TECH By: SGMS Putri July 25, 2018 @ 8:23am

Khabar Angin Mengenai Cip Intel Core-i9 Yang Tertiris

Beberapa minggu lepas, Intel telah mengeluarkan beberapa dokumen di laman sesawang mereka yang merujuk kepada beberapa cip pemprosesan generasi ke-9 mereka. Antara yang disebut adalah cip 4 teras/ 4 bebenang Core i3-9000 dan 6 teras/ 6 bebenang Core i5-9600K. Yang menarik perhatian pula adalah cip 8 teras yang tidak disenaraikan tetapi rancak diperkatakan oleh pemerhati industri mengenainya.

Coolaler, sebuah forum di laman sesawang China telah mendedahkan beberapa cip pemprosesan Intel generasi ke-9. Salah satunya adalah cip Core i9-9900K dengan 8 teras/ 16 bebenang yang jika menjadi kenyataan, akan menjadi cip pertama dari Intel yang menggunakan 8 teras untuk kelas arus perdana.

Jika mengikut bebenang di forum tersebut, cip Core i9-9900K tersebut akan mempunyai clockspeed asas sebanyak 3.6GHz dan boleh ditingkatkan sehingga 5GHz secara teras tunggal dan 4.7GHz untuk semua teras. Ia juga datang dengan memori 16MB untuk L3 cache dan 95W TDP. Jika benar, prestasi yang dihasilkan cip ini adalah mengkagumkan jika dibandingkan dengan cip ulang tahun Core i7-8086K.

Intel Core-i7 8086K: Sambutan Ulang Tahun Cip Dengan Senibina X86

Tidak dipastikan bila Intel akan mengumumkan pelancaran cip pemprosesan generasi ke-9 mereka tetapi dengan pengeluar papan induk sedang mengemaskini produk mereka, tarikh tersebut mungkin sudah hampir.

Sumber: PC GamerIntel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 11 Aug 2019

Cetak Laman Sesawang Tanpa Sebarang Iklan

Cara mencetak paparan laman sewsawang tanpa sebarang gangguan iklan.

TECH Tue, 13 Aug 2019

Nak Cari DiMana Anda Letak Handphone?

Tak tahu letak mana handphone sebab lupa, cuba cari ni!

TECH Thu, 12 Jul 2018

Samsung Galaxy Note 9 Dilancarkan Pada 24 Ogos Ini

Samsung Galaxy Note 9 akan diperkenalkan di Korea Selatan pada 24 Ogos ini, lapor sebuah portal tempatan ETNews semalam. Sekiranya ia berlaku, ini bermakna Note 9 telah dilancarkan lebih kurang 3 minggu lebih awal berbanding peranti sebelumnya, Note 8 […]

TECH Wed, 13 Jun 2018

Cara Untuk Maksimumkan Prestasi iPhone Lama

Jika IPhone lama anda terasa semakin hari semakin perlahan,anda boleh cuba tips ini.

TECH Fri, 12 Oct 2018

Kongsi Step Mudah Ibu Bapa Perlu Buat Untuk Pantau Handphone Anak

Kemajuan teknologi sudah banyak mendedahkan kanak-kanak dengan gejala yang tidak sihat. Lihat sahaja kes yang dilaporkan di media massa, di usia mentah mereka sudah terpengaruh dengan perkara negatif, salah satu puncanya adalah menggunakan gadjet seperti […]

TECH Wed, 18 Jul 2018

Korea Selatan Bakal Muncul Sebagai Negara Pertama Dengan Sambungan 5G

Sambungan 5G semakin hampir menemui pengguna telefon pintar apabila terdapat beberapa penyedia perkhidmatan telekomunikasi sedang dalam proses menghasilkan perkhidmatan tersebut. Ia melibatkan kerjasama pelbagai pihak antaranya syarikat pengeluar peranti, pembangun sistem cip serta penyedia perkhidmatan talian mudah […]

TECH Wed, 25 Jul 2018

Mi A2 Lite – Model “Adik” Kepada Mi A2 Dilancarkan

Disamping pelancaran Mi A2, Xiaomi turut melancarkan model kelas permulaan iaitu Mi A2 Lite dengan penawaran yang rendah sedikit berbanding model utama. Berbeza dari abangnya, Mi A2 Lite mempunyai rekaan takuk pada bahagian atas skrin yang berukuran […]

TECH Thu, 19 Jul 2018

Menghapuskan Folder Kosong Pada Android

Jika anda ingin membuang fail kosong yang berada dalam telefon anda,cubalah cara ini.

TECH Thu, 5 Jul 2018

Palam Kuasa Pengecasan iPhone Dengan Sambungan USB Type-C Tertiris

Sebelum ini telah tular beberapa ura-ura berkenaan penggunaan sambungan USB Type-C pada model iPhone keluaran tahun ini. Ura-ura berkenaan semakin hampir untuk menjadi kenyataan apabila beberapa imej palam kuasa bagi perantiiPhone dengan sambungan USB Type-C telah tertiris. Kredit : Slashleaks & […]

TECH Wed, 21 Mar 2018

Cara Menaik Taraf Fungsi Aplikasi Youtube (Android)

Youtube adalah antara aplikasi yang paling digemari semua selepas Facebook.  Kepada yang pengguna tegar aplikasi Youtube, berikut kami kongsikan satu aplikasi alternatif kepada Youtube yang lebih canggih dan menarik paparannya. Dengan paparan versi “Dark” dan […]

| Live TV