TECH By: SGMS Enal December 4, 2019 @ 2:23pm

Sensor Qualcomm 3D Sonic Max Mampu Imbas Dua Jap Jari Serentak

Memasuki tahun 2019, kita sedia melihat penggunaan ciri imbasan cap jari pada paparan mula dilengkapkan pada telefon pintar dengan lebih meluas, sama ada optikal dan mahupun ultrasonik. Bagi menambahbaik ciri sedia ada, Qualcomm tampil mengumumkan sensor ultrasonik generasi kedua, 3D Sonic Max.

Dijanjikan mampu mengatasi kekurangan versi yang pertama, sensor terbaru ini juga hadir dengan saiz 17 kali lebih besar. Melaluinya imbasan untuk dua cap jari pada satu-satu masa dapat dilakukan, memberikan ciri keselamatan yang lebih kepada peranti.

Sensor sedia ada yang digunapakai pada kebanyakan telefon pintar biasanya bersaiz 4mm x 9mm dan ia hanya mengesan sebahagian jari sahaja. Tetapi dengan kehadiran 3D Sonic Max, ia mampu merekod lebih informasi serta dilihat memberikan ciri sekuriti yang lebih ketat.

Sensor yang bersaiz 20mm x 30 mmi ini juga disasarkan memberi 1 juta ketepatan imbasan, tahap ketepatan yang sama seperti didakwa Apple bagi Face ID. Selain itu, sensor ini juga mampu memudahkan daftar cap jari dibuat pada telefon pintar. Contohnya pengguna hanya perlu menyentuh sekali sahaja pada sensor dalam paparan itu, berbanding kaedah sekarang yang perlu dibuat berulang kali.

Jika dilihat dengan keupayaan dua imbasan cap jari serentak yang diberikan pada 3D Sonic Max, ia sangat berguna untuk melindungi peranti lebih-lebih lagi pada aplikasi penting seperti perbankan dan lain-lain.

Buat masa sekarang Qualcomm masih belum lagi mendedahkan tarikh penawaran sensor tersebut pada peranti. Kita mungkin mendengar perkhabaran mengenainya sekitar tahun 2020 hadapan.

Sumber: wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 4 May 2019

Cara hilangkan iklan “Pop-up” pada Chrome

Semoga bermanfaat perkongsian daripada kami.

TECH Sun, 25 Feb 2018

Tips Mematikan Notifikasi Pada Chrome Dan Mozilla Firefox

Rimas dengan pelbagai notifikasi ketika melayari internet? Sememangnya Google Chrome dan Mozilla firefox merupakan pelayar laman sesawang paling terkenal dan banyak digunakan diseluruh dunia.

LIFESTYLE Wed, 18 Sep 2019

Realizing Industry 4.0; Bosch Celebrates Its 100 Years in SEA

Technology, automation and innovation take center stage at Bosch Experience Day 2019.

Automobile Fri, 25 Jan 2019
TECH Wed, 2 Oct 2019

Twitter Dan Tweetdeck Terganggu

Anda mungkin mengalami masalah melakukan Tweeting, mendapatkan notifikasi, atau melihat DMs.

TECH Fri, 29 Jun 2018

Google Dedahkan Mereka Tewas Kepada Microsoft Dalam Usaha Mengambil-Alih GitHub

Awal bulan lalu, syarikat Microsoft telah mengumumkan mereka telah berjaya mengambil-alih syarikat GitHub dengan bayaran sekitar $ 7.5 billion(~RM 30.3 billion) ketika itu. Github merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan berasaskan web kepada pembangun perisian dan pengaturcara. […]

TECH Mon, 8 Jan 2018

Tips Sekat Laman Sesawang lucah pada Peranti Pintar Anak – Anak

Risau anak-anak melayari laman sesawang lucah tanpa pengetahuan anda? Inilah dilema yang selalu dihadapi oleh ibubapa sementelah membenarkan anak-anak menggunakan peranti pintar.

TECH Mon, 6 May 2019

Leave Your Wallet Behind at the ‘Kampong Kashlesss Ramadan Bazaar’ This Year

You don’t need your wallet, cash or cards this year. Just bring your smartphone along!

TECH Wed, 5 Dec 2018

Travel with a Virtual Doctor Wherever You Go with AirAsia Travel Protection

Now you don’t have to worry about getting medical help on the go.

TECH Wed, 21 Mar 2018

Buka “Website” Yang Disekat Tanpa Sebarang Aplikasi

Bukan sahaja dapat membuka laman sesawang yang disekat, malah aktiviti anda juga tidak dapat dikesan.

| Live TV