TECH By: SGMS Faida October 11, 2018 @ 6:00pm

Permainan Mudah Alih Nightstream Untuk Si Gamers

Media Prima Labs dan Streamline Games bekerjasama melancarkan aplikasi Nightstream, sebuah aplikasi permainan mudah alih baru yang memaparkan beberapa karakter pemain dengan personaliti, motivasi dan tema muzikal masing-masing.

Pemain boleh memilih watak dan papan luncur mereka sendiri mengikut citarasa masing-masing.

Nightstream merupakan tarikan baru dalam genre permainan larian. Dengan cerita sci-fi ala gaya buku komik asli ini, Nightstream terdiri daripada kumpulan pelajar pelari, para penentang yang bertekad untuk melawan kuasa jahat di Metronite Corporation yang mahu mengambil alih kawalan Nightstream, satu aliran data misteri untuk diri mereka sendiri.

Turut serta dalam perjuangan menentang Nightstream adalah Zara, seorang gadis Hijabista. Dia adalah seorang barista separuh masa dan seorang pelari sepenuh masa yang menuntut keadilan terhadap Metronite selepas satu kemalangan berlaku meragut nyawa adik lelakinya.

Banyak lagi watak baru bakal diperkenalkan pada masa akan datang maka para pemain harus terus bermain dan bersedia dengan kemaskini terbaru.

Aplikasi Nightstream kini boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store pada 15 September lalu. Sehingga kini, Nightstream telah mencapai 6,000 muat turun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali berkata, beliau begitu teruja dengan perkongsian bersama Streamline Games kerana mereka adalah pembangun AAA dengan trek rekod yang begitu menakjubkan dalam membangunkan permainan video.

“ Dengan adanya Streamline Games yang menumpukan perkembangan permainan, kami boleh menggunakan kepakaran kami sebagai syarikat media bersepadu terbesar di Malaysia untuk mempromosikan Nightstream ke pasaran massa dan meniru semula kejayaan-kejayaan terdahulu seperti Ejen Ali dan Mak Cun’s Adventure,” katanya di sidang media pelancaran Nightstream yang berlangsung di Ruyi & Lyn, Bangsar Shopping Centre, semalam.

Nightstream kini boleh dimuat turundi App Store dan Google Play Store. Untuk maklumat terkini, ikuti Nightstream di Facebook atau laman web Nightstream.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Nak Tengok Mak Gembira, Ayda Jebat Sanggup…

Alhamdulillah syukur rezeki saya pada tahun lalu dan sekarang masih lancar. Saya juga terlibat dalam beberapa projek untuk beberapa jenama besar.

Automobile Tue, 26 Jun 2018

露营车大到可以「停超跑」!移动式豪宅颠覆你想像

对很多人来说,拥有一栋房子已经算是完成人生中最大的梦想了,但你有想过拥有了一台「移动式豪宅」,根本就是想都不敢想的奢侈幻想吧?

Events Thu, 7 Nov 2019
Trending Wed, 15 Apr 2020
Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Debaran Ezzaty Abdullah Berlakon Dengan Legend!

Saya pernah bertemu dengan beliau sebelum ini namun tidak berkesempatan berlakon sama. Jadi peluang bertemu dan berlakon sekali dengan Uncle Jalil Hamid, saya gunakan sebaiknya.

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

HaHa and Byul are Expecting Their 3rd Child!

Congratulations to the couple!

Automobile Thu, 12 Jul 2018

为什么欧系车后座脚下有Hump,日系车却没有?

许多轿车后座中央位置的脚下,都会有一个凸起的Hump,而这个凸起的部分也让后座中间乘客岔开大腿才能坐好,相当尴尬;不过日系车款却大多是平坦的。这究竟是为什么呢?

Hiburan Wed, 26 Dec 2018

Kahwin Dengan Afieq Shazwan? Nanti Dulu Lah…

Wani memberitahu Afieq ada merancang untuk datang ke Jakarta bagi menyaksikan persembahannya di pentas DAA 4, sebelum ini.

TECH Mon, 9 Jul 2018

Vivo NEX Bakal Menemui Pembeli Tempatan Tidak Lama Lagi

Kelainan demi kelainan ditampilkan oleh syarikat pembuat telefon pintar. Tren kamera keluar masuk atau pop-up camera sudah mula menyinari pasaran dengan beberapa model sudah dilancarkan. Hadir dengan rekaan skrin hampir memenuhi bahagian hadapan peranti, Vivo NEX […]

| Live TV