TECH By: SGMS Putri July 16, 2018 @ 12:26pm

Video: IPhone Masih Berfungsi Dengan Baik Walaupun Terjatuh Daripada Kapal Terbang

Semua orang tahu iPhone keluaran Apple bukanlah peranti yang tahan lasak, lebih-lebih lagi jika terjatuh dari tempat yang tinggi. Kadangkala, walaupun sudah disarungkan dengan pelindung, iPhone masih juga retak atau gagal berfungsi dengan baik sekiranya terjatuh atau terhentak.

Berlainan pula dengan apa yang terjadi di Amerika Syarikat, dua kejadian yang berlaku berasingan itu membuktikan iPhone masih terselamat walaupun jatuh dari ketinggian lebih 1000 kaki.

Kejadian pertama berlaku dari jarak 450 kaki dimana Cansel Yildirim bersama pasangannya sedang merakam video ketika menaiki permainan StarFlyer. IPhone 7 tanpa sarung pelindung itu terjatuh dan pada akhir video anda boleh lihat betapa tingginya jarak buaian gantung itu dari tanah.

Peristiwa kedua pula berlaku kepada Sarvinder Naberhaus dan rakannya Donna Johson. Mereka menaiki kapal terbang ringan untuk bersiar-siar di ruang udara sekitar kediaman ibu bapa beliau.

Ghairah untuk mengambil gambar, Naberhaus mengeluarkan iPhone dan peranti itu terpelanting akibat tiupan angin yang kuat.

Pada mulanya beliau menganggap iPhone itu sudah hilang namun apabila cuba mencari melalui Find My iPhone, ia berjaya ditemui dan mengejutkan, ia masih berfungsi dengan baik tanpa sebarang calar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 9 Jun 2019

Inilah Cara Memasang Android P Beta

Kalau belum install atau ada Android P Beta boleh ikuti langkah mudah ini

TECH Thu, 11 Jan 2018

Tips Mudah Untuk Mendapatkan Semula Fail Dari Pemacu Pena Anda

Hilang fail penting yang telah disimpan dalam pemacu pena (pendrive) sering memeningkan kita. Pernah tak anda kehilangan fail-fail penting yang anda simpan dalam pemacu pena anda secara tiba-tiba?

TECH Mon, 9 Sep 2019

Nombor Tiada Dalam “Contact” Macam Mana Nak Hantar WhatsApp

Leceh bila kena simpan no terlebih dahulu sebelum nak Whatsapp

TECH Sat, 7 Apr 2018

Cara Tetapan DNS 1.1.1.1 Untuk Lajukan & Stabilkan Sambungan Internet Windows & Android

DNS 1.1.1.1 merupakan hasil kerja sama antara Cloudflare dan APNIC. DNS ini dikatakan lebih selamat kerana tidak akan merekodkan data alamat IP yang anda gunakan.

TECH Sat, 3 Nov 2018

Data Internet Cepat Habis?

Data internet habis cepat?, ini untuk menjimatkan penggunaan data anda.

TECH Wed, 4 Jul 2018

Promosi Tiket Wayang RM 7 Sahaja Dengan Pembelian Menerusi E- Dompet Touch ‘n GO

Bosan dan tidak tahu untuk buat apa dihujung minggu? Anda mungkin boleh luangkan masa untuk menonton wayang dan nikmati promosi Legendary 7 dari Touch ‘n Go. Promosi ini dilihat sebagai salah satu cara Touch ‘n […]

TECH Sat, 21 Jul 2018

Permainan Video Mungkin Terlibat Dalam Sukan Olimpik Pada Masa Akan Datang

Permainan video dianggap sebagai membazir masa dan wang oleh sesetengah pihak sejak dari dulu lagi. Namun, sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang sudah membuka mata bahawa industri permainan video ini juga boleh memberikan pendapatan yang […]

TECH Tue, 17 Jul 2018

Samsung Galaxy Note 9 Dikatakan Lebih Pantas Berbanding iPhone X

Peranti yang pantas dan berkuasa sering menjadi idaman semua pemilik telefon pintar hari ini. Akan tetapi, tahap prestasi yang tinggi biasanya akan hadir dengan harga yang tinggi. Seperti yang didakwa oleh TheUnlockr, iPhone X adalah merupakan salah […]

Hiburan Thu, 21 Mar 2019
TECH Mon, 9 Jul 2018

PDRM Tubuh Unit Khas Untuk Pantau Pengguna Yang Melayari Laman Lucah

Serangan seksual terhadap kanak-kanak atau pedofil kini semakin berleluasa. Apa yang merisaukan, jenayah ini telah semakin menular di negara kita. Bukan itu sahaja, pengguna internet di Malaysia adalah merupakan antara yang tertinggi dalam menonton video lucah […]

| Live TV