TECH By: SGMS Enal October 30, 2019 @ 12:04pm

Godam Whatsapp: Facebook Saman Firma Israel

Gergasi teknologi Facebook pada Selasa mengumumkan bahawa ia menyaman sebuah firma pengawasan dalam talian Israel, Kumpulan NSO, yang didakwa menggodam pengguna perkhidmatan mesej popularnya, WhatsApp, antara April dan Mei tahun ini, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Dalam aduan setebal 15 muka surat yang dikemukakan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di San Francisco, melalui salinan yang disiarkan oleh The Washington Post, Facebook menggariskan serangan penggodaman ke atas lebih 100 aktivis hak, pemberita, pegawai kerajaan, diplomat dan penentang politik.

Menurut Will Cathcart, ketua WhatsApp, Kumpulan NSO telah menggunakan kekurangan dalam aplikasi mesej itu untuk menggodam telefon dan menghantar perisian hasad ke peranti mudah alih sejumlah pengguna yang akan membolehkan pelanggannya secara rahsia mengintip pemilik peranti.

“Ini sepatutnya menjadi panggilan kejut kepada syarikat-syarikat teknologi, kerajaan dan semua pengguna Internet,” tulis Cathcart dalam The Washington Post.

“Peralatan yang membolehkan pengawasan dilakukan terhadap kehidupan peribadi kita telah disalah guna, dan percambahan teknologi ini di dalam tangan syarikat-syarikat dan kerajaan yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kita semua berdepan risiko.”

Cathcart berkata syarikat teknologi yang berpangkalan di Tel Aviv itu adalah “amat canggih” dalam melaksanakan penggodaman serta pintasan, namun penyiasat berjaya mengesan tindakan mereka dan “percubaan mereka untuk menutup jejak mereka tidak begitu membuahkan hasil.”

Dakwaan bahawa NSO telah menggunakan WhatsApp untuk menggodam telefon mencetuskan bantahan global dan kutukan yang meluas daripada kumpuan privasi dalam talian apabila ia didedahkan pada Mei.

Pada masa itu, NSO berkata ia akan menyiasat perkara tersebut.- BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 11 Nov 2019
TECH Mon, 9 Jul 2018

PDRM Tubuh Unit Khas Untuk Pantau Pengguna Yang Melayari Laman Lucah

Serangan seksual terhadap kanak-kanak atau pedofil kini semakin berleluasa. Apa yang merisaukan, jenayah ini telah semakin menular di negara kita. Bukan itu sahaja, pengguna internet di Malaysia adalah merupakan antara yang tertinggi dalam menonton video lucah […]

TECH Fri, 10 Jan 2020
TECH Wed, 5 Sep 2018

Cara Untuk Memastikan Wifi anda Selamat.

Risau kalau-kalau ada penggodam yang nak ceroboh wifi anda untuk tujuan peribadi atau lebih teruk lagi untuk tujuan jahat. Ini ada cara-cara untuk memastikan wifi anda selamat.

TECH Fri, 22 Jun 2018

20个彻底改变人类生活的「爱迪生等级」伟大发明

科技日新月异,许多以前解决不了的难题都已经不是问题,越来越多的解决方案融入我们细微的日常生活中……

TECH Thu, 22 Aug 2019

10月起大马全面停播类比信号!数码信号取代告别「雪花」时代

政府将在10月起,将全面停播类比信号电视,并以数码信号取而代之。

TECH Tue, 4 Dec 2018

Cara Membuat Foto 360 Darjah Pada Semua Androids

foto-foto ini boleh dikongsi di pelbagai media sosial, terutama Facebook, yang sememangnya menyokong foto 360 darjah

TECH Tue, 17 Jul 2018

Ramalan Tepat EA Sports Mengenai Juara Piala Dunia 2018

EA Sports sebagai pemegang francais permainan FIFA 18 dengan tepat meramal Perancis sebagai juara Piala Dunia 18 di Rusia. Mereka melakukannya dengan melakukan simulasi pada bulan May menggunakan DLC (downloadable content) Piala Dunia Rusia. Mereka […]

TECH Wed, 18 Jul 2018

Korea Selatan Bakal Muncul Sebagai Negara Pertama Dengan Sambungan 5G

Sambungan 5G semakin hampir menemui pengguna telefon pintar apabila terdapat beberapa penyedia perkhidmatan telekomunikasi sedang dalam proses menghasilkan perkhidmatan tersebut. Ia melibatkan kerjasama pelbagai pihak antaranya syarikat pengeluar peranti, pembangun sistem cip serta penyedia perkhidmatan talian mudah […]

TECH Sun, 3 Jun 2018

Atasi Masalah “Device Not Compatible” Ketika Muat Turun Google PlayStore

Berikut kami kongsikan kaedah mengatasi masalah paparan “Device Not Compatible” di Google PlayStore.

| Live TV