TECH By: SGMS Putri July 20, 2018 @ 10:44am

Google Fuchsia Dijangka Akan Menggantikan Android Seawal Tahun 2021

Pada musim panas 2016, Google telah mengesahkan bahawa mereka sedang berusaha dalam membangunkan sebuah sistem operasi(OS) baru bagi menggantikan sistem Android. Projek tersebut telah digelar sebagai Project Fuchsia.

Selepas daripada pengumuman itu, Google jarang sekali untuk memberi sebarang informasi berkenaan perkembangan terbaru projek tersebut kepada umum sehingga hari ini. Namun, menurut laporan dari Bloomberg, OS terbaru itu mungkin akan menemui pengguna dalam tempoh tiga tahun lagi.

Kredit : Ars Technica

Project Fuchsia melibatkan seramai lebih dari 100 pekerja pada hari ini. Ia menggambarkan Google sedang mempercepatkan proses membangunkan OS terbaru ini. Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa ia mungkin hanya akan siap dibangunkan pada tahun 2023.

Sistem ini dijangka akan menyokong bukan sahaja peranti telefon pintar, malah ia akan turut tersedia untuk peranti lain seperti pembesar suara pintar, komputer, alatan rumah pintar dan mungkin beberapa peranti pintar lain yang akan dibangunkan pada masa akan datang.

Video Demo Google Fuchsia (Kredit : Ars Technica)

Oleh sebab itu, selain memberikan perlindungan keselamatan dan privasi yang lebih baik, Fuchsia juga akan hadir dengan sokongan pengesanan suara dan kecerdasan buatan(AI) yang dinaiktaraf berbanding teknologi sedia ada hari ini.

Sekiranya sistem operasi ini benar-benar dapat dibangunkan, ia akan menjadi satu cabaran hebat buat peranti iOS daripada Apple. Ini kerana perubahan besar yang akan berlaku pada peranti Android kelak pasti akan menyangkal tohmahan pengguna iOS yang selama ini mengatakan kemaskini Android OS adalah membosankan, kurang kawalan privasi dan tidak inovatif.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 17 Jul 2018

Rebut Peluang Beli ZenFone Max Pro Pada Harga RM1

Asus melalui promosi RM1 Frenzy bakal menawarkan 20 unit bank kuasa ZenPower Slim dan 10 unit ZenFone Max Pro pada harga RM1. Ini berikutan kejayaan gedung rasmi dalam talian Asus Malaysia di Lazada yang berjaya memperoleh pengikut sebanyak lebih dari 12,000 […]

TECH Thu, 22 Mar 2018

Memori Peranti Penuh? Jom Lihat Cara Menyelesaikan Masalah File Pendua

Memori peranti penuh? Bingung kenapa ada file pendua dalam peranti anda? Masalah ini tidaklah signifikan sekiranya anda menggunakan peranti yang mempunyai saiz storan yang besar. Namun sedikit sebanyak kehadiran fail ini agak mengganggu kita, apa […]

TECH Sat, 17 Feb 2018

Tips Muat Turun Video Daripada Instagram Tanpa Sebarang Aplikasi

Pernahkah anda teringin untuk memuat turn video daripada Instagram tetapi tidak tahu caranya?

Automobile Wed, 22 Aug 2018

如何预防配有Keyless系统的汽车被窃贼盗走?

Keyless系统固然方便,但也「顺道」方便了偷车贼,有什么方法可以防止你的爱车被偷走呢?

Automobile Thu, 4 Jul 2019

老司机开车就很稳?有这五个习惯 新手也可以很稳!

很多人对于老司机和开车稳有一个错误的认知,老司机虽然说技术好,但是开车比一定的稳,不一定会让乘坐的人舒服。

TECH Wed, 2 May 2018

“Play on Spotify” Function Now Added to Insta-Stories

Music has just become more convenient for everyone.

TECH Sat, 27 Oct 2018

Cara Mengatasi Masalah Simkad Tak Aktif Pada Modem

Bagaimana untuk mengatasi masalah Simkad tidak aktif pada Modem

TECH Mon, 12 Aug 2019

3 Cara Membuka Kunci atau Password Untuk Iphone

Lupa kata laluan atau password cuba cara ini

TECH Mon, 22 Jul 2019

Google PlayStore Gagal Berfungsi? Cuba Ini

Adakah salah satu langkah ini berjaya menyelesaikan masalah anda atau anda lakukan dengan cara yang lain?

TECH Sun, 8 Apr 2018

Apple Bakal Lancarkan iPhone 8 dan 8 Plus Versi Merah

Apple Inc dijangkan akan melancarkan satu lagi pilihan warna iaitu warna merah bagi peranti iPhone 8 dan 8 Plus seawal-awalnya hari ini. Menurut MacRumors, pelancaran warna baru ini adalah sebahagian daripada kerjasama pihak Apple Ince dengan sebuah organisasi […]

| Live TV