TECH By: SGMS Putri July 18, 2018 @ 11:13am

Korea Selatan Bakal Muncul Sebagai Negara Pertama Dengan Sambungan 5G

Sambungan 5G semakin hampir menemui pengguna telefon pintar apabila terdapat beberapa penyedia perkhidmatan telekomunikasi sedang dalam proses menghasilkan perkhidmatan tersebut. Ia melibatkan kerjasama pelbagai pihak antaranya syarikat pengeluar peranti, pembangun sistem cip serta penyedia perkhidmatan talian mudah alih.

Hal ini juga telah berlaku di Korea Selatan apabila tiga penyedia perkhidmatan talian mereka, SK Telecom, KT dan LG U+ telah bersetuju untuk bekerjasama dalam membangunkan teknologi 5G di negara berkenaan, lapor sebuah akhbar tempatan. Ini bertujuan bagi melonggarkan sedikit persaingan antara penyedia perkhidmatan di sana.

Menteri Sains Korea, You Young-min komited kerjasama berkenaan akan menjadikan negara tersebut sebagai negara pertama yang mempunyai sambungan 5G secara meluas menjelang tahun 2020. Korea juga dijangka akan melancarkannnya buat kali pertama pada bulan Mac tahun hadapan.

Berikutan itu, syarikat pengeluar peranti terkenal Korea Selatan, Samsung sedang berusaha untuk menjadi antara pengeluar pertama yang menghasilkan peranti yang menyokong sambungan 5G. Mereka telah pun menguji perkhidmatan berkenaan bersama Mobile TeleSystems(MTS) pada awal bulan ini.

Sekiranya sambungan 5G ini boleh mula digunakan kelak, ia dijangka akan memberikan internet dengan kelajuan 20 kali lebih pantas berbanding 4G yang digunakan pada hari ini. Diharapkan agar Malaysia juga tidak akan ketinggalan terlalu lama untuk menikmati sambungan ini.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 18 Jan 2018

Recycle Bin Untuk Pen drive atau USB Drive Anda

Pendrive anda memerlukan ‘Recycle Bin’? Kami ada caranya.

TECH Tue, 17 Jul 2018

Apple Masih Jauh Ketinggalan Di Pasaran India

India merupakan pasaran ketiga terbesar bagi industri telekomunikasi dunia di belakang China dan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, ia bukanlah pasaran yang terbaik bagi syarikat pengeluar peranti paling bernilai di dunia untuk tahun 2018, Apple Inc. Ini kerana menurut laporan Bloomberg, […]

TECH Sun, 14 Oct 2018

童年回忆大爆发!Game Boy游戏机手表萌翻

虽然现在APP种类繁多又好玩,但总觉得不如童年那台Game boy?现在你可以大大重温一番了!

TECH Wed, 26 Sep 2018

5 Tips jaga Smartphone agar Panjang Umur

Untuk diketahui, komponen pada smartphone juga butuh istirahat.

Automobile Mon, 19 Mar 2018

休旅车比法拉利还快「天门山99弯」10分钟内完走

休旅车天生重心高,纵使马力再大,操控也难与趴低低的跑车相提并论,不过近期Land Rover打破这项「物理定律」,以Range Rover Sport SVR挑战有99个弯道的中国天门山,结果不到10分钟就顺利完走,打破法拉利458 Italia在2016年创下的纪录。

Automobile Sat, 30 Jun 2018

7月1日起六地方政府「不必再刮泊车固本」

只需下载「精明雪兰莪泊车」手机应用程式,即可缴付雪州6地方政府泊车费!

TECH Fri, 4 May 2018

Anda Pengguna Twitter? Pertimbangkan Ini…

Pihak Twitter meminta orang ramai lebih berhati-hati dan mempertimbangkan untuk mengubah kata laluan semua perkhidmatan yang menggunakan kata laluan sama.

TECH Sun, 12 Aug 2018

Cara Untuk Berkongsi Fail Daripada Android Ke PC Dengan Mudah

Mudah dan cepat.Dapat menjimatkan masa anda.Cubalah!

TECH Sat, 27 Jul 2019
TECH Thu, 13 Dec 2018

3 Aplikasi Asas Ini Boleh Jadikan Anda Pelukis Digital Terhebat!

Adakah anda mempunyai masa untuk melukis ataupun ingin menjadi pelukis yang hebat? Anda perlu cuba aplikasi ini.

| Live TV