TECH By: SGMS Putri July 6, 2018 @ 3:58pm

Surface Dari Microsoft Menggunakan Cip Intel Pentium Yang Lebih Murah

Keberangkalian untuk komputer tablet Surface dari Microsoft untuk membuat kemunculan pada tahun ini meningkat disebabkan maklumat dari FCC. Microsoft dikhabarkan mahu mengeluarkan rangkaian Surface yang baharu dengan harga yang lebih kompetitif berbanding pesaing mereka, iPad.

Surface baharu ini dikatakan dijual dengan harga bermula dari RM 1,600. Microsoft mengambil keputusan untuk menggunakan cip pemprosesan Intel yang lebih murah dari siri Pentium. Dengan pengurangan kos, Microsoft akhirnya dapat meletakkan siri Surface mereka sebaris dengan iPad dari Apple Inc. dari segi harga.

Intel®Pentium mempunyai dua kelas; Gold dan Silver. Untuk Surface yang lebih murah, cip Pentium Silver N5000 akan digunakan manakala untuk Surface Pro pula, Pentium Gold Y-series akan dipilih untuk memacu tablet tersebut.

Cip yang terbaru ini akan memberikan lebih kuasa kepada siri Surface baharu dan mampu melakukan tugasan-tugasan ringan tanpa ada sebarang masalah. Rangkaian Surface sebelum ini mendapat pujian kerana reka bentuk yang nipis dan kebolehan untuk digunakan bersama papan kekunci menjadikannya 2 dalam 1.

Dengan pengenalan cip yang lebih murah, Microsoft mengharapkan lonjakan yang diperlukan untuk menandingi pesaing-pesaing mereka di luar sana.

Sumber: WinfutureDigital Trends

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 20 Jul 2018

Kedai Rasmi NVIDIA Akan Dibuka Secara Rasmi Tidak Lama Lagi

NVIDIA melalui laman Facebook Malaysia mereka telah mengumumkan akan membuka kedai rasmi jenama tersebut di negara ini. NVIDIA terkenal dengan kad grafik yang dipasarkan ke pelbagai lapisan pengguna tetapi pengguna Malaysia tidak berpeluang membeli terus […]

TECH Sun, 9 Jun 2019

Inilah Cara Memasang Android P Beta

Kalau belum install atau ada Android P Beta boleh ikuti langkah mudah ini

TECH Sun, 5 May 2019

“File too Large?” dengan cara ini masalah anda selesai

Semoga bermanfaat ini sahaja perkongsian daripada kami.

TECH Thu, 20 Sep 2018

你像哪个名画人物?快用这个App测看看

美国科技巨头Google除了发展搜寻引擎与网路服务外,近年也致力于推广艺术与文化,并开发Google Arts & Culture应用程式,将整个线上美术馆带进了手机时代。

TECH Fri, 30 Nov 2018

Nikmati Audio Berkualiti dengan Pilihan 5 Speaker Terbaik di Malaysia

Adakah anda inginkan speaker yang berkualiti?Ketahui speaker yang anda inginkan disini.

TECH Wed, 6 Feb 2019

Here’s How You Can Legally Hack and Be Praised for Doing So

It’s a hackathon event by Amazon Web Services Inc. called the AWS Hackdays 2019: Hack for Good.

TECH Mon, 23 Jul 2018

Sony Bakal Keluarkan PlayStation 4 Edisi Spider Man

Sony dikhabarkan bakal menampilkan konsol edisi istimewa sempena dengan pelancaran permainan video Spider Man yang dijangka berlangsung pada September hadapan. Model PlayStation 4 Pro berwarna merah itu diperkemaskan lagi dengan logo Spider Man pada bahagian […]

TECH Thu, 25 Oct 2018

Media Prima与DailyMotion合作!电视节目全球化

来西亚最大的综合媒体集团——首要媒体有限公司更上一层楼,与视频共享平台Dailymotion联手合作,把首要媒体电视节目内容上载至其串流平台,供全球每月超过3亿的用户观赏。

TECH Sun, 22 Jul 2018

MacBook Pro 15 inci Dengan Cip i9 (2018) Dilaporkan Cepat Panas

MacBook Pro 15 inci dijana dengan cip pemprosesan 6-teras Core i9- 8950HK adalah komputer riba berharga premium keluaran Apple untuk tahun ini. Melalui cip terbabit, ia menjanjikan kelajuan pemprosesan sehingga 2.9GHz yang mana lebih laju berbanding keluaran terdahulu tetapi […]

TECH Mon, 12 Aug 2019

3 Cara Membuka Kunci atau Password Untuk Iphone

Lupa kata laluan atau password cuba cara ini

| Live TV