LIFESTYLE By: SGMS Enal January 5, 2020 @ 12:16pm

Sisi Positif Seorang “Gamers” Dalam Permainan Video

nternet kini menjadi saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas di merata tempat. Perkembangan ini memudahkan manusia berhubung tanpa sempadan sama ada menerusi sosial media mahupun permainan video.

Jadi pastinya kemudahan dan perkembangan ini juga telah banyak melahirkan generasi yang tidak canggung dengan penggunaan Facebook, Twitter, Whatsapps, serta permainan video. Pada umumnya kalau difikirkan semula, melalui permainan video, “gamers” dapat mengembangkan cara mereka berfikir serta fokus yang diberikan ketika dalam permainan.

 

Bila gaya permainan mereka diasah dengan cara yang betul, bermacam sisi positif yang dapat dilihat dalam diri seorang gamer. Selain daripada bertujuan untuk hiburan, permainan video juga mampu mengembangkan IQ seseorang.

  • Melatih Cara Berfikir

Dalam permainan video, gamers dapat melatih diri untuk berfikir secara logik, mengalisis masalah dan strategi bagi memenangi permainan tersebut.

  • Pengenalan Kepada Teknologi

Dengan bermain permainan video juga, secara tidak langsung gamers akan terdedah dengan bermacam pengenalan dan informasi mengenai teknologi.

  • Mempertingkatkan Kemahiran Berbahasa 

Sekarang ini, hampir kesemua permainan video dikendalikan dalam sistem Bahasa Inggeris. Secara tidak langsung dapat mendorong gamers untuk mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran mereka dalam pertuturan yang menggunakan bahasa tersebut. Sambil bermain, sambil belajar.

  • Melatih Sikap Kerjasama

Bila permainan video dimainkan lebih daripada seorang pemain, pastinya akan ada saat di mana gamers akan cenderung kepada sikap tolong-menolong. Jadi, ini mampu melatih gamers untuk bekerja secara berkumpulan.

  • Kemahiran Memberi Tumpuan

Permainan video seperti Counter-Strikes misalnya boleh meningkatkan kemahiran tumpuan yang sangat tinggi. Jadi, secara tidak langsung ini dapat menajamkan pemikiran dan penglihatan agar tumpuan dapat diberi sepenuhnya.

  • Menimbulkan Rasa “Happy”

Kadang-kadang kita mudah stress dengan kerja yang menimbun, masalah dalaman dan sebagainya. Dengan bermain permainan video, seseorang akan dapat menyelamatkan diri dari tekanan dunia luar buat sementara waktu. Pastinya akan timbul perasaan gembira di hati apabila dapat bermain dengan rasa yang sangat seronok.

 

Sumber: Binus

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 30 Oct 2018

5 Tips dan Teknik WhatsApp Yang Perlu Diketahui

Adakah anda telah mengetahui semua tips dan teknik untuk ‘Whatsapp’ anda? Jika belum,baca artikel ini.

LIFESTYLE Fri, 20 Jul 2018

午睡有「5大好处」抗衰老、摆脱金鱼脑…15分钟就够

「午睡」被誉为健康最天然的充电器,不仅能养眼、修复肌肤、延缓衰老、摆脱金鱼脑,甚至还可以降低罹患心血管疾病的风险,而且午睡只要15分钟就够了!

LIFESTYLE Sat, 13 Apr 2019

Anak Jadi Biadap Salah Satunya Kerana Tiru Sikap Mak Ayah

punca mengapa anak-anak mudah untuk jadi biadap yang perlu diketahui oleh ibu bapanya.

TECH Wed, 25 Jul 2018

Ayuh Bandingkan Spesifikasi Mi A1, Mi A2 Dan Mi A2 Lite

Xiaomi meneruskan lagi legasi Mi A1 menerusi model terbaru iaitu Mi A2 dan ditambah bersama satu lagi model berspesifikasi sedikit rendah dalam kelas permulaan Mi A2 Lite. Berada dalam kelas pertengahan, prestasi yang ditunjukkan oleh Mi A1 sangat […]

LIFESTYLE Mon, 12 Nov 2018

Pokok Genggam Fatimah Dapat Memudahkan Proses Bersalin

DAPUR Khasiat Pokok Genggam Fatimah Dapat Memudahkan Proses Bersalin. Betul Ke?

Fab Foodies! Thu, 8 Aug 2019
Events Tue, 20 Nov 2018

Keputusan UPSR, PPSR Keluar 29 November

Dup dap dup dap…Tinggal sembilan hari saja lagi, keputusan PPSR & UPSR akan diumumkan. Pasti nervous kan?

Events Mon, 7 Oct 2019

CJ WOW SHOP Sasar RM100K Jualan Menerusi Platform Mudah Alih

Wow! Apa tunggu lagi? Jommm beli belah di CJ WOW SHOP pada 5 & 6 Oktober ni okay!

TECH Sun, 17 Feb 2019

Cara Mudah untuk Menduplikasi Aplikasi pada Android

Ingin mencuba? mari ikuti tips ini

Fab Foodies! Tue, 12 Feb 2019

Need a Last-Minute Restaurant for Valentine’s Day? Go to Paya Serai at Hilton PJ!

Call to make a booking now if you haven’t gotten a place yet!

| Live TV