TECH By: SGMS Enal October 15, 2019 @ 12:37pm

Isu Kebocoran 46.2 Juta Data Peribadi Pengguna Bakal DiSiasat!

Insiden kebocoran data peribadi milik 46.2 juta pengguna perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia yang dimaklumkan oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) adalah amat membimbangkan dan memerlukan penjelasan pihak terbabit.

Makluman secara bertulis tersebut adalah bagi menjawab soalan ahli parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil sebelum ini. Daripada jawapan KKMM itu, beliau menyatakan kebimbangan dan berpendapat insiden itu serius kerana ia bukanlah satu jumlah yang kecil.

“Sebanyak 46.2 juta set data yang terbocor, ia lebih daripada jumlah semua rakyat Malaysia, ia sangat serius, rakyat Malaysia mengharapkan suatu penjelasan berhubung kebocoran data peribadi mereka,” Ahli parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Beliau mengulas jawapan bertulis Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) kepada soalannya semalam berhubung bagaimana Nuemera (M) Sdn Bhd, yang dilantik kerajaan untuk melaksanakan sistem Sekatan Perkhidmatan Selular Awam (PCBS), gagal menjamin keselamatan data peribadi milik 46.2 juta pengguna perkhidmatan telekomunikasi, sehingga maklumat itu bocor.

Walaubagaimanapun, menurut beliau tindakan terburu-buru tidak boleh diambil buat masa ini kerana kes itu masih dalam siasatan.

Dalam jawapan bertulis itu juga pihak KKMM memaklumkan bahawa kerajaan telah menamatkan kontrak dengan Nuemera (M) Sdn Bhd, dan siasatan jenayah berhubung perkara itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 24 Jul 2018

Versi 4GB ASUS ZenFone Max Pro M1 Mula Ditawarkan Dalam Negara

Peranti kelas pertengahan yang memfokuskan kepada permainan, ASUS ZenFone Max Pro M1 telah diperkenalkan di Malaysia pada 31 Mei lalu. Mempunyai 3 variasi pilihan iaitu, RAM 3GB/ 32GB, RAM 4GB/64GB dan RAM 6GB/ 64GB, namun versi RAM 4GB telah ditangguhkan sehingga ke […]

TECH Mon, 18 Nov 2019

恐怖!脸书半年删除32亿假帐户

据路透社报道,社交媒体巨头脸书(Facebook)本周发布最新内容审核报告,称今年4月至9月间删除32亿个虚假帐户,以及上千万则有关虐待儿童和自杀的帖文。

TECH Mon, 29 Oct 2018

6 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Dengan Telefon Android Lama

Tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan telefon lama anda?Bacalah tips ini.

TECH Wed, 27 Jun 2018

macOS Mojave Versi Beta Awam Kini Sedia Untuk Dimuat Turun

Apple telah memperkenalkan macOS versi baharu iaitu macOS Mojave sewaktu Apple Worldwide Developers Conference 2018 yang lalu. Hari ini, macOS Mojave versi beta awam sudah dikeluarkan. Sistem baharu ini akan memberi kelainan kepada pengguna Apple […]

TECH Thu, 16 Aug 2018

Tiga Aplikasi Menarik Untuk Naikkan Seri Instagram Stories Anda

Berikut beberapa aplikasi yang boleh anda cuba untuk membuat Instagram Stories anda lebih cantik dan menarik.

TECH Wed, 24 Oct 2018

回归初衷!脸书Messenger全面改版

社群媒体巨擘脸书(Facebook)今天宣布:旗下聊天软体Messenger手机App全面改版,大幅简化页面设计,希望让全球每月13亿用户使用起来更简洁有力。

Automobile Mon, 9 Dec 2019

Jika Exit Tol Baki Tak Cukup, Tekan Button Intercom!

Tidak perlu risau lagi cuma interkom saja bantuan akan sampai!

TECH Tue, 1 Oct 2019

Aplikasi YouTube Music Kini Tersedia Pasang Pada Semua Peranti Android 10

Langganan bagi Music Premium adalah berharga USD9.99/bulan.

TECH Mon, 28 Jan 2019

网页版十年挑战!还记得脸书、Youtube等网站十年前的模样吗?

你十年挑战了吗?最近在社群中颇为热门的 #10yearchallenge,引起了一波回顾潮;你每天刷刷脸书之外,还会造访什么网站呢?我们就来个十年挑战网页版……

TECH Wed, 9 Oct 2019

IG取消「Following」追踪功能!再也法看到他人活动纪录

Instagram 最新抛出震撼弹,取消「追踪中」的所有活动纪录!

| Live TV