TECH By: SGMS Putri June 29, 2018 @ 12:55pm

Peranti Kelas Perdana Terbaru Nokia Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Di Dalam Skrin Paparan

HMD Global baru-baru ini dilaporkan dalam proses untuk membangunkan sebuah lagi peranti kelas perdana terbaru mereka yang dikatakan akan diperkenalkan sebagai Nokia 9 atau Nokia A1 Plus. Berdasarkan maklumat terbaru, perantiini dikatakan akan hadir dengan pengimbas cap jari di dalam skrin paparan.

Teknologi ini telah digunapakai pada peranti Vivo X21 sebelum ini dan ia dijangka akan menjadi salah satu trend terbaru bagi peranti telefon pintar pada masa akan datang. Ini kerana ia bersesuaian dengan kehendak pasaran untuk memaksimakan paparan hadapan peranti tanpa perlu menyediakan ruang bagi pengimbas cap jari di bawah skrin.

Imej tidak rasmi (Kredit : MySmartPrice)

Bagaimanapun, ia bukan satu-satunya maklumat terkini berkenaan peranti ini yang didedahkan. Peranti ini juga dilaporkan akan menjadi peranti pertama Nokia yang akan menggunakan cip pemprosesan terbaru keluaran Qualcomm iaitu Snapdragon 845 dengan clockspeed sehingga 2.8 GHz.

Dari segi paparan skrin pula, Nokia 9 atau A1 Plus ini dikatakan akan menggunakan skrin jenis OLED yang akan dibekalkan oleh syarikat dari Korea iaitu LG. Ia juga dijangka akan hadir dengan sistem operasi terbaru dari Google iaitu Android P.

Kredit : NDTV

Selain itu, HMD Global diberitakan akan membuat sesuatu kelainan pada kamera peranti ini namun ianya masih lagi kekal dirahsiakan oleh pihak mereka. Bagaimanapun, terdapat beberapa khabar angin yang menyatakan mereka akan menghasilkan kamera periskop seperti yang digunapakai pada peranti Vivo Nex.

Lebih banyak maklumat berkenaan peranti ini mungkin akan dapat diketahui pada masa terdekat. HMD Global dijangka akan memperkenalkan peranti ini buat pertama kali semasa acara IFA 2018 yang akan berlangsung awal September ini. Ikuti laman Facebook rasmi Nokia Malaysia untuk tidak terlepas daripada mengetahui maklumat terbaru berkenaan perkara ini.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 19 Aug 2018

Cara Membuat Potongan (Split Scene) Pada Babak Video Dengan VLC

Berikut kami kongiskan tutorial untuk anda membuat pemotongan babak – babak pada video (Split Scene) dengan mudah dan pantas menggunakan perisian VLC pada PC.

TECH Tue, 24 Jul 2018

Cara Merakam Video Secara Sembunyi Pada Android

Berikut kami kongsikan cara untuk merakam video secara tersembunyi menggunakan peranti Android.

TECH Wed, 20 Feb 2019

不只心情更好!暂停使用Facebook连政治倾向都少了

研究发现,关闭Facebook帐号的人,过得更快乐。

TECH Tue, 13 Aug 2019

Nak Cari DiMana Anda Letak Handphone?

Tak tahu letak mana handphone sebab lupa, cuba cari ni!

Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Peminat Sanggup Beratur Demi Harman Studio!

Selamat Datang Harman Studio Ke Malaysia!

Automobile Wed, 7 Feb 2018

WANT TO IMPRESS YOUR NOSY RELATIVES THIS CNY? DRIVE A MINI COOPER LAH!

Chinese New Year brings extended family members together to celebrate a joyous occasion. So, it is a good time to impress the uncles and aunties by driving a Mini Cooper back this year.

TECH Wed, 8 Aug 2018

充电「这样做」手机会得内伤!

电池电力耗尽再来充电、一边充电一边​​使用、充电器过热或发出怪声了还不换,你知道这些使用方式对电池的伤害比你想像中来得严重?

TECH Thu, 25 Jul 2019

3 Aplikasi Video & Foto Bokeh Terbaik

Kepada anda yang menggunakan peranti tanpa fungsi tersebut, jangan bersedih, berikut kami kongsikan 3 aplikasi alternatif untuk video dan foto bokeh.

Automobile Thu, 26 Apr 2018

水温(Water Temperature)过高究竟有多伤引擎?

相信许多人都听过引擎的水温过高,也就是俗称的“水滚”会伤引擎,不过你知道过高的水温究竟对引擎的危害有多大吗?

TECH Sun, 24 Mar 2019

Samsung’s New A30 and A50 Models Created Specifically for Younger Generations

It’s suitable for all ages but there are many features which youngsters in particular will truly enjoy.

| Live TV