TECH By: SGMS Putri July 9, 2018 @ 3:44pm

PDRM Tubuh Unit Khas Untuk Pantau Pengguna Yang Melayari Laman Lucah

Serangan seksual terhadap kanak-kanak atau pedofil kini semakin berleluasa. Apa yang merisaukan, jenayah ini telah semakin menular di negara kita. Bukan itu sahaja, pengguna internet di Malaysia adalah merupakan antara yang tertinggi dalam menonton video lucah berkaitan kanak-kanak di Asia Tenggara. 

Perkara itu disahkan sendiri oleh pihak Polis Di-Raja Malaysia(PDRM), menurut laporan New Straits Times. Atas sebab itu, pihak polis telah menubuhkan satu unit khas bagi memantau pengguna Malaysia yang melayari laman lucah di negara ini.

Unit itu dikenali sebagai Unit Siasatan Jenayah Internet Terhadap Kanak- Kanak (MICAC). Ia diletakkan di bawah Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak Polis Diraja Malaysia (D11). Unit ini akan mengesan pengguna yang melayari dan memuat-turun atau memuat-naik kandungan lucah terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.

Pihak polis kemudiannya akan menjejaki mereka menggunakan alamat IP pengguna seterusnya suspek akan dipanggil untuk memberi keterangan atau lebih teruk, ditahan polis untuk membantu siasatan. Perisian Internet Crime Against Children — Child Online Protective Services (ICACCOPS) digunakan oleh PDRM untuk melaksanakan tugas ini.

Menurut laporan itu lagi, PDRM telah menghantar sejumlah pegawai mereka untuk menerima latihan berkaitan perkara ini dengan bantuan Biro Penyiasatan Persekutuan(FBI) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri(DHS) Amerika Syarikat.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 11 Mar 2018

Cara Membuka Aplikasi Pada Android Dengan Kaedah Imbasan Cap Jari

Kepada pengguna Android, berikut adalah satu kaedah mudah untuk membuka aplikasi kegemaran anda dengan hanya satu sentuhan cap jari.

TECH Thu, 14 Jun 2018

Tidak Mahu e-Mel Dibaca Selain Daripada Penerima?Guna Confidential Mode

Apabila kita menghantar maklumat melalui Email atau Gmail,kita pasti tidak mahu yang bukan penerima membaca isi kandungan E-mel kita.Kami ada tips untuk memastikan maklumat anda kekal ‘Confidential’.

TECH Thu, 1 Nov 2018

Cara Mudah Untuk “Screen shot” Panjang pada PC

Kami kongsikan cara mudah untuk membuat Long Screenshot pada PC Windows ataupun Apple. Caranya, mudah saja!

TECH Mon, 8 Jul 2019

Cara Menukar Tanda “Bluetick” Kepada simbol Lain Pada Whatsapp

kepada anda yang berasa bosan dengan penampilan yang sedia ada pada Whatsapp, berikut kami kongsikan cara untuk mengubah tanda Bluetick kepada ikon yang lebih menarik.

Events Fri, 8 Nov 2019

HONOR Band 5 Sport Opens For Pre-Sale RM10 Cheaper On 11.11

Get your game on! The smart fitness tracker the keeps you stylish and fashionable all game, all season.

TECH Fri, 27 Dec 2019

Photographer’ Kongsi Tips, Jenis Gambar Patut Ada Dalam Album Kahwin

Bagus tips ini untuk anda yang bakal melangsungkan hari bahagia anda. Abadikan semuanya ya.

TECH Mon, 30 Apr 2018

Samsung Umum Pembikinan Program TV Khas Hanya Untuk VR

Teknologi realiti maya atau virtual reality (VR) semakin mendapat tempat dalam kehidupan seharian pada hari ini. Teknologi yang pada mulanya lebih popular digunakan untuk bermain permainan video seperti Sega Genesis VR dan Sony Playstation VR ini kini semakin giat dihasilkan oleh […]

TECH Wed, 12 Sep 2018

Merakam Video Diam-diam di Android

Anda boleh merakam video tanpa memasukkan menu kamera canggih ke tak guna smartphone kini

TECH Mon, 26 Nov 2018

Bagaimana Untuk Menukar Rupa Android ke Windows 10

kalau anda suka dengan launcher window 10 boleh mencubanya…

TECH Tue, 17 Apr 2018

Cara Sembunyikan Mesej Pada Whatsapp

Mesti rimas kalau mesej kit dapat dibaca oleh orang lain. Kepada anda yang selalu mengalami masalah mesej selalu dibaca oleh pasangan ataupun rakan-rakan, berikut kami kongsikan satu cara mudah untuk anda menyembunyikan setiap perbualan pada aplikasi […]

| Live TV