TECH By: SGMS Putri July 17, 2018 @ 12:09pm

Samsung Galaxy Note 9 Dikatakan Lebih Pantas Berbanding iPhone X

Peranti yang pantas dan berkuasa sering menjadi idaman semua pemilik telefon pintar hari ini. Akan tetapi, tahap prestasi yang tinggi biasanya akan hadir dengan harga yang tinggi. Seperti yang didakwa oleh TheUnlockr, iPhone X adalah merupakan salah satu antara lima peranti terpantas yang ada di pasaran ketika ini.

Bagaimanapun, peranti Apple itu dijangka akan ditendang keluar daripada senarai berkenaan apabila Samsung Galaxy Note 9 diperkenalkan secara rasmi kelak. Ini kerana, menurut kiriman yang dikeluarkan oleh GeekBench, peranti Samsung tersebut telah menerima skor yang lebih tinggi berbanding iPhone X.

Kredit : GeekBench

Dalam penyeneraian tersebut, Galaxy Note 9 telah menerima skor sebanyak 4089 untuk teras tunggal dan 12,246 untuk multi-teras. Ini adalah lebih baik berbanding skor yang diperoleh oleh peranti iPhone X iaitu 4,268(teras tunggal) dan 9,688(multi-teras).

Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila laporan tersebut menyenaraikan memori cuma 4GB untuk peranti ini. Sekiranya laporan ini tepat, ini bermakna Samsung mungkin akan menggunakan sistem cip Exynos 9820 dan bukan Exynos 9810 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Malah ia juga akan menjadi siri Note dan S pertama yang akan menggunakan cip berbeza. Untuk rekod, sebelum ini peranti siri Note dan S akan menggunakan cip yang sama sebagai contoh, Galaxy Note 8 dan S8 kedua-duanya menggunakan sistem cip Exynos 8895.

Berita berkenaan perkara ini juga menimbulkan persoalan sama ada peranti Galaxy Note 9 akan mempunyai versi Exynos 9810 untuk sebahagian pasaran atau tidak sama sekali. Untuk pengetahuan anda, Galaxy Note 9 bagi pasaran US dan China dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 845.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 1 Jul 2018

Tips Untuk Guna Fungsi “Split Screen” Pada Android

Sebagai contoh, kita dapat menjadikan layar peranti anda akan dipecahkan kepada dua bahagian, ini sangat sesuai untuk anda melakukan “multi tasking” pada peranti. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah – langkah berikut.

LIFESTYLE Sun, 5 Jan 2020

Sisi Positif Seorang “Gamers” Dalam Permainan Video

nternet kini menjadi saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas di merata tempat. Perkembangan ini memudahkan manusia berhubung tanpa sempadan sama ada menerusi sosial media mahupun permainan video. Jadi pastinya kemudahan dan perkembangan ini […]

TECH Thu, 3 Oct 2019

华为推介13款新产品!与HMS共同打造一个全生态系统

Huawei Malaysia推介13款新产品!与Huawei Mobile Service携手打造一个全生态系统。

TECH Tue, 14 Aug 2018

“Setting” Untuk Prestasi Terbaik Pada Windows 10

Cara memastikan laptop atau komputer anda dalam keadaan baik.Ternyata mudah dan senang.

TECH Sun, 27 May 2018

Ribuan Kata Laluan Apple ID Bocor Gara-Gara Aplikasi Pemantauan Keselamatan Remaja, TeenSafe

Salah satu server mempunyai 10,200 rekod pada pangkalan data merangkumi emel utama yang digunakan untuk mendaftar akaun TeenSafe dan alamat emel Apple ID kanak-kanak.

TECH Wed, 18 Jul 2018

Samsung Mempersembahkan DRAM LPDDR5 8GB Pertama Di Dunia

Samsung Electronics telah mengumumkan kejayaan mereka dalam membangunkan cip memori DRAM LPDDR5 8GB yang pertama di dunia. Cip yang ditujukan khas bagi memberi sokongan kepada aplikasi-aplikasi sambungan 5G dan juga A.I  yang akan menemui peranti telefon pintar generasi […]

TECH Mon, 13 May 2019

全球暖化有解?吃这食物可救地球

全球暖化有解?专家:吃「油炸食物」可帮地球降温~

TECH Sun, 24 Mar 2019

Samsung’s New A30 and A50 Models Created Specifically for Younger Generations

It’s suitable for all ages but there are many features which youngsters in particular will truly enjoy.

Automobile Thu, 25 Apr 2019
TECH Sat, 8 Jun 2019

Cara Menyembunyikan File di Kalkulator Android

Apa kata jom ikuti tips ini !

| Live TV