TECH By: SGMS Putri July 17, 2018 @ 12:17pm

Apple Masih Jauh Ketinggalan Di Pasaran India

India merupakan pasaran ketiga terbesar bagi industri telekomunikasi dunia di belakang China dan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, ia bukanlah pasaran yang terbaik bagi syarikat pengeluar peranti paling bernilai di dunia untuk tahun 2018, Apple Inc.

Ini kerana menurut laporan Bloomberg, jumlah jualan bagi peranti keluaran mereka di negara berkenaan sepanjang separuh pertama tahun ini gagal mencapai paras satu juta unit. Namun perkara ini tidak membimbangkan Apple kerana mereka mendakwa kadar jualan bagi tahun ini akan lebih baik berbanding 2017.

Kredit : ABSCBN News

Paras harga dikatakan menjadi punca kepada kegagalan Apple untuk menjadi pilihan pengguna dan kadar tarif tinggi (15%-20%) yang dikenakan oleh kerajaan India juga menyebabkan pengguna di sana memilih produk yang lebih mampu milik.

Walaubagaimanapun, Apple telah mula menghasilkan produk mereka secara terus di India sejak musim panas yang lalu, di mana mereka telah bermula dengan peranti iPhone 6s dan SE terlebih dahulu.

Ia mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum operasi penuh dapat dijalankan, namun perkara ini dijangka akan dapat mengurangkan harga peranti Apple bagi pasaran India pada masa akan datang.

Kredit : The Verge

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tim Cook menegaskan bahawa India adalah pasaran penting bagi Apple dalam usaha mereka untuk terus menguasai industri ini.  Ia adalah berikutan kadar peningkatan pengguna telefon pintar yang meningkat secara mendadak di sana akhir-akhir ini.

Selain itu, taraf ekonomi yang semakin membangun serta saiz pasaran yang sangat besar turut menjadi penyebab mengapa banyak pengeluar telefon pintar termasuk Apple semakin menfokuskan kepada negara berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 17 Dec 2018

「年度最弱密码」这里边有你的吗?

「123456」和「password」连续第5年成为最差密码!到底还有哪些“成功”登榜呢?

TECH Wed, 26 Sep 2018

Facebook约会服务上线测试!4大机制做到保护隐私、精准配对

社群媒体Facebook于今年5月F8开发者大会上提到的约会服务Facebook Dating,正式在南美洲哥伦比亚测试上线,透过此次试验成果,将决定是否在更多地区上线此功能。

Automobile Thu, 9 May 2019

你们知道怎么使用电子手刹车吗?

在现代汽车当中,因为要节省位置,越来越多车厂舍弃了手动转向电子手刹车……

TECH Thu, 8 Mar 2018

9 Teknologi Menakjubkan!

Di zaman teknologi dan digital ini, bermacam-macam teknologi dicipta oleh manusia-manusia yang suka berinovasi. Mari kita lihat beberapa penemuan teknologi yang dapat di kategorikan sebagai sangat berinovasi dan menakjubkan yang mungkin tidak ketahui oleh semua […]

TECH Mon, 9 Sep 2019

Nombor Tiada Dalam “Contact” Macam Mana Nak Hantar WhatsApp

Leceh bila kena simpan no terlebih dahulu sebelum nak Whatsapp

TECH Thu, 29 Aug 2019

Guna Bukan Jenis ‘Fast Charging’ Pun Boleh Cepat Cas

Jom guna cara ini mana tahu cepat nanti cas

TECH Sun, 21 Jan 2018

8 Fungsi Rahsia Google Chrome Yang Perlu Anda Tahu

Ada beberapa fungsi ‘Google Chrome’ yang perlu anda ketahui.Berikut adalah fungsi-fungsinya.

TECH Mon, 3 Dec 2018

Cara Mengatasi Google Play Store Error

kalau anda ada masalah google play store error boleh mencuba tips ini

Automobile Thu, 19 Apr 2018

OPPO F7「6.2寸全面屏+智能美颜2.0」售价RM1399!

自拍专家与潮流先锋的OPPO F系列手机,今日再添新成员,正式发布:OPPO F7!

TECH Mon, 7 Oct 2019

Tinggalkan Facebook! Tapi….

Penyelidik mendapati, individu yang menutup akaun Facebook mereka menjadi lebih gembira, produktif dan tidak lagi tertekan.

| Live TV