TECH By: Rosli Ab Rahman January 13, 2019 @ 1:00pm

Muat Turun Poco Launcher – Ringan Dan Banyak Perkara Menarik

Poco Launcher bermula minggu ini telah boleh dimuat turun secara rasmi melalui Google Play Store dan juga Mi App Store. Launcher tersebut yang digunakan pada Pocophone F1 boleh dikatakan agak menarik dengan beberapa fungsi terbina dan ringan untuk digunakan pada smartphone lain.

 

 

Sebagai pengguna tegar Nova Launcher Prime, Poco Launcher masih mampu membuatkan saya kagum dengan prestasi launcher tersebut yang dicuba pada Xiaomi Mi Note 3 ( baca kelebihan dan kekurangan Mi Note 3 ).

Pilihan untuk mengubah tetapan launcher buat masa ini masih lagi pada peringkat asas, tiada yang terlalu istimewa. Antara yang menarik perhatian saya ialah kemampuan untuk menyembunyikan aplikasi yang diinginkan dan mengunci nya dengan password atau cap jari, aplikasi disusun mengikut kategori bersesuaian, pilihan mencari aplikasi berdasarkan warna icon aplikasi tersebut dimana ia diasingkan berdasarkan warna dan diletakkan dalam satu kumpulan ( aplikasi dengan  ikon berwarna merah akan diletakkan di dalam satu group etc..) dan beberapa yang lain.

 

Apa yang penting ialah, ianya berkonsepkan minimalistic akan tetapi tidak mengorbankan ciri dan fungsi yang mampu menarik minat pengguna. Poco Launcher ini juga boleh dianggap ringan dan laju. Untuk peringkat awal pengenalan launcher ini, saya mendapati terdapat beberapa bugs dan kadangkala lag mungkin berlaku namun tidak ketara.

 

                    
Tetapan pada POCO Launcher

Bagi yang bosan dengan launcher yang anda gunakan sekarang, mungkin boleh mencuba Poco Launcher ini untuk melihat sejauh mana ia mampu menarik anda untuk kekal menggunakannya.

 

Sumber : Soleheen.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 1 Oct 2019

Aplikasi YouTube Music Kini Tersedia Pasang Pada Semua Peranti Android 10

Langganan bagi Music Premium adalah berharga USD9.99/bulan.

TECH Fri, 23 Feb 2018

6 CARA KAWAL TELEFON PINTAR KANAK-KANAK

Jika sukar untuk menghalang anak-anak daripada menggunakan telefon pintar eloklah memastikan peranti berkenaan dilengkapi aplikasi selamat untuk mereka.

TECH Thu, 19 Jul 2018

Siri Samsung Galaxy Paling Inovatif Akan Diperkenalkan Tahun Hadapan – WSJ

Sebuah laporan daripada akhbar The Wall Street Journal hari ini mendakwa bahawa Samsung akan memperkenalkan satu lagi siri di bawah jenama Samsung Galaxy iaitu Galaxy X. Siri berkenaan dilaporkan akan tiba di pasaran pada tahun 2019 nanti. […]

TECH Wed, 18 Apr 2018

Facebook Mahu Bangunkan Cip Pemprosesan Mereka Sendiri

Facebook kini dalam proses untuk membentuk satu pasukan bagi membangunkan cip pemprosesan mereka sendiri, mengikut laporan Bloomberg. Perkara ini dijangka akan mengejutkan pelbagai pihak memandangkan mereka bukanlah berada dalam industri pembuatan peranti elektronik secara langsung sebelum ini. Seperti kita ketahui, […]

TECH Thu, 26 Jul 2018

Samsung Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Gaming Mereka Tersendiri

Ketika peranti premium mereka, Samsung Galaxy Note 9 belum pun diperkenalkan secara rasmi, Samsung kini diberitakan sedang dalam usaha membangunkan peranti menfokuskan permainan video mereka sendiri. Apa yang mengejutkan, ia mungkin akan digelar sebagai Samsung Galaxy X. Galaxy X […]

TECH Thu, 26 Dec 2019

Maut Dipercayai Terkena Renjatan Eletrik Dari Kabel Pengecas Telefonnya

Disyorkan jauhkan tempat mengecas telefon dengan tempat tidur

TECH Thu, 10 Jan 2019

Tips mengenai Telefon Dan Kecemasan

Pernahkah anda terserempak dengan situasi mencemaskan seperti kemalangan yang melibatkan orang tidak dikenali?

TECH Tue, 16 Oct 2018

「睡眠监测指环」睡美人不需再等王子亲吻才醒!

SLEEPON开发的「GO2SLEEP睡眠监测指环」,号码全球最小,能简易搜集睡眠数据。

TECH Sun, 14 Jul 2019

研究证实:这些「坏习惯」其实很健康!

每个人在生活中都有一两项看似不利健康的「坏习惯」,像是经常不吃早餐、爱滑社群媒体、爱喝咖啡等,其实这些一般人认为的坏习惯,现在都有科学研究反驳……

TECH Thu, 23 Aug 2018

「单手洗碗机」根本懒人救星!

日本研发出一款超特别的「单手洗碗机」只要把盘子放进去,按下按键,就可以轻松洗干净,完全懒人救星!

| Live TV