TECH By: SGMS Putri June 29, 2018 @ 12:49pm

Asus Zenfone 5z Disenaraikan Pada Harga RM 8,070 Bagi Pasaran Amerika Syarikat

Asus Zenfone 5z merupakan model paling premium bagi siri Asus Zenfone 5. Pada 26 Jun yang lalu, Asus telah mengumumkan bahawa peranti berkenaan akan mula dijual di pasaran India melalui Flipkart dengan harga sekitar $ 560(~RM 2,250) bermula 4 Julai ini.

Sehubungan dengan itu, Asus juga telah menyenaraikan Zenfone 5z buat pasaran Amerika Syarikat melalui laman sesawang rasmi mereka. Apa yang mengejutkan, peranti berkenaan disenaraikan dengan harga bermula $ 1,999(~RM 8,070)!

Harga berkenaan ternyata memberi kejutan kepada peminat Asus terutama di Amerika kerana ianya jauh berbeza dengan harga yang ditawarkan di pasaran lain seperti India dan Eropah. Di pasaran Eropah, harga jualan yang dicadangkan bagi peranti ini ialah sekitar $ 575(~RM 2,322).

Sebagai peringatan, Asus Zenfone 5z ini hadir dengan cip pemprosesan premium Qualcomm Snapdragon 845 dengan sokongan memori sehingga 8GB RAM. Ia juga menggunakan bateri berkapasiti 3,300 mAh yang menyokong pengecasan pantas, dwi-kamera utama 12MP + 8MP serta kamera hadapan 8MP.

Pada peringkat awal, ramai menyangkakan bahawa Asus akan memperkenalkan satu edisi khas yang dinaiktaraf bagi pasaran AS. Namun, ia mungkin tidak akan berlaku kerana Asus telah membawa keluar tanda harga berkenaan daripada laman sesawang mereka lantas memberi kemungkinan bahawa tanda harga berkenaan hanyalah satu kesilapan menaip sahaja.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 8 Jan 2018

Tips Sekat Laman Sesawang lucah pada Peranti Pintar Anak – Anak

Risau anak-anak melayari laman sesawang lucah tanpa pengetahuan anda? Inilah dilema yang selalu dihadapi oleh ibubapa sementelah membenarkan anak-anak menggunakan peranti pintar.

TECH Wed, 7 Nov 2018
TECH Thu, 19 Jul 2018

Google Beri Amaran Sistem Android Mungkin Tidak Akan Hadir Secara Percuma Lagi

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, Google telah dikenakan tindakan saman oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah(EU) atas dakwaan memaksa penggunaan aplikasi mereka pada setiap peranti yang menggunakan sistem Android. Antara aplikasi yang terlibat ialah Chrome dan Google Search. Menurut […]

TECH Thu, 23 Jan 2020

3 Aplikasi Alternatif Kepada Whatsapp

Jangan bergantung pada yang satu ye

TECH Fri, 29 Jun 2018

Peranti Kelas Perdana Terbaru Nokia Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Di Dalam Skrin Paparan

HMD Global baru-baru ini dilaporkan dalam proses untuk membangunkan sebuah lagi peranti kelas perdana terbaru mereka yang dikatakan akan diperkenalkan sebagai Nokia 9 atau Nokia A1 Plus. Berdasarkan maklumat terbaru, perantiini dikatakan akan hadir dengan pengimbas cap jari di dalam […]

TECH Thu, 9 Aug 2018

Cara Unik Mengambil Screenshot Lewat Google Assistant

Menangkap gambar yang ada di layar smartphone dengan cara konvensional? Guna tips ini

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Now You Can Play Subway Surfers in Snapchat Real-Time!

Subway Surfers takes a leap forward to the next train; SnapChat.

TECH Fri, 24 Nov 2017

Cara Hantar “Sticker” Melalui Aplikasi WhatsApp

Jika Facebook terkenal dengan fungsi “Sticker”-nya, mesti ada yang kurang berpuas hati kerana aplikasi Whatsapp tidak menyediakan fungsi “Sticker” sebagai nilai tambah pada penggunanya. Kerana boleh dikatakan hampir semua aplikasi berbual yang lain sudah menyediakan kemudahan […]

TECH Wed, 29 Aug 2018

Instagram开放一般用户申请蓝勾勾!

Instagram为了确保用户帐号安全与资讯透明,增加了三个安全机制,包含显示更多帐号相关资讯、用户自动申请蓝勾勾认证,以及多重验证机制。

TECH Mon, 9 Jul 2018

Facebook Buktikan Pelaburan Ke Atas Instagram Berbaloi

Sebelum diambil oleh Facebook kira-kira enam tahun lepas, Instagram sudah pun bergelar platform perkongsian gambar paling popular di dunia. Ia menyebabkan Facebook mengambil keputusan untuk membelanjakan wang sebanyak $ 1 billion(~RM 4.11 billion) bagi membeli laman […]

| Live TV