TECH By: SGMS Putri July 18, 2018 @ 11:11am

GrabDurian Kembali – Nikmati Durian Musang King Serendah RM 8 Hujung Minggu Ini

Musim durian kembali ! Raja buah ini menjadi kegilaan ramai tanpa mengira bangsa dan umur maka tidak hairanlah ada yang sanggup menghabiskan wang ringgit, mengharungi perjalanan yang jauh serta beratur panjang semata-mata untuk menikmati buah kegemaran mereka.

Bermula awal bulan ini, kita dapat saksikan lambakan peniaga menjual durian di bahu jalan dengan pelbagai jenis durian dan harga yang ditawarkan. Durian jenis musang king merupakan antara durian yang paling popular namun berharga agak mahal sekitar RM 20/kg.

Berita baik bagi pengguna perkhidmatan e-hailing, Grab di mana mereka sedang membuat promosi menarik bagi membolehkan anda menikmati durian kegemaran anda itu dengan harga cuma RM 8 sebiji. Dan setiap biji durian mempunyai berat minimum 1.3 kilogram.

Anda yang terlibat boleh menebus Musang King dengan 500 Grab Rewards pada hari ini (18 Julai) dan mendapatkan durian berkenaan pada Sabtu(21 Julai) atau Ahad(22 Julai). Selepas itu, anda menebus, perlu mengisi borang untuk menetapkan tarikh bagi mendapatkan durian berkenaan. Bagaimanapun, promosi ini khas kepada ahli Grab Platinum dan Gold serta ia boleh didapati di gerai Durian SS2, Petaling Jaya sahaja.

Kredit : Grab Malaysia

Bagi mereka yang tidak menggemari durian Musang King, anda juga boleh mendapatkan durian jenis lain seperti Udang Merah dan D24 dengan potongan harga sebanyak RM 15. Tawaran ini pula hanya ditawarkan kepada pengguna GrabPay Credit sahaja. Untuk terma dan syarat lengkap, anda boleh dapatkan di sini.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 22 Oct 2019

Karya Anak Malaysia Dimuat Naik Dalam ‘Webtoon’

Mebihi 100,000 orang di aplikasi Webtoon

TECH Sun, 6 Jan 2019

52.2 Juta Pengguna Menjadi Mangsa, Google+ akan Ditutup Lebih Cepat

Pada mulanya Google akan menutup Google+ pada Ogos 2019. Walau bagaimanapun, keputusan baru diambil bahawa perkhidmatan rangkaian sosial akan ditutup dengan lebih cepat, iaitu April 2019. Kenapa itu?

TECH Sun, 9 Sep 2018

超过1/4的美国人删了脸书应用程序!年轻用户占大宗

受到脸书卷入个资外泄等丑闻的影响,过去一年超过1/4的脸书使用者把脸书应用程序从手机中删除。

TECH Mon, 9 Jul 2018

Facebook Buktikan Pelaburan Ke Atas Instagram Berbaloi

Sebelum diambil oleh Facebook kira-kira enam tahun lepas, Instagram sudah pun bergelar platform perkongsian gambar paling popular di dunia. Ia menyebabkan Facebook mengambil keputusan untuk membelanjakan wang sebanyak $ 1 billion(~RM 4.11 billion) bagi membeli laman […]

TECH Wed, 7 Nov 2018

每天加班怨叹没人生? 3大APP助你提升效率、准时下班

现代的上班族常常加班,若不想生活都被绑架,快点试试看这3个APP,立刻加速工作效率,助你准时打卡下班!

Fab Foodies! Sat, 18 May 2019

You Can Now Use Your Touch ‘n Go eWallet to Pay at KFC

TNG Digital Sdn Bhd announced a strategic partnership with the country’s biggest quick service restaurant chain, KFC Malaysia. Customers can now make QR-payments across all KFC restaurants nationwide using Touch ‘n Go eWallet. Syahrunizam Samsudin, […]

TECH Mon, 26 Nov 2018

10 Persoalan Paling Popular Tentang PUBG

Sejak anda bermain, pernahkah timbul persoalan mengenai permainan ini seperti menembak Flare Gun dalam keadaan berlari, adakah suar itu akan menyala diatas atau dibawah? Jom lihat 10 persoalan popular yang berkait dengan PUBG Mobile.

TECH Sun, 19 May 2019

Kelangkapan Asus ZenFone 6!

Asus Zenfone 6 dilengkapi dengan skrin paparan IPS LCD 6.4 inci dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 6. Panel belakangnya diperbuat daripada kaca sementara mengelilingi dibahagian tengah adalah aluminium siri-6000. Ia akan menjalankan sistem antaramuka ZenUI 6 berasaskan Android 9 Pie serta dijanjikan dengan naik taraf kepada Android Q kelak.

TECH Sat, 6 Oct 2018

Jadikan Kad MicroSD Sebagai “Internal Memory” Telefon Pintar

Adakah anda memerlukan ‘extra storage’ untuk telefon bimbit anda? Kami ada cara untuk menukarkan kad micro sd anda daripada ‘external storage’ kepada ‘internal storage’.

TECH Tue, 20 Nov 2018

Bagaimana Cara Gabung Fail PDF Jadi Satu?

Bagaimana untuk mengabungkan file PDF menjadi satu, jom kami kongsikan caranya!

| Live TV