TECH By: SGMS Enal August 12, 2019 @ 5:01pm

3 Cara Membuka Kunci atau Password Untuk Iphone

Iphone anda terkunci ? Ketahui cara membuka kunci iphone jika terlupa password dengan 3 cara.

Apabila tidak menggunakan telefon pintar Iphone dalam jangka masa yang panjang, kemungkinan terlupa password memang ada. Tenang dan jangan risau, masih ada cara untuk membuka id apple yang terkunci.

Namun, anda mungkin akan kehilangan semua fail-fail yang ada. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya anda masih boleh menggunakan iphone anda seperti sediakala.

Bagi memastikan hal ini tidak berulang, anda perlu melakukan proses back-up data iphonesecara rutin. Ianya boleh digunakan menggunakan aplikasi iCloud yang biasanya ada dalam telefon pintar anda.

Anda sudah bersedia ?

Berikut merupakan tiga cara membuka kunci iphone jikalau terlupa password atau kata laluan.

CARA 1: BUKA KUNCI IPHONE MELALUI KAEDAH RECOVERY MODE

Cara utama membuka kunci iphona jika anda terlupa password adalah dengan menggunakan kaedah RECOVERY.

Sebelum memulakan proses recovery, anda perlu sediakan:

  • Kabel sambungan iphone ke komputer riba (Jenis Apple)
  • Komputer riba (Apple)
  • Aplikasi itunes pada computer anda. Tidak mempunyai aplikasi itunes? Anda boleh mendapatkannya di sini: Apple iTunes

Mari kita mulakan:

1. Hubungkan iPhone anda ke komputer dan buka aplikasi iTunes menggunakan kabel penyambung.

2. Force restart iPhone anda.

Bagi pemilik iPhone 8 dan yang terbaru: Tekan dan tahan tombol meningkatkan volumedan kemudian tekan tombol kecilkan volume. Selanjutnya, tekan dan tahan tombol powerdi sisi telefon pintar. iPhone anda akan menjadi mode recovery.

 

Untuk pemilik iPhone 7: Tekan dan tahan tombol sisi dan tombol menurunkan volume serentak. iphone akan menjadi Mode recovery.

Untuk iPhone 6 dan sebelumnya: Tekan dan tahan home dan tombol power di atas pada saat bersamaan sehingga muncul mode recovery.

3. Paparan recovery mode itu akan menampilkan teks “There is a problem with the iPhone that requires it to be updated or restored.” Pilih Restore.

kemudian, iPhone akan melakukan restore dalam masa beberapa minit. Pastikan proses ini akan mengambil masa sehingga 20 minit. Jangan tanggalkan kabel iPhone yang disambung ke komputer Apple anda sehingga proses recovery selesai sepenuhnya.

Setelah selesai, kamu boleh menggunakan iPhone tanpa password.

CARA 2: BUKA KUNCI IPHONE MENGGUNAKAN ITUNES

Hanya perlu ikuti langkah mudah berikut:

  1. Sambungkan iPhone dengan komputer anda.
  2. Benarkan iTunes “sync” atau berhubung dengan iPhone anda dan seterusnya membuat “backup”
  3. Apabila sesi sync dan backup selesai, pilih “Restore” untuk iPhone anda.

4. Dalam paparan berikutnya, pilih “Restore from iTunes backup” dan pilih “backup” yang paling sesuai.

Penting:

  1. Jika anda diminta “password”, maka pilih kaedah alternatif seperti “recover mode”
  2. Komputer yang anda gunakan untuk proses sync dan backup merupakan komputer yang anda selalu gunakan untuk iTunes sebelum ini.

Cara 3: Buka Kunci iPhone Menggunakan “Siri”

Kaedah buka kunci iphone ini tidak memerlukan sambungan ke komputer. Walaubagaimanapun, cara ini hanya berfungsi terhadap iPhone versi iOS 10.3.2 dan 10.3.3 beta. Berikut merupakan langkah-langkah membuka kunci iPhone menggunakan kaedah “Siri”.

  1. Aktifkan “Siri” dengan menekan butang “Home”
  2. Katakan “Cellular Data”, kemudian matikan akses wi-fi network telefon anda (Matikan fungsi internet).
  3. Kemudian tekan butang “Home” untuk kembali semula ke skrin utama.

Walau bagaimanapun, kelemahan kecil ini telah disekat oleh iOS 11, ini bermakna jika versi iPhone anda adalah iOS 11 dan kemudian, anda tidak boleh menggunakan kaedah ini lagi.

Sumber: infosantai.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 3 Dec 2019

Instagram Kenal “Layout”, Ciri Terbaru Untuk Pengguna Tegar Stories

Pengguna boleh memuatkan sehingga 6 gambar sekaligus dalam satu paparan Stories.

Automobile Fri, 16 Feb 2018

HARGA MINYAK TURUN!

Harga tersebut di atas  berkuatkuasa pada jam 12.01 malam 15 Februari lalu sehingga 21 Februari 2018 jam 11.59 malam.

TECH Thu, 5 Jul 2018

Palam Kuasa Pengecasan iPhone Dengan Sambungan USB Type-C Tertiris

Sebelum ini telah tular beberapa ura-ura berkenaan penggunaan sambungan USB Type-C pada model iPhone keluaran tahun ini. Ura-ura berkenaan semakin hampir untuk menjadi kenyataan apabila beberapa imej palam kuasa bagi perantiiPhone dengan sambungan USB Type-C telah tertiris. Kredit : Slashleaks & […]

TECH Fri, 20 Sep 2019

Nak Tahu Cara Guna 2 Akaun Whatsapp Secara Serentak Pada PC

Punya dua akaun WhatsApp dan ingin membukanya secara serentak? 

TECH Thu, 11 Oct 2018

Permainan Mudah Alih Nightstream Untuk Si Gamers

Dengan adanya Streamline Games yang menumpukan perkembangan permainan, kami boleh menggunakan kepakaran kami sebagai syarikat media bersepadu terbesar di Malaysia untuk mempromosikan Nightstream ke pasaran massa dan meniru semula kejayaan-kejayaan terdahulu seperti Ejen Ali dan Mak Cun’s Adventure.

TECH Wed, 2 Jan 2019

Bagaimana Mencantikkan Paparan Bar Navigasi Android

inilah cara untuk mencantikkan lagi navigation anda

TECH Tue, 15 Oct 2019

Isu Kebocoran 46.2 Juta Data Peribadi Pengguna Bakal DiSiasat!

Kontrak Nuemera (M) Sdn Bhd telah ditamatkan

TECH Sun, 28 Jul 2019

Ingin Akses WhatsApp Lain pada Android, Cuba Ini!

kalau rasa nak mencuba boleh ikot tips ini

TECH Wed, 7 Feb 2018

日本女机器人当主播!

被誉为「最逼真」的日本机器人“埃丽卡”确定找到了令人羡慕的新工作,即将从4月亮相电视荧幕,为观众播报新闻。不过,新闻主播需要流畅的语言能力,以及随机应变的灵活性,机器人能否胜任?

TECH Fri, 9 Nov 2018

种花草又怕麻烦?智慧种植箱OrchidBox浇水光照都包办

OrchidBox 将种植过程简化到只需浇水,其他如光照、水量和浇水时间都由它一手包办,黑手指也能轻松种出一角绿意。

| Live TV