TECH By: SGMS Putri November 9, 2018 @ 3:51pm

Beli Telefon Baru Tapi Bingung Nak Pindahkan Perbualan Lama? Info Ini Mungkin Membantu!

Satu perkara yang sering kali ditanya berkenaan aplikasi pemesejan ini adalah bagaimana cara untuk memindahkan perbualan ke telefon baru kamu. Caranya sangat mudah kerana data sandaran WhatsApp disimpan pada Google Drive.

Bagi yang tidak tahu apa itu Google Drive, ia adalah perkhidmatan storan awan (cloud storage) dimana anda boleh akses segala data yang disimpan dimana-mana jua peranti, asalkan bersambung dengan internet.

Untuk pastikan segala mesej WhatsApp anda di backup oleh Google Drive, pergi ke Menu > Settings > Chats > Chat backup. 

 

 

Pada paparan terakhir seperti gambar dibawah, anda akan melihat waktu terakhir data perbualan anda dibackup mengikut lokasi.

Local membawa maksud data backup berada dalam memori telefon, dan Google Drive bermaksud data disalin pada storan awan.

Sistem backup ini boleh ditetapkan mengikut kemahuan anda, sama ada secara harian, mingguan, atau bulanan.

Bahagian Account menunjukkan alamat e-mel kepada Google Drive.

Jadi sebelum tukar ke telefon yang baru, pastikan anda tekan butang hijau Backup dan biarkan proses menyalin data dibuat terus ke Google Drive.

Pada telefon baru, anda perlu masukkan e-mel seperti yang ditetapkan pada WhatsApp. Selepas buka WhatsApp kali pertama, selesaikan proses daftar nombor telefon, akan muncul paparan seperti dibawah.

Dari kiri ke kanan

Aplikasi akan mencari carian data backup pada Google Drive. Jadi sangat penting untuk anda gunakan e-mel yang sama.

Selepas itu, data akan disalin masuk kedalam telefon baru dan apabila proses siap, anda boleh lihat semua perbualan yang terdahulu.

Mudah bukan? Jadi jangan risau kehilangan perbualan WhatsApp apabila bertukar ke telefon yang lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Mar 2019
Hiburan Tue, 3 Dec 2019
Hiburan Tue, 14 Jan 2020

Beauty YouTuber NikkieTutorials Came Out As Transgender

Nikkie, or Nikkie De Jager revealed the truth after she claimed to have been blackmailed.

Hiburan Tue, 10 Dec 2019
Events Mon, 31 Dec 2018
TECH Tue, 7 Jan 2020

Pengguna Buat Semakan PTPTN & Cara Untuk Mendaftar

PTPTN ada mengeluarkan aplikasi mudah alih atau apps yang bertujuan untuk menyenangkan para peminjam PTPTN dan pendeposit SSPN bagi membuat semakan. Namun begitu, difahamkan bahawa pada 2018 atau secara tepatnya 28 November 2018, hanya aplikasi […]

Hiburan Thu, 13 Jun 2019
Hiburan Mon, 7 Oct 2019
Hiburan Fri, 10 May 2019

Ini Sebab Kenapa Korang Kena Layan Drama Terbaru “The Promise” Di 8TV

Drama konflik keluarga antara dua zaman, jangan lupa saksikan The Promise di 8TV!

Events Fri, 29 Mar 2019

Mampukah Duit Beli Kebahagiaan? Jawapannya Ada Dalam ‘Cinta Non Grata’

Jangan ketinggalan untuk menonton Cinta Non Grata terbitan Orangetree Production pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 9.00 malam dan juga menerusi portal video www.tonton.com.my.

| Live TV