TECH By: SGMS Putri July 16, 2018 @ 12:41pm

SPECTRIX D80 DDR4 RGB: Modul Memori RAM Dengan Penyejukan Hybrid

SPECTRIX D80 DDR4 RGB

Jika sebelum ini semua perkakasan/komponen PC mempunyai fungsi RGB di dalamnya, modul RAM dari XPG kini membawakan penyejukan hybrid-cecair dan udara untuk SPECTRIX D80 DDR4.

XPG mengatakan yang SPECTRIX D80 DDR4 merupakan modul memori pertama di dunia menggunakan sistem penyejukan cecair dan udara yang menggabungkan sink haba cecair bersama-sama sink haba aluminium bagi memberikan kesan penyejukan yang efektif.

Tidak dilupakan adalah efek lampu RGB yang disertakan sekali dengan perisian yang boleh mengawal fungsi RGB tersebut. Ia juga boleh digunakan sekali dengan perisian-perisian lain dari pembuat papan induk yang lain.

Adakah modul RAM memerlukan penyejukan tersendiri?

Jika dilihat secara teliti, modul/kad memori RAM sebelum ini tidak memerlukan sistem penyejukan tersendiri dan adakah sistem penyejukan hybrid dari SPECTRIX D80 DDR4 ini wajar?

Linus Tech Tips menunjukkan yang fungsi ini tidak memberi kesan langsung buat pengguna biasa. Suhu yang terhasil dari SPECTRIX D80 DDR4 ini sama seperti modul RAM biasa yang lain, memberi konklusi yang mungkin ianya lebih kepada rupa keseluruhan rig yang tampak lebih ‘agresif’.

Apa yang pasti, penyejukan cecair diperlukan oleh komponen PC lain seperti CPU dan juga GPU kerana proses perkomputeran yang kompleks menghasilkan haba yang tinggi. Bagi komponen lain, sekadar cukup menggunakan penyejukan biasa melalui ruang pengudaran yang baik di dalam rig.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 12 Jul 2019

Cara Sekat “Si Pencuri” WiFi

Pertama sekali masuk ke menu tetapan modem seperti berikut, kemudian masuk ke menu Setting. Menu tetapan ini kebiasaan boleh diakses dengan kod alamat 192.168.1.1 atau 192.168.0.1 dan sebagainya seperti yang tertera pada bahagian info modem. Seterusnya pada bahagian Security, pilih menu Device […]

TECH Tue, 28 Nov 2017

Cara Memadam Folder Kosong Pada Android

Ramai yang tidak sedar bahawa peranti pintar mereka dipenuhi ‘sampah’ yang tidak dikehendaki. Tahukah anda bahawa setiap kali aplikasi di padam akan meninggalkan folder kosong dan beberapa file “sampah” yang akan menjejaskan prestasi peranti? Berikut kami […]

Automobile Thu, 14 Mar 2019

女人不是三宝!男性车祸机率高过女

别再笑女人不会开车,英统计显示男驾驶比女性更容易出事。

TECH Thu, 23 Aug 2018

「单手洗碗机」根本懒人救星!

日本研发出一款超特别的「单手洗碗机」只要把盘子放进去,按下按键,就可以轻松洗干净,完全懒人救星!

TECH Sat, 20 Jul 2019

Buat Emoji Menggunakan Aplikasi Gboard

Pelekat emoji itu boleh diubah suai mengikut citarasa pengguna. Berikut cara-cara untuk membuat pelekat emoji dari aplikasi kekunci Gboard.

TECH Mon, 28 Oct 2019
TECH Wed, 19 Dec 2018

Larangan Menggunakan Peranti Huawei dan Zte di Jepun

Amerika Syarikat telah menjemput sekutunya untuk memboikot penggunaan peranti Huawei. Perkara yang sama dilakukan oleh Australia, New Zealand dan United Kingdom. Baru-baru ini, Jepun juga menganggap perkara yang sama.

TECH Sat, 15 Jun 2019

Antara 5 Aplikasi Edit Foto Terbaik di Android

Terdapat beberapa aplikasi edit gambar yang boleh anda muat turun untuk telefon pintar anda.

TECH Fri, 4 Oct 2019

Samsung Ambil Keputusan Tutup Kilang Di China

Disebabkan persaingan yang sengit daripada jenama yang lain, ianya sudah tidak lagi ekonomik untuk membuat peranti telefon di sana

TECH Sat, 21 Sep 2019

Mainkan Muzik Youtube Tanpa Buka Aplikasi

Secara tidak langsung ianya akan mengganggu kebolehan peranti untuk “multi tasking” .

| Live TV