TECH By: SGMS Enal May 19, 2019 @ 1:00pm

Kelangkapan Asus ZenFone 6!

Menambah satu lagi peranti dengan mekanisme kamera hadapan yang unik, ASUS ZenFone 6 kini rasmi dilancarkan.

Seperti kebanyakkan peranti flagship 2019 lain, ZenFone 6 tampil dengan cip Snapdragon 855, RAM 6GB/64GB, RAM 6GB/128GB dan RAM 8GB/256GB yang juga diberikan sokongan kad mikroSD dengan satu slot khas. Bagi kad SIM pula, ia disediakan dengan dua slot SIM nano.

Menariknya lagi, ASUS membekalkan peranti ini dengan bateri berkapasiti 5000mAh yang akan diisi dengan pengecasan pantas 18W melalui port USB-C.

Keunikan peranti ini terselah pada bahagian kameranya dimana ia dilengkapid dengan dwi lensa flip yang berfungsi untuk rakaman hadapan serta belakang.

Lensa utama menggunakan 48MP (Sony IMX586) sementara 13MP sebagai rakaman ultra lebar. Pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian belakang berada dibawah tetapan kamera tersebut.

Sebelah hadapan dilengkapi dengan skrin paparan IPS LCD 6.4 inci dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 6. Panel belakangnya diperbuat daripada kaca sementara mengelilingi dibahagian tengah adalah aluminium siri-6000. Ia akan menjalankan sistem antaramuka ZenUI 6 berasaskan Android 9 Pie serta dijanjikan dengan naik taraf kepada Android Q kelak.

Asus ZenFone 6 dilancarkan untuk pasaran Eropah terlebih dahulu pada tanda harga €499 (~RM2328), €559 (~RM2608) dan €599 (~RM2794) mengikut variasi storan yang ditawarkan.

Ketika ini, kita masih belum mengetahui sama ada ia akan dibawa masuk ke pasaran tempatan ataupun tidak.

 

By Helmi Samsuri

Sumber wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 5 Aug 2018

10 Aplikasi VPN Untuk Android Yang Boleh Anda Cuba

Berikut adalah 10 aplikasi VPN yang boleh anda cuba untuk peranti android.

TECH Sun, 21 Apr 2019

Pindah Foto/Video Atau Kandungan Lain Daripada IPhone Ke Android

Bolehkah kita pindahkan gambar atau fail Iphone ke android? Jika boleh,bagaimana caranya?

TECH Wed, 1 Jan 2020

Guna Teknologi Pengimbasan Wajah Rekod Kehadiran Murid

Waa.. sekarang dah tak boleh ponteng sekolah.

TECH Sat, 8 Sep 2018

Lazada Launches LazMall and 9.9 Online Sale is Soon Approaching!

It’s gonna be a crazy shopping weekend!

TECH Sun, 28 Jul 2019

Ingin Akses WhatsApp Lain pada Android, Cuba Ini!

kalau rasa nak mencuba boleh ikot tips ini

TECH Thu, 19 Jul 2018

Menghapuskan Folder Kosong Pada Android

Jika anda ingin membuang fail kosong yang berada dalam telefon anda,cubalah cara ini.

TECH Fri, 22 Jun 2018

20个彻底改变人类生活的「爱迪生等级」伟大发明

科技日新月异,许多以前解决不了的难题都已经不是问题,越来越多的解决方案融入我们细微的日常生活中……

TECH Wed, 18 Sep 2019

我们可以为全球暖化「贡献」什么?

不必再追究地球浩劫是否会发生,或人类是否为肆虐大自然的罪魁祸首,我们该关注的是能做些什么为缓解全球变暖尽一份心力。

TECH Fri, 13 Jul 2018

AMD Bersama-Sama Synaptics Bangunkan Sistem Biometrik Untuk PC

Advanced Micro Devices dan Synaptics akan bekerjasama dalam membawakan sistem keselamatan biometrik ke dalam PC. AMD melalui cip Ryzen mereka dan Synaptics melalui sensor FS7600 Match-In-Sensor akan digabungkan bersama bagi mewujudkan sistem keselamatan yang boleh diharapkan. Tidak dipastikan lagi […]

TECH Fri, 26 Apr 2019

HappyFresh Partners With AEON to Deliver Groceries to More Malaysians

A wider range of groceries as well as wider area for delivery.

| Live TV