TECH By: SGMS Putri July 18, 2018 @ 11:16am

Samsung Mempersembahkan DRAM LPDDR5 8GB Pertama Di Dunia

Samsung Electronics telah mengumumkan kejayaan mereka dalam membangunkan cip memori DRAM LPDDR5 8GB yang pertama di dunia. Cip yang ditujukan khas bagi memberi sokongan kepada aplikasi-aplikasi sambungan 5G dan juga A.I  yang akan menemui peranti telefon pintar generasi seterusnya.

Cip 10nm ini mempunyai kadar pertukaran data sehingga 6,400Mbps yang membawa kelajuan 1.5 kali ganda lebih laju dari apa yang ditawarkan oleh cip DRAM terkini yang digunakan di dalam telefon pintar.

Kadar yang ditingkatkan ini menghasilkan keupayaan data sebesar 51.2GB dihantar untuk setiap saat-14 fail video Full HD 1080 dengan setiap saiz sebesar 3.7GB.

Samsung menawarkan cip terbaru ini dalam dua jalur lebar; 6,400 Mbps pada 1.1V voltan operasi dan 5,500 Mbps pada 1.05V. Mereka mendakwa mencapai prestasi ini dengan menambah baik senibina cip sedia ada seperti meningkatkan jumlah bank memori kepada 16.

DRAM terbaru daru Samsung ini juga mempunyai mod ‘tidur’ yang mengurangkan penggunaan tenaga sehigga separuh dari apa yang ada ketika ini, secara langsung meningkatkan jangka hayat bateri untuk telefon pintar.

Samsung tidak memberikan jalur masa bila cip terbaru ini akan memasuki fasa pembuatan seterusnya tarikh kemungkinan cip-cip ini akan sampai kepada pengeluar telefon pintar di luar sana.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 20 Jul 2018

Google Fuchsia Dijangka Akan Menggantikan Android Seawal Tahun 2021

Pada musim panas 2016, Google telah mengesahkan bahawa mereka sedang berusaha dalam membangunkan sebuah sistem operasi(OS) baru bagi menggantikan sistem Android. Projek tersebut telah digelar sebagai Project Fuchsia. Selepas daripada pengumuman itu, Google jarang sekali untuk […]

TECH Thu, 28 Jun 2018

Selepas Ini Anda Boleh Membeli Tiket KLIA Express Melalui GrabPay

Bermula pada pertengahan bulan Julai ini, pengguna boleh menggunakan aplikasi GrabPay untuk membeli tiket KLIA Express. Pengarah Urusan GrabPay Malaysia, Singapura dan Filipina, Ooi Huey Ting mengumumkan yang GrabPay telah menjalinkan kerjasama dengan KLIA Express […]

TECH Wed, 13 Dec 2017

Tips Daftar Akaun Baru Whatsapp Tanpa memerlukan Simkad

Tahukah anda bahawa kita boleh mendaftar akaun Whatsapp tanpa memerlukan Kad Sim?

TECH Mon, 19 Mar 2018

Gambar Blur? Jom Baca Bagaimana Cara Memulihkan Gambar Blur

Pasti anda susah hati kalau gambar yang diambil dengan secara tak sengaja menjadi blur.

TECH Fri, 9 Nov 2018

Beli Telefon Baru Tapi Bingung Nak Pindahkan Perbualan Lama? Info Ini Mungkin Membantu!

Adakah anda ingin dapatkan semula mesej lama dalam aplikasi Whatsapp anda?Ketahui caranya di sini.

TECH Tue, 27 Nov 2018

Cara Menambah Baik Kualiti Video HDR pada Windows 10

Kepada anda yang gemar menonton filem yang berformat HDR, berikut kami kongsikan cara untuk meningkatkan kualiti video tersebut pada Windows 10.

TECH Tue, 3 Jul 2018

Peranti Samsung Menghantar Gambar Secara Automatik Tanpa Pengetahuan Pemilik

Masalah pepijat pada aplikasi permesejan asal Samsung telah menyebabkan ia menghantar gambar secara rawak kepada beberapa kenalan yang disimpan di dalam peranti tanpa pengetahuan pemiliknya. Perkara ini telah menjadi topik hangat yang dibincangkan dalam laman Reddit dan forum rasmi Samsung sendiri. […]

Hiburan Sat, 30 Jun 2018

Nokia 6.1 Dalam Perjalanan Ke Malaysia?

Nokia Mobile MY telah mempertontonkan video peranti Nokia 6.1 dengan ayat membayangkan peranti tersebut akan mula mendarat di Malaysia. Mengikut maklumat dari Nokia Malaysia, setakat ini cuma peranti Nokia 7 Plus dan Nokia 1 sahaja yang dibawa masuk secara rasmi oleh […]

TECH Fri, 28 Sep 2018

Of Public Transportation, Car Sharing Application, and Fashion

And all these brands are local! #SupportLocal

TECH Wed, 15 Aug 2018

YouTube Perlahan Pada Safari, Edge Dan Firefox?

Berikut cara untuk mengatasi masalah YouTube Perlahan dialami pengguna pelayar Safari, Edge, Firefox, dan lain – lain.

| Live TV