TECH By: SGMS Putri July 12, 2018 @ 1:23pm

Samsung Galaxy Note 9 Dilancarkan Pada 24 Ogos Ini

Samsung Galaxy Note 9 akan diperkenalkan di Korea Selatan pada 24 Ogos ini, lapor sebuah portal tempatan ETNews semalam. Sekiranya ia berlaku, ini bermakna Note 9 telah dilancarkan lebih kurang 3 minggu lebih awal berbanding peranti sebelumnya, Note 8 pada tahun lepas. Note 8 dilancarkan pada 15 September 2017.

Perkara itu menjadi tular apabila beberapa pengendali perkhidmatan mudah alih negara tersebut mendakwa perantiberikut akan tersedia di kedai-kedai mereka bermula daripada 24 Ogos ini. Malah, terdapat pengendali yang mengumumkan bahawa mereka akan mula membuka pra-tempahan bagi Note 9 ini 10 hari sebelum ia dilancarkan.

Kredit : Samsung

Bagaimanapun, Samsung menerusi pegawai kanannya telah mengesahkan bahawa peranti berkenaan akan dipertontonkan kepada umum buat pertama kali di New York pada 9 Ogos nanti. Mereka berharap agar peranti ini akan menjadi pencabar yang kuat kepada model iPhone yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Galaxy Note 9 akan hadir dengan skrin Super AMOLED 6.4 inci, cip Snapdragon 845, dwi-kamera utama dengan gabungan lensa 12MP+12MP, kamera swafoto 8MP dan bateri 4,000mAh. Namun, peranti ini mungkin tidak akan menggunakan pengimbas cap jari dalam skrin seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Samsung sebelum ini telah menegaskan bahawa mereka akan membawa beberapa pembaharuan terhadap teknologi S-Pen pada keluaran kali ini. Antaranya ialah ia dapat berfungsi sebagai alat kawalan untuk Samsung TV dan juga boleh digunakan untuk mengawal kamera peranti dari jarak jauh.

Mereka dikatakan terpaksa melancarkan Galaxy Note 9 ini lebih awal selepas sambutan yang kurang menggalakkan pada peranti Galaxy S9. Walaupun Samsung belum mengumumkan harga bagi peranti ini, pakar industri menganggarkan Samsung Note 9 akan dijual pada harga sekitar $ 900 – $ 1000 (~RM 3,940 – RM 4,040).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 25 Dec 2018

Lelaki Tipu IPhone Dan Macbook Dicuri Untuk Tuntut Wang Insuran

Bongkar penipuan seorang lelaki yang menipu syarikat insuran untuk mendapatkan wang menerusi tuntutan palsu insuran.

TECH Thu, 12 Apr 2018

Apple Akan Berhenti Menyokong Aplikasi 32-bit Tidak Lama Lagi

Pengguna MacOS akan mula menerima peringatan tersebut pada hari ini jika mereka membuka aplikasi yang hanya menyokong 32-bit pada MacOS High Sierra.

TECH Wed, 26 Dec 2018

Lupa Kat Mana Letak Fon? Guna Cara Ni!

Sering tidak jumpa dimana anda letak telefon anda? Anda boleh cuba cara ini.

TECH Thu, 20 Dec 2018
TECH Thu, 14 Jun 2018

Tidak Mahu e-Mel Dibaca Selain Daripada Penerima?Guna Confidential Mode

Apabila kita menghantar maklumat melalui Email atau Gmail,kita pasti tidak mahu yang bukan penerima membaca isi kandungan E-mel kita.Kami ada tips untuk memastikan maklumat anda kekal ‘Confidential’.

LIFESTYLE Mon, 28 Jan 2019
Automobile Thu, 6 Dec 2018

停等红灯打到N档较省油?小心频繁打档让变速箱整组坏光光

不说别的,不少驾驶对于变速箱档位的认知,大概仅剩P档停车、D档前进、R档倒退。

Automobile Mon, 21 May 2018

Datuk Dahlan Zainuddin Terkejut Terima Cek Bernilai RM100,000

Jumlah ini adalah hasil sumbangan peribadi individu bernama Aryan Farhan, orang perseorangan dan sebuah syarikat sebagai tanda penghargaan buat Dahlan yang mengabdikan diri dalam bidang seni sejak 1975.

TECH Wed, 23 May 2018

Apple Tawar Kredit RM227.68 Untuk Penukaran Bateri Peranti iPhone 6

Apple Tawar Kredit RM227.68 Untuk Penukaran Bateri Peranti iPhone 6 & Ke Atas Yang Sudah Tiada Waranti

Automobile Mon, 7 May 2018

Seat Belt 系错方法的后果,你有必要知道!

不系Seat Belt能致命,系上了但系错方式也一样会致命!

| Live TV