Trending By: Aisyah Badrul April 7, 2020 @ 6:06pm

COVID-19: 1 Kematian, 170 Kes Positif Hari Ini

170 kes positif telah dicatatkan pada hari ini dan terdapat satu kematian yang dilaporkan berkaitan dengan jangkitan Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media harian Covid-19, pertambahan ini menjadikan jumlah kes kematian akibat jangkitan Covid-19 menjadi 63 kes.

Secara keseluruhan, terdapat 3963 kes yang terkumpul setakat ini di Malaysia. Daripada jumlah itu, seramai 92 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 50 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dr Noor Hisham juga menjelaskan  kes kematian ke-63 (kes ke-3794) merupakan lelaki tempatan berusia 71 tahun yang berasal daripada Perlis.

“Pesakit mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan keagamaan di Sulawesi, Indonesia pada 17 hingga 24 Mac lalu. Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Johor pada 5 April dan disahkan meninggal dunia pada 6 April jam 11.00 malam,”  ujarnya.

Dalam masa yang sama, sebanyak 80 pesakit dibenarkan keluar wad hari ini dan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh telah menjadi 1321 setakat ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Mar 2018

Kecewa dengan Neelofa, Peminat Buat Live Video Bakar Tudung Naelofar Hijab

Belum reda lagi rupanya kemarahan peminat Neelofa terhadapnya ekoran tindakannya untuk melancarkan koleksi Naelofar Hijab di sebuah kelab malam bulan lepas.

Trending Tue, 30 Oct 2018
Trending Fri, 22 May 2020
Trending Thu, 17 Jan 2019

令人难以置信!你绝不会相信它们居然「完全未经 PS 修图」

数位编辑工具几乎已成万能的修图大神,但是有时候最惊人的影像,却是来自于未经 Photoshop 修改过的照片!

Trending Sun, 29 Dec 2019
Trending Tue, 22 Jan 2019

办年货「最佳打卡地点」陪家人又可以拍美照

时下超夯办年货的打卡景点!就连主播叶剑锋都拍得疯狂,你又怎能错过呢?

Trending Wed, 15 Apr 2020
Trending Mon, 3 Dec 2018

Pemandu Grab DiTemui Meninggal Dunia Dalam Kereta Miliknya

Anak mangsa mendapati ayahnya berada di tempat duduk pemandu dalam kereta Proton Saga FLX yang sering digunakan

| Live TV