TECH By: SGMS Putri July 22, 2018 @ 9:26am

MacBook Pro 15 inci Dengan Cip i9 (2018) Dilaporkan Cepat Panas

MacBook Pro 15 inci dijana dengan cip pemprosesan 6-teras Core i9- 8950HK adalah komputer riba berharga premium keluaran Apple untuk tahun ini.

Melalui cip terbabit, ia menjanjikan kelajuan pemprosesan sehingga 2.9GHz yang mana lebih laju berbanding keluaran terdahulu tetapi satu video yang dimuat naik di YouTube menyatakan sebaliknya.

Video berdurasi 5 minit 44 saat yang dimuat naik oleh David Lee itu menjelaskan bahawa model terbabit cepat panas hasil dari pemprosesan cip berkuasa tinggi itu.

Umum mengetahui kebanyakkan komputer akan melakukan throttling yakni merendahkan kelajuan CPU apabila ia panas untuk mengelakkan kerosakan, tetapi pada MacBook ini ia kelihatan agak teruk.

Tiga jenis komputer diuji bersama iaitu, MacBook 15 inci (2017) dengan cip i7, MacBook 15 inci (2018) dengan cip i9, dan sebuah lagi adalah komputer yang mengoperasikan Windows iaitu Gigabyte Aero 15X dengan cip i7.

Tempoh suntingan video ujian pertama. Di dalam video itu, Lee mengingatkan bahawa perisian Adobe Premiere lebih optimum dioperasikan pada Windows berbanding MacOS.

Lee menguji prestasi komputer riba itu dengan melakukan video rendering menggunakan perisian Adobe Premiere dan beberapa saat setelah dijalankan, frekuensi CPU dilihat pada kadar 2.2Ghz sahaja.

” Pemproses i9 di MacBook ini tak mampu menjalankan base clock speed pada kadar 2.9GHz. Lupakan saja tentang ciri Turbo Boost.” jelas Lee dalam videonya.

Lee berpendapat ia terjadi disebabkan rekaan MacBook Pro ini tidak mempunyai ruang saluran udara yang sempurna menjadikan komponen dalaman terlalu cepat panas lantas membantutkan prestasi sebenar cip generasi ke- 8 itu.

Ujian kedua dilakukan dan kali ini Lee meletakkan komputer yang sedang menjalankan proses suntingan video itu di dalam ruang sejuk beku. Hasilnya agak mengejutkan kerana proses tamat lebih awal daripada yang pertama.

Masih awal lagi untuk membuat kesimpulan berkenaan hal ini kerana ia diuji pada satu jenis perisian sahaja. Mungkin prestasi sebenar dapat ditunjukkan pada perisianyang  lebih optimum dijalankan pada MacOS.

Sumber: Mobile Syrup

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 31 Mar 2018

Cara Kembalikan Butang ‘View Image’ Pada Carian Gambar Google

Mencari gambar menggunakan Google Image adalah perkara yang biasa kita lakukan tiap kali ingin mencari sesuatu gambar di laman internet. Sebelum ini, terdapat satu butang khas dinamakan ‘View Image’ di Google Images untuk membolehkan pengguna […]

TECH Wed, 17 Oct 2018

Nightstream is a New Game You Must Check Out

The game features multiple playable characters, each with their own personalities, motivations, and musical themes!

TECH Sun, 22 Jul 2018

Tips Cara Buat Kod QR Sendiri

Di zaman sekarang, kemana-mana kita pergi, pasti kita akan melihat kod QR terutamanya di kaunter-kaunter pembayaran.

TECH Thu, 11 Jan 2018

Tips Merakam video atau gambar ala Profesional di Smartphone Android

Cara-cara pengambilan video atau gambar ala Profesional di Smartphone Android.

Automobile Sun, 29 Apr 2018

4 Aplikasi Edit Gambar Yang Selalu Digunakan Artis Kpop!

Ini lah rahsia di sebalik gambar yang cantik macam artis kpop korang!

TECH Wed, 2 Oct 2019

Twitter Dan Tweetdeck Terganggu

Anda mungkin mengalami masalah melakukan Tweeting, mendapatkan notifikasi, atau melihat DMs.

TECH Sat, 12 Oct 2019
TECH Sun, 14 Jul 2019

7 Peranti Pintar “Gaming” Dengan Harga Mampu Milik

Kepada anda yang masih tercari – cari peranti pintar Gaming dengan harga dibawah RM1000, berikut antara 7 peranti yang boleh anda pilih.

TECH Tue, 15 Jan 2019

Senarai Kata Laluan Terburuk di Dunia Talian

Perkara yang penting di dunia dalam talian, salah satu darinya adalah kata laluan, kunci kepada pelbagai servis yang disediakan di internet

TECH Mon, 16 Jul 2018

Naik Taraf Kelajuan Unifi Dan Streamyx Lebih Cepat Dari Perancangan Awal

Telekom Malaysia (TM) sebelum ini telah mengumumkan naik taraf kelajuan sehingga 10 kali ganda kepada pelanggan Unifi sedia ada. TM mengumumkan perkara tersebut pada 12 Julai yang lepas. Unifi Turbo: 10X Lebih Kelajuan Dengan Harga […]

| Live TV