana untuk memberi semua orang peluang untuk mengalaminya di sini,” kata beliau dalam ucapannya.

Pameran berkenaan merupakan sebuah pameran reproduksi berteknologi tinggi yang mampu menaikkan kembali perincian karya-karya 500 tahun Leonardo da Vinci yang semakin pudar.

Melalui pameran tersebut pengunjung berpeluang melihat kesemua 17 karya Leonardo da Vinci yang mula dipamerkan bermula 15 Julai sehingga 15 Ogos di Balai Seni Negara.

Antara karya yang dipamerkan ialah La Gioconda o Mona Lisa, The Last Supper, Madona Benois dan Cecilia Gallerani.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 10 Apr 2018

神人改图!如果超级英雄是「中国摊贩」网友笑惨

这年头超级英雄电影当道,英雄们的独特个性与能力,都让影迷留下深刻印象。如果把这些英雄放到中国的庶民生活中呢?中国网友「青红造了个白」就进行神改图,意外无违和的画面太搞笑了!

Trending Tue, 7 Apr 2020
Trending Thu, 23 Apr 2020
Trending Tue, 20 Aug 2019

Start Your Voting Now Because The Finalists for ABPBH 32 is Here!

The heated and long-anticipated 32nd Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) finally announced the top 5 finalists for 20 categories that’ll soon be competing!

Trending Tue, 7 Apr 2020

COVID-19: 1 Kematian, 170 Kes Positif Hari Ini

80 pesakit covid-19 dibenarkan keluar wad hari ini.

Trending Sat, 20 Oct 2018

Luluh Hati Seorang Bapa, Tarik Sendiri Jasad Kaku Anak

Sebaik sahaja menarik jasad itu dari timbunan tanah, Asman terus cam yang batang tubuh itu adalah anaknya.

Trending Thu, 12 Mar 2020
Trending Wed, 2 May 2018

加州惊见「火彩虹」专家:这是美丽的幻觉!

近日美国一名跑者在加州萨利纳斯山谷(Salinas Valley)东部顶尖国家公园(Pinnacles National Park)拍下了超罕见、俗称「火彩虹」(Fire Rainbow)的「日承」现象。

Trending Sun, 16 Sep 2018

Remaja Pukul Bapa OKU Kerana Televisyen Ditahan

olis menahan seorang remaja lelaki kerana memukul bapanya menggunakan kayu hoki sehingga cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Permatang Pauh di sini Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah […]

| Live TV