TECH By: SGMS Putri July 28, 2018 @ 2:52pm

Honor Note 10 Mungkin Hadir Dengan Edisi Rolls-Royce

Menjelang hari pelancarannya pada 31 Julai ini, pelbagai maklumat berkenaan peranti Honor Note 10 telah didedahkan oleh pakar-pakar tiris di laman internet. Yang terbaru, peranti ini dikatakan akan hadir dengan edisi istimewa, Rolls-Royce.

Ia berikutan satu imej yang tular hasil pendedahan yang dibuat oleh laman tirisan terkenal, Slashleaks. Kiriman imej ini telah dibuat pada 14 Julai yang lalu, namun telah menjadi tular sejak beberapa hari yang lepas.Kredit : Slashleaks

Ia mengingatkan kami kepada sebuah peranti Huawei yang juga pernah hadir dengan edisi istimewa membabitkan jenama kenderaan mewah iaitu Huawei Mate 10 Porsche Design. Ia telah mendapat sambutan hangat walaupun dijual dengan harga yang agak mahal ketika itu.

Dalam satu laporan berbeza, Honor dikatakan telah membuat pengesahan bahawa Note 10 ini akan hadir dengan bateri berkapasiti sebesar 5,000 mAh. Perkara ini diumumkan melalui satu iklan acah yang telah dikeluarkan oleh mereka.

Kredit : Weibo

Sekiranya kedua-dua laporan ini benar, ternyata Honor Note 10 adalah satu peranti yang akan memberikan keterujaan kepada peminat telefon pintar. Harga peranti juga akan menjadi tanda-tanya kerana Honor sebelum ini terkenal sebagai jenama yang menghasilkan peranti dengan harga mampu milik.

Segala persoalan yang bermain di minda pasti akan terjawab semasa majlis pelancaran peranti ini di China pada 31 Julai kelak. Mari kita sama-sama nantikan ketibaan hari tersebut dengan penuh rasa sabar.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 1 Nov 2019

Samsung Galaxy Note 10; The Phone That Captures Moments, Not Photos

Don’t leave home without it! Galaxy Note10|10+ is that phone!

TECH Fri, 4 Oct 2019

HUAWEI WATCH GT 2 强劲续航力!探索无止尽

Huawei Watch GT2智能手表正式登入大马市场!

TECH Wed, 25 Jul 2018

Ayuh Bandingkan Spesifikasi Mi A1, Mi A2 Dan Mi A2 Lite

Xiaomi meneruskan lagi legasi Mi A1 menerusi model terbaru iaitu Mi A2 dan ditambah bersama satu lagi model berspesifikasi sedikit rendah dalam kelas permulaan Mi A2 Lite. Berada dalam kelas pertengahan, prestasi yang ditunjukkan oleh Mi A1 sangat […]

TECH Tue, 8 May 2018

Gunakan NOMO Jika Bateri Smartphone Habis Ketika Travel Ke Singapura

NOMO adalah powerbank yang direka dari Malaysia oleh pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dan Pengasas jua CEO NOMO, Foo Jiarong

TECH Fri, 23 Mar 2018

Cara Meninggalkan WhatsApp Group Tanpa Dikesan Ahli Group Lain

Hampir semua orang mempunyai WhatsApp Group. Isu “Left Group” sememangnya menjadi sesuatu masalah kerana berkemungkinan akan menyinggung perasaan ahli yang lain. Namun, tahukah anda yang anda boleh meninggalkan WhatsApp Group (“Left Group”) tanpa meninggalkan kesan? […]

Automobile Thu, 6 Dec 2018

Rent a SOCAR and Get Fried Chicken Too!

It’s a great combo for sure.

TECH Mon, 29 Apr 2019

Untuk Anda Yang Sedang Berjuang Berhenti Merokok, Baca Artikel Ini!

60,000 rakyat Malaysia sudah menggunakannya, korang bila lagi?

TECH Fri, 19 Jul 2019

Cara Mengelakkan “Lag” Ketika Bermain Mobile Legend

Memang “Syok” layan Mobile Legend, namun apa yang menjengkelkan kita ialah masalah sambungan internet yang selalu “Lag”. Apa pun jangan bersedih, berikut kami kongsikan cara untuk mengatasi masalah “Lag” apabila bermain MOBA. Pertama sekali pasang […]

TECH Thu, 31 Jan 2019

Here’s How You Can Make Your Chinese New Year Even More Memorable Than Ever

Pictures are so old school. Now, it’s all about short-form videos!

TECH Sun, 13 Jan 2019

Muat Turun Poco Launcher – Ringan Dan Banyak Perkara Menarik

Launcher ini digunakan pada Pocophone F1 boleh dikatakan agak menarik dengan beberapa fungsi terbina dan ringan untuk digunakan pada smartphone lain.

| Live TV