TECH By: SGMS Putri July 26, 2018 @ 5:56pm

Samsung Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Gaming Mereka Tersendiri

Ketika peranti premium mereka, Samsung Galaxy Note 9 belum pun diperkenalkan secara rasmi, Samsung kini diberitakan sedang dalam usaha membangunkan peranti menfokuskan permainan video mereka sendiri. Apa yang mengejutkan, ia mungkin akan digelar sebagai Samsung Galaxy X.

Galaxy X yang sebelum ini dikaitkan dengan peranti boleh lipat dengan sistem Android pertama keluaran mereka. Namun, perkara itu telah dinafikan oleh pakar tiris yang boleh dipercayai dari China, Meng Meng melalui kiriman di akaun Twitternya, @MMDDJ.

萌萌的电教@MMDDJ_
 
 

BTW,foldable smartphone isn’t named Galaxy X.

萌萌的电教@MMDDJ_
 

Samsung is preparing gaming smartphone.

 

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa peranti boleh lipat itu masih akan dihasilkan cuma ia tidak akan dinamakan sebagai Galaxy X. Seorang pengikut beliau telah meneka peranti tersebut akan hadir sebagai Galaxy F, mewakili perkataan foldable(boleh lipat).

Sebelum ini, Samsung dikatakan sedang membangun unit pemprosesan grafik mereka sendiri dan sekiranya benar, ia mungkin akan digunakan pada peranti Galaxy X ini nanti. Ia adalah sesuatu yang sangat menarik untuk diikuti dengan lebih lanjut lagi.

Kredit : PC Tech Magazine

Samsung Galaxy S9 dan S9+ yang merupakan peranti dengan spesifikasi tertinggi dari Samsung sebenarnya sudah cukup baik untuk digunakan bagi bermain permainan video mudah alih. Maka, jika mereka ingin melancarkan perantigaming yang baru, ia seharusnya lebih baik berbanding dua model tersebut.

Samsung nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan untuk menghasilkan peranti gaming yang sedang rancak ketika ini. Antara peranti menfokuskan permainan video mudah alih yang telah berada di pasaran ketika ini ialah Nubia Red Magic, Xiaomi Black Shark, Honor Play dan Razer Phone.

Walaupun perkara ini sedang menjadi bualan dan tular di internet, Samsung masih belum memberi jawapan balas secara rasmi. Maka, laporan ini masih dianggap ura-ura untuk masa ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 3 Jan 2019

Cara Download File Torrent di Android

Kepada yang suka menonton movie dan ingin download movie anda boleh ikuti cara-cara ini

TECH Tue, 23 Jul 2019

Sokongan Terhadap Windows 7 Bakal Berakhir Tidak Lama Lagi

Windows 7 boleh dikatakan sebagai versi Windows yang paling berjaya dan digemari ramai selepas Windows XP sejak dilancarkan hampir 10 tahun lepas. Akan tetapi, jangka hayat bagi sistem operasi berkenaan dijangka tidak akan bertahan untuk […]

TECH Mon, 15 Oct 2018

Cara Membuat Tulisan Berwarna Pada Whatsapp

Adakah anda bosan dengan warna ‘Whatsapp’ anda?Jika ya,anda perlu cuba tips ini.

TECH Wed, 25 Apr 2018

佛珠也能高科技!宏碁智慧佛珠正式推出

从来不介意乱点科技树的宏碁,之前就有与宗教界合作的前例,现在更是将脑筋动到了佛珠上,在今天发表了「宏碁智慧佛珠(Leap Beads)」,来做为独门的「高科技化」穿戴产品。

TECH Mon, 9 Jul 2018

如何判断高收入人群?经济学家:看他有没有「iPhone」

芝加哥大学的经济学家日前发布新论文!研究人员发现,根据2016年的数据显示,除了苹果的iPhone之外,没有其他能代表「高收入」的品牌。

TECH Mon, 9 Jul 2018

Beli Honor 7s Hari Ini Dan Dapatkan Kad Mikro SD Bernilai RM40 Secara Percuma

Mahu beli telefon pintar kelas bajet hari ini? Mungkin anda boleh mempertimbangkan Honor 7S. Peranti ini pertama kali dilancarkan untuk pasaran tempatan pada penghujung Jun yang lepas, kini ditawarkan dengan dengan hadiah percuma berupa kad Mikro […]

LIFESTYLE Thu, 29 Aug 2019
LIFESTYLE Mon, 28 Jan 2019
TECH Sat, 23 Mar 2019

Ciri Penting APP YouTube Di Nintendo Switch Yang Anda Kena Tahu

Tapi tahukah anda yang APP YouTube pada Switch sama lengkap seperti yang boleh ditemui pada TV pintar ataupun Android TV?

TECH Fri, 22 Nov 2019

Cara Mengubah Warna Latar Belakang Gambar Kepada Putih

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

| Live TV