TECH By: SGMS Putri July 19, 2018 @ 10:56am

Siri Samsung Galaxy Paling Inovatif Akan Diperkenalkan Tahun Hadapan – WSJ

Sebuah laporan daripada akhbar The Wall Street Journal hari ini mendakwa bahawa Samsung akan memperkenalkan satu lagi siri di bawah jenama Samsung Galaxy iaitu Galaxy X. Siri berkenaan dilaporkan akan tiba di pasaran pada tahun 2019 nanti.

Pada awal tahun ini, Samsung dilaporkan telah mempertontonkan peranti prototaip pertama bagi siri tersebut dalam satu sidang media tertutup di semasa acara CES 2018 sedang berlangsung. Peranti itu dikatakan adalah sebuah peranti boleh lipat, seperti yang pernah dipatenkan oleh Samsung pada tahun 2017.

Peranti yang turut dikenali sebagai ‘Winner’ itu turut didakwa akan memaparkan paparan pada ‘sebahagian besar’ perantiapabila lipatannya dibuka. Ia akan hadir dengan paparan skrin 7 inci yang boleh dilipat separuh, sama seperti beg dompet yang sering digunakan kaum lelaki.

Ini menjadikan Galaxy X boleh dianggap sebagai tablet mini yang lebih sesuai terutamanya bagi mereka yang suka berhibur menggunakan peranti mudah alih. Bagaimanapun, perkara ini masih diperingkat ura-ura dan reka cipta akhir peranti ini mungkin berbeza dengan apa yang tertiris setakat ini.

Sekiranya laporan ini tepat, ia akan memberi tamparan kepada semua pencabar Samsung di mana mereka berkemungkinan akan menjadi pengeluar pertama yang menghasilkan peranti Android boleh lipat. Namun bagitu, harga jualannya hampir pasti akan lebih tinggi berbanding Galaxy S dan Note yang ada pada hari ini.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 11 Nov 2019
TECH Fri, 13 Sep 2019

Saintis Temui Air Di Planet ”Super-Earth”

Saintis Temui Air Di Planet ”Super-Earth”, Percaya Berpontensi Tampung Kehidupan

TECH Sun, 15 Apr 2018

Google Lens Kini Boleh Mengenal Pasti Baka Kucing Dan Anjing Anda

Ingin mengetahui baka kucing atau anjing peliharaan anda? Anda mempunyai kucing kesayangan yang mungkin anda tidak pernah tahu tentang baka bintang peliharaan anda?

TECH Mon, 27 Aug 2018
TECH Thu, 5 Jul 2018

Samsung Malaysia Kini Mempunyai Gedung Dalam Talian Rasmi

Menerusi perkongsian kepada rakan media, Samsung Malaysia hari ini mengumumkan tentang pembukaan gedung dalam talian rasmi untuk peminat tempatan. Dengan adanya gedung dalam talian rasmi, bakal pembeli lebih mudah dan yakin untuk melakukan sebarang pembelian kerana platform jual beli […]

TECH Fri, 23 Nov 2018
TECH Wed, 4 Dec 2019
TECH Sat, 22 Jun 2019

Aplikasi Android, Cymera Jadikan Camera Phone Seperti DSLR

Cymera mampu jadikan kamera telefon pintar anda seperti DSLR dengan menambah efek padanya.

TECH Sat, 23 Nov 2019

Waze Papar Harga Tol Yang Perlu Dibayar Sepanjang Perjalanan

Jom tengok apa yang baru di applikasi Waze

TECH Thu, 12 Jul 2018

Purata Kelajuan Internet Global Meningkat 23% Berbanding Tahun Lepas

Internet yang pantas amat penting bagi kehidupan seharian pada hari ini. Ia jelas penting dalam membantu manusia untuk menyelesaikan pelbagai tugasan kerja, membuat pesanan makanan mahupun untuk berhibur. Namun, adakah internet hari ini sudah cukup […]

| Live TV