LIFESTYLE By: SGMS Enal December 31, 2017 @ 5:11am

Simpanan Tabung Haji Lebih Mudah Dengan Maybank2U

Dengan kecanggihan teknologi yang ada pada hari ini, hampir keseluruhan urusan harian anda hanya bolek dilakukan di hujung jari sahaja. Apa yang anda kena mungkin cuma sambungan internet dan sedikit ilmu sahaja.

Begitu juga dengan urusan untuk membuat simpanan ke akaun Tabung Haji. Anda kini tidak lagi perlu beratur di kaunter ataupun di mesin ATM tiap kali ingin membuat simpanan mahupun pindahan wang. Jika anda mempunyai akaun Maybank, pindahan wang ke akaun Tabung Haji juga boleh dilakukan melalui Maybank2U seperti yang dikongsikan oleh Amir Syahir. Mudahkan?

Nak tahu caranya? Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

Simpanan Ke Tabung Haji Anak Melalui Maybank2U

Macam saya, segala duit raya anak, duit orang bagi kepada anak saya, saya akan simpan dalam Tabung Haji dia. Simpan Tabung Haji bagus sebab purata bonus boleh dapat 6%.

Korang pun boleh buka akaun Tabung Haji untuk anak. Daftar haji anak siap-siap pun boleh. Okay, jika anak dah ada akaun Tahung Haji, korang boleh transfer ke akaun Tabung Haji anak menggunakan Maybank2U. Mudah dan senang. Jom baca.

Untuk kali pertama, korang kena daftar dulu akaun TH korang di mesin ATM Maybank yang berdekatan korang. Korang kena daftar akaun Tabung Haji sendiri dahulu sebelum daftar Tabung Haji untuk anak jika korang pun belum daftar.

Caranya mudah :

1. Bawa buku Tabung Haji.

2. Pergi mesin ATM Maybank.

3. Masukkan kad ATM Maybank.

4. Pilih Tabung Haji.

5. Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji.

6. Masukkan Nombor Siri Buku.

Tadddaa, Akaun Tabung Haji korang dah diaktifkan dalam Maybank2u. Lepas tu buat perkara yang sama untuk akaun Tabung Haji anak. Dah siap daftar barulah boleh masuk ke laman web Maybank2u tu. Boleh baca caranya dekat gambar-gambar di bawah.

Jika korang simpan RM100 sebulan selama 18 tahun, nanti anak korang dah umur 18 tahun, dia dah ada dana pendidikan sebanyak RM38K jika purata bonus TH sebanyak 6%. Banyak kan? Boleh rujuk gambar terakhir.

Kalau korang masih bujang, takde anak lagi boleh buat untuk diri sendiri juga. Untuk simpan duit lebihan gaji ke, duit bonus ke, nak simpan duit kecemasan ke, boleh guna cara ini juga.

Sekadar perkongsian. Moga manfaat. Sudi-sudikanlah share supaya ramai lagi dapat manfaat.

Bawa buku haji korang dan buku Tabung Haji anak semasa daftar kat mesin ATM tu ye. Taknak bawa pun boleh, tetapi kena tulis atau ambil gambar nombor akaun Tabung Haji dan nombor siri buku TH.

 

Bawa buku haji korang dan buku Tabung Haji anak semasa daftar kat mesin ATM tu ye.

Taknak bawa pun boleh, tetapi kena tulis atau ambil gambar nombor akaun Tabung Haji dan nombor siri buku TH.

1. Clik pada menu Accounts & Banking.

2. Pilih Tabung Haji (bawah sekali).

3. Klik pada menu Maybank to TH Own Account Transfer.


4. Masukkan berapa jumlah yang nak di transfer. Satu transaksi dikenakan caj RM1.06 ye. 
 
Akan ada dua akaun TH. Akaun TH korang dengan akaun TH anak. Jadi pilih akaun TH anak kalau nak transfer ke akaun TH anak.
 
 
5. Tekan request TAC dan isi nombor TAC. Dan tekan Comfirm.
 
 
6. Selesai. 
 
Mudahkan? Tak perlu ke pejabat TH jika jauh daripada tempat kerja korang. Lebih mudah dan menjimatkan masa.
 
Sumber : Amir Syahir

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Mon, 11 Jun 2018

运动后更容易水中毒!「5条件」喝多变脑水肿

运动完更容易发生水中毒!一般民众总是被告知在太阳下或长时间剧烈运动后,水分流失的很快,然而摄取过多水分或运动饮料,使的血液和体液变化剧烈,产生「水中毒」或「脱水」等情形……

LIFESTYLE Sat, 2 Jun 2018

Yeay! Wanita Arab Saudi Mula Terima Lesen Memandu

Dijangka pada minggu depan, tambahan 2,000 wanita akan turut menerima lesen mereka.

Fab Foodies! Tue, 30 Oct 2018

Khasiat Ginseng Yang Perlu Tahu

Ginseng adalah perkataan yang berasal dari bahasa Cina iaitu rénshēn  yang bermaksud ‘akar tumbuhan berbentuk manusia’ di mana sejenis tumbuhan herba

LIFESTYLE Mon, 17 Sep 2018

The Epic History of Sentul Depot at Sentul West

Rich in history and Instagram-ready spots 😉

LIFESTYLE Mon, 30 Dec 2019

Air Kelapa Boleh Buat Kulit Bayi Anda Cantik?

Ketahui Apa Fungsi Putih-Putih Yang Ada Pada Bayi Ketika Lahir

LIFESTYLE Tue, 29 Oct 2019

小心!你也有可能得了抑郁症

每年的10月10日是世界精神卫生日(World Mental Health Day),而今年世界精神卫生日的主题是「预防自杀」。到底什么是抑郁症 ?你又有多了解呢?

Events Sat, 1 Dec 2018

Harga Petrol RON 97 Turun Sepanjang Disember

Berita baik bagi pengguna RON 97, harga minyak turun ke RM 2.50 seliter sepanjang Disember 2018.

LIFESTYLE Wed, 18 Apr 2018

Wow! Gincu Untuk Penggemar ‘Musang King’

Hadir dalam warna kuning seakan-akan warna durian musang king, kami pasti korang yang sukakan durian memang rasa ‘kenyang’ jer bila gunakan gincu ini. Tak menyesal punya beb!

Fab Foodies! Thu, 9 May 2019
Fab Foodies! Mon, 17 Jun 2019

| Live TV