TECH By: SGMS Putri July 19, 2018 @ 11:02am

Google Beri Amaran Sistem Android Mungkin Tidak Akan Hadir Secara Percuma Lagi

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, Google telah dikenakan tindakan saman oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah(EU) atas dakwaan memaksa penggunaan aplikasi mereka pada setiap peranti yang menggunakan sistem Android. Antara aplikasi yang terlibat ialah Chrome dan Google Search.

Menurut laporan terkini yang diperolehi, Google telah disaman sebanyak $ 5 billion(~RM 20.31 billion) atas kesalahan tersebut. Mereka dikatakan telah menghalang daripada berlakunya persaingan yang adil di antara mereka dan pesaing mereka.

Kredit : @EU_commission

Atas sebab itu, Google telah memberi amaran kepada semua yang terlibat dalam industri berkenaan bahawa sistem Android mungkin tidak akan disediakan secara percuma lagi selepas ini. Perkara ini terpaksa dilakukan sekiranya EU bertegas untuk memaksa mereka menghentikan aktiviti tersebut.

Google mendakwa, sekiranya ia dilaksanakan, pengguna peranti Android terpaksa memasang hampir 50 aplikasi secara manual sendiri. Ia akan memakan masa dan menyusahkan pengguna mereka, seterusnya menjatuhkan reputasi Android sebagai sistem operasi yang menjadi pilihan pengguna sebelum ini.

Terdapat juga beberapa pihak yang mempersoalkan tentang harga peranti Android sekiranya Google mengenakan bayaran untuk sistem berkenaan. Ia pastinya memberi lebih kos kepada pengeluar yang seterusnya akan memindahkan kos tersebut kepada pembeli.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 16 Jul 2018

Xiaomi Membayangkan Kemasukan Redmi 6 Dalam Pasaran Tempatan

Xiaomi memang terkenal sebagai pengeluar telefon pintar kelas permulaan berprestasi baik. Bagi memeriahkan lagi pasaran kelas permulaan di Malaysia, Mi Malaysia telah memuat naik satu gambar acah yang memperlihatkan Redmi 6. Dengan jolokan The entry-level smartphone […]

TECH Thu, 19 Jul 2018

Instagram Uji Ciri Pengesahan Dwi Faktor Berasaskan Token

Instagram ketika ini menggunakan pengesahan dwi faktor berasaskan sistem pesanan ringkas (SMS). Ia lebih baik berbanding pengesahan faktor tunggal tetapi masih terdapat kerisauan jika pihak lain mempunyai akses jarak jauh kepada sistem mesej anda, dimana […]

TECH Tue, 13 Feb 2018

TELEFON BIMBIT: 5 PANDUAN HARUS TAHU

Sekiranya berada di satu kawasan yang tiada signal, hanya dail 112 bagi membolehkan peranti anda  mencari-cari network yang tepat untuk mendapatkan nombor kecemasan. Menariknya nombor 112 ini boleh di dail walau pun pad kekunci terkunci.

TECH Tue, 3 Jul 2018

Samsung Galaxy Tab S4 Bakal Dilancarkan September Ini

Tweet   Internationale Funkausstellung atau IFA 2018 akan berlansung bermula dari 31 Ogos hingga 5 September ini. Ia merupakan satu ekspo bagi barangan elektronik dan peralatan rumah utama dunia di mana syarikat pengeluar utama akan berhimpun […]

TECH Tue, 17 Jul 2018

Intel Core-i7 8086K: Sambutan Ulang Tahun Cip Dengan Senibina X86

Intel baru-baru ini melancarkan cip pemprosesan Core i7 8086K berdasarkan senibina Coffee Lake bagi mengingati cip lagenda Intel 8086, nenek moyang kepada cip menggunakan senibina  x86 yang wujud pada hari ini. Intel telah mengeluarkan infografik mengenai perkara […]

TECH Tue, 10 Jul 2018

Twitter Rugi RM 12.45 Billion Selepas Padam 70 Juta Akaun Palsu

Seperti Facebook, Twitter juga tidak terlepas daripada dibanjiri oleh akaun-akaun palsu. Akaun-akaun ini didaftarkan atas pelbagai sebab tersendiri antaranya untuk menyerang pengguna lain, membuat kiriman-kiriman tidak sepatutnya dan banyak lagi. Twitter telah mengenalpasti bahawa majoriti […]

TECH Wed, 18 Jul 2018

GrabDurian Kembali – Nikmati Durian Musang King Serendah RM 8 Hujung Minggu Ini

Musim durian kembali ! Raja buah ini menjadi kegilaan ramai tanpa mengira bangsa dan umur maka tidak hairanlah ada yang sanggup menghabiskan wang ringgit, mengharungi perjalanan yang jauh serta beratur panjang semata-mata untuk menikmati buah […]

TECH Sun, 21 Jan 2018

8 Fungsi Rahsia Google Chrome Yang Perlu Anda Tahu

Ada beberapa fungsi ‘Google Chrome’ yang perlu anda ketahui.Berikut adalah fungsi-fungsinya.

TECH Sun, 27 May 2018

Ribuan Kata Laluan Apple ID Bocor Gara-Gara Aplikasi Pemantauan Keselamatan Remaja, TeenSafe

Salah satu server mempunyai 10,200 rekod pada pangkalan data merangkumi emel utama yang digunakan untuk mendaftar akaun TeenSafe dan alamat emel Apple ID kanak-kanak.

| Live TV