TECH By: SGMS Putri November 26, 2018 @ 12:35pm

10 Persoalan Paling Popular Tentang PUBG

PUBG Mobile sememangnya permainan mudah alih yang cukup popular dalam kalangan pengguna peranti pintar ketika ini.

Aksi tembak-menembak secara solo atau berkumpulan dengan lokasi-lokasi yang menarik, sudah cukup membuatkan pemain sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya.

Sejak anda bermain, pernahkah timbul persoalan mengenai permainan ini seperti menembak Flare Gun dalam keadaan berlari, adakah suar itu akan menyala diatas atau dibawah?

Jom lihat 10 persoalan/ mitos popular yang berkait dengan PUBG Mobile.

1. Tembak Flare Gun sambil berlari, suar akan bernyala diatas tanah. Betul ke salah?

Betul. Jika anda berlari sambil menembak Flare Gun, suar kelihatan diatas tanah. Jadi jangan lakukannya, nanti rugi tak dapat peti barangan.

2. Semakin banyak knocked out dalam satu pusingan, semakin cepat nyawa turun. Betul ke salah?

Betul. Setiap kali knocked out, nyawa turun lebih cepat.

Contohnya anda knocked out kali kelima dalam permainan, nyawa anda berkurang lebih pantas berbanding knocked out kali pertama dalam pusingan yang sama.

3. Jika anda tidak berada dalam sudut pandangan bom tangan, letupan dari bom tangan tidak menjejaskan nyawa anda. Betul ke salah?

Betul. Ujian yang dilakukan Clash Universe menunjukkan pemain yang berada disebalik pokok (bukan dalam sudut pandangan bom tangan) tidak terjejas, manakala pemain lain yang lebih jauh (berada dalam sudut pandangan bom tangan) berkurangan nyawa. Kami pun dah mencubanya dan terbukti nyawa tidak berkurang.

4. Anda tidak boleh melihat permainan melalui bot selepas mati (spectate). Betul ke salah?

Betul. Selepas mati dibunuh, anda diberikan pilihan untuk menonton pusingan tersebut pada pemain yang membunuh anda.

Tetapi jika dibunuh oleh bot, anda tidak boleh menonton pusingan permainan menerusinya. Ciri Spectate itu akan dipindahkan ke pemain sebenar yang berada berdekatan.

5. Anda tidak akan knocked out jika terjun kedalam air dari atas jambatan. Betul ke salah?

Betul. Cuba anda panjat jambatan besi yang tinggi (tempat yang selalu orang buat road block tu) dan terjun ke dalam air. Tiada apa-apa yang berlaku kepada anda.

6. Pemain sandar didinding sambil lempar bom tangan boleh membuatkan pemain berpindah masuk terus ke dalam rumah. Betul ke salah?

Betul. Ia disebabkan pepijat pada permainan ini. Kami mencuba trik terbabit tetapi nampaknya pepijat itu telah dibaik pulih oleh pihak pembangun.

7. Keputusan seri jika dua pemain terakhir mati dalam masa yang sama disebabkan bom tangan. Betul ke salah?

Salah, video menunjukkan pemain yang mengeluarkan bom tangan akan menang walaupun berada berhampiran dengan letupan.

8. Melompat-lompat di kawasan api molotov boleh kurangkan kesan pada nyawa. Betul ke salah?

Salah. Sama ada anda melompat, merangkak, berdiri atau duduk didalam api molotov, kadar kelajuan nyawa berkurang tetap sama.

9. Bunyi berlari tanpa kasut lebih perlahan berbanding berlari dengan kasut. Betul ke salah?

Salah. Kedua-dua situasi menghasilkan bunyi yang sama kuat.

10. Anda tidak boleh bunuh pemain lain ketika mereka turun dengan payung terjun. Betul ke salah?

Salah. Anda boleh membunuh pemain yang berada diudara.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga persoalan anda terjawab.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Thu, 26 Apr 2018

水温(Water Temperature)过高究竟有多伤引擎?

相信许多人都听过引擎的水温过高,也就是俗称的“水滚”会伤引擎,不过你知道过高的水温究竟对引擎的危害有多大吗?

TECH Mon, 11 Nov 2019

China Dah Mula Teroka 6G Sedangkan Yang Lain Baru 5G

Lajunya China dimana sekarang dah 6G sedangkan yang lain baru 5G

TECH Thu, 21 Feb 2019

Your Creativity Could Just Win You a Bunch of Steam Vouchers and Exclusive Accesses

You could be one of the few lucky people to game on the latest Legion device before anyone else in Malaysia!

TECH Sun, 10 Feb 2019

Youtube Vanced, Aplikasi Youtube Sebenar Untuk Pengguna

Siapa yang kaki Youtube mungkin dah familiar dengan aplikasi ini, tapi bagi yang baru dengar, ini aplikasi Youtube sebenar untuk anda.

TECH Fri, 9 Aug 2019

Kena Fitnah di WhatsApp, Facebook?

Rupanya ini cara-caranya. Boleh disimpan jika terjadi apa -apa

TECH Sun, 22 Jul 2018

Inilah Gambar Yang Memenangi iPhone Photography Awards 2018

iPhone Photography Awards 2018 sudah melangkau usia 11 tahun sejak ia pertama kali diadakan pada 2007 dahulu. Saban tahun, banyak gambar-gambar menarik dihantar dengan harapan dapat memenangi pertandingan tersebut. Hanya berbekalkan kamera iPhone dari pelbagai […]

TECH Sun, 11 Nov 2018

Apa Dah Jadi Dengan mIRC, Friendster, Yahoo & MSN Messenger?

Adakah anda tahu terdapat laman sosial yang terawal wujud sebelum adanya Instagram dan sebagainya?

TECH Thu, 13 Sep 2018
TECH Tue, 16 Oct 2018

「睡眠监测指环」睡美人不需再等王子亲吻才醒!

SLEEPON开发的「GO2SLEEP睡眠监测指环」,号码全球最小,能简易搜集睡眠数据。

| Live TV