Trending By: SGMS Enal October 20, 2018 @ 8:04am

Luluh Hati Seorang Bapa, Tarik Sendiri Jasad Kaku Anak

Luluh hati seorang bapa apabila jasad kaku yang ditarik oleh beliau bersama-sama anggota penguat kuasa di tapak tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong semalam adalah tubuh anak lelakinya.

Asman Hamid, 62, menarik mayat anak ketiganya, Samsul, 19, daripada timbunan tanah ketika turut serta dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa-mangsa tanah runtuh di kawasan itu.

Kisah itu dikongsi oleh ibu saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ramsiah.

“Bapanya (Asman) turut bersama-sama polis dan bomba ketika mencari anaknya. Dia turut tanggalkan kasut dan korek tanah kemudian tarik Samsul dari tanah itu,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang di sini, hari ini.

Ramsiah berkata sebaik sahaja menarik jasad itu dari timbunan tanah, Asman terus cam yang batang tubuh itu adalah anaknya.

“Mereka (Asman dan isteri) kemudian menaiki trak polis bersama-sama jasad Samsul ke hospital, “ katanya.

Ramsiah berkata keluarganya membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah Samsul ke Indonesia setelah proses bedah siasat selesai.

Jenazah akan dibawa pulang menerusi penerbangan dari Pulau Pinang ke Jakarta seterusnya Makasar, Kendari dan dari Kendari, jenazah akan dibawa menaiki pengangkutan darat untuk sampai ke Buton, katanya.

Semalam, Asman dan isterinya tiba di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik HPP pada 6.20 petang. Asman tiba di hospital tanpa memakai kasut serta terdapat kesan selut pada pakaiannya akibat turut serta dalam proses mencari anaknya.

Sementara itu. Asman berkata beliau menerima panggilan daripada salah seorang rakan anaknya yang meminta beliau bergegas ke tempat kejadian.

“Ada kawan dia telefon sama saya minta ke situ. Saya tahu (mengenai kejadian) lepas keluar sembahyang Jumaat, sampai sahaja di rumah isteri sudah menangis, “ katanya yang ke tempat kejadian menaiki teksi dari rumah mereka di Sungai Nibong.

Asman berkata beliau memiliki taraf penduduk tetap manakala anaknya Samsul baru tiba dan baru bekerja di Malaysia selama dua bulan.

“Samsul dan adik beradik yang lain tinggal di Buton Tengah, Sulawesi bersama-sama nenek mereka. Samsul sahaja yang datang ke Malaysia, yang lain masih di kampung,” katanya.

Kejadian tanah runtuh yang dilapor pada pukul 1.56 tengah hari semalam itu sehingga kini menyebabkan empat pekerja asing maut, tiga cedera manakala tiga lagi dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhan tanah.

Kejadian selepas hujan lebat di negeri ini sejak petang Khamis hingga tengah hari semalam itu melibatkan runtuhan tanah di bawah kawasan kontena dan pondok kongsi di tapak pembinaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus.

Sumber : BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 4 Jul 2018

Najib Razak Mohon Dibicara

Beliau menawarkan jaminan RM4 juta dengan dua orang penjamin tanpa syarat tambahan. Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, membantah jumlah itu kerana terlalu tinggi.

Trending Thu, 2 Aug 2018

Selesai ‘Buat Kerja’, Perompak Ini Minta Maaf…

Setelah suspek beredar, mangsa mengemas rumah dan menjumpai satu nota permintaan maaf yang diletakkan lelaki terbabit di bahagian bawah pintu rumah mangsa. Hish, macam tu pun ada juga!

Trending Sat, 27 Apr 2019

Kejadian Letupan Bom Terbaru Di Sri Lanka

6 Kanak-kanak Antara Yang Terkorban, Kejadian Letupan Bom Terbaru Di Sri Lanka

Trending Sat, 27 Jan 2018

传统婚宴太无聊 新人办「肯德基婚礼 」

结婚是一生的大事之一,虽然许多人都会向往一个梦幻又华丽的婚礼,留下回忆,但这样的婚礼真的要筹办起来,需要耗费不少金钱和精力。英国有一对新人就选择在速食店肯德基结婚,场地非常特别,又可以省下很多钱,所有的客人也都很享受炸鸡和饮料,度过特别的一天。

Trending Mon, 3 Sep 2018

「隐形眼镜冲马桶」最后回到你肚里!

抛弃式隐形眼镜卫生又方便,不晓得大家每天回家卸下隐形眼镜,都怎么处理丢弃呢?冲马桶?丢进洗手台放水流?其实,你已经成为生态浩劫的凶手之一……

Featured Wed, 13 May 2020
Trending Wed, 10 Jan 2018

碗的风水禁忌 千万别把「饭碗」给丢了!

碗作为中国人日常必需的饮食器具,与中华传统文化密不可分。在风水学的角度来看,碗的风水也是很讲究,只有注意这些风水禁忌的朋友,才能带来更好的运势!

Trending Thu, 18 Oct 2018

Hyundai BHS 7999 Dicari, Keluarga Mohon Orang Ramai Beri Kerjasama

Jika dilihat melalui video yang tular di media sosial sejak semalam, Amirah bukannya jalan sambil bermain telefon.

| Live TV