TECH By: SGMS Enal October 18, 2019 @ 5:42pm

Web Kena ‘Hack’, Tiada Data Dan Maklumat Terjejas

Sejak pagi tadi, kecoh di ruangan media sosial mengenai laman web rasmi Universiti Malaya (UM) yang telah digodam sejak malam semalam oleh penggodam yang masih belum dapat dipastikan identitinya. Bukan itu sahaja, pihak tersebut juga meninggalkan beberapa potongan ayat pada deskripsi laman web tersebut yang berbaur protes.

Susulan perkara tersebut, pihak Universiti Malaya telah mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan situasi sebenar mengenai insiden berkenaan.

Menerusi kenyataan tersebut, pihak UM mengesahkan bahawa sistem e-pay mereka telah digodam pada lewat malam semalam. Setelah perkara tersebut dikesan, sistem berkenaan telah ditutup bagi membolehkan siasatan dan kerja pembaikan dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, kedua-dua sistem jaringan dan juga e-pay telah siap diperbaiki pada tengahari tadi. Pihak UM juga memberitahu bahawa tiada data dan maklumat yang terjejas akibat dari insiden penggodaman tersebut.

Sumber: University of Malaya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 28 Jul 2018

Honor Note 10 Mungkin Hadir Dengan Edisi Rolls-Royce

Menjelang hari pelancarannya pada 31 Julai ini, pelbagai maklumat berkenaan peranti Honor Note 10 telah didedahkan oleh pakar-pakar tiris di laman internet. Yang terbaru, peranti ini dikatakan akan hadir dengan edisi istimewa, Rolls-Royce. Ia berikutan satu imej yang tular […]

TECH Wed, 31 Jul 2019

Ketahui Cara Menggunakan Internet Di Luar Negara

Kami ingin berkongsi beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menggunakan internet di luar negara. Ada cara yang mudah, ada cara yang murah.

TECH Thu, 28 Jun 2018

Apple vs. Samsung Dispute Finally Settled

It was a lengthy battle between the two giants. See who won.

TECH Tue, 2 Jan 2018

Google Chrome – Browser Internet Terbaik 2016

Setiap browser mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Mana browser yang jadi pilihan anda?

TECH Wed, 17 Jul 2019

Tips Cantikkan Instagram dengan Template Gempak

Sebagai salah satu media sosial untuk berkongsi foto dan video terbesar di dunia, ia tidak boleh dikira berapa banyak kandungan dikongsi setiap hari. Jika anda adalah salah seorang pengguna aktif di Instagram, nampaknya anda boleh […]

TECH Sat, 26 May 2018

Tips Dari Google Mengenai Tingkah Laku Pelayar Internet Dari Malaysia Dan Indonesia Pada Bulan Ramadhan

Di waktu bulan Ramadhan, tingkah laku umat Islam  akan sedikit berlainan berbanding pada hari yang lain. Dan ini turut melibatkan tingkah laku pengguna di dunia maya. Perkara ini telah didedahkan oleh Google dalam beberapa infografi […]

TECH Sun, 15 Apr 2018

Google Lens Kini Boleh Mengenal Pasti Baka Kucing Dan Anjing Anda

Ingin mengetahui baka kucing atau anjing peliharaan anda? Anda mempunyai kucing kesayangan yang mungkin anda tidak pernah tahu tentang baka bintang peliharaan anda?

Automobile Thu, 15 Feb 2018

PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT!

Ada banyak kejadian pemandu  meninggal dunia akibat tertidur di dalam kereta yang dalam keadaan enjin dan penghawa dingin masih hidup. Keadaan itu amat berbahaya kerana  hawa di dalam kereta boleh  mengeluarkan racun gas monoksida.

TECH Sun, 22 Jul 2018

MacBook Pro 15 inci Dengan Cip i9 (2018) Dilaporkan Cepat Panas

MacBook Pro 15 inci dijana dengan cip pemprosesan 6-teras Core i9- 8950HK adalah komputer riba berharga premium keluaran Apple untuk tahun ini. Melalui cip terbabit, ia menjanjikan kelajuan pemprosesan sehingga 2.9GHz yang mana lebih laju berbanding keluaran terdahulu tetapi […]

TECH Mon, 9 Jul 2018

Samsung Buka Kilang Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Di Dunia

Samsung akan membuka sebuah lagi kilang pengeluaran telefon pintar mereka di India hari ini. Kilang yang bertempat di Sector 81 di Noida, Uttar Pradesh itu akan muncul sebagai kilang pengeluaran telefon pintar terbesar di dunia apabila dilancarkan. […]

| Live TV