TECH By: SGMS Putri July 20, 2018 @ 10:44am

Google Fuchsia Dijangka Akan Menggantikan Android Seawal Tahun 2021

Pada musim panas 2016, Google telah mengesahkan bahawa mereka sedang berusaha dalam membangunkan sebuah sistem operasi(OS) baru bagi menggantikan sistem Android. Projek tersebut telah digelar sebagai Project Fuchsia.

Selepas daripada pengumuman itu, Google jarang sekali untuk memberi sebarang informasi berkenaan perkembangan terbaru projek tersebut kepada umum sehingga hari ini. Namun, menurut laporan dari Bloomberg, OS terbaru itu mungkin akan menemui pengguna dalam tempoh tiga tahun lagi.

Kredit : Ars Technica

Project Fuchsia melibatkan seramai lebih dari 100 pekerja pada hari ini. Ia menggambarkan Google sedang mempercepatkan proses membangunkan OS terbaru ini. Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa ia mungkin hanya akan siap dibangunkan pada tahun 2023.

Sistem ini dijangka akan menyokong bukan sahaja peranti telefon pintar, malah ia akan turut tersedia untuk peranti lain seperti pembesar suara pintar, komputer, alatan rumah pintar dan mungkin beberapa peranti pintar lain yang akan dibangunkan pada masa akan datang.

Video Demo Google Fuchsia (Kredit : Ars Technica)

Oleh sebab itu, selain memberikan perlindungan keselamatan dan privasi yang lebih baik, Fuchsia juga akan hadir dengan sokongan pengesanan suara dan kecerdasan buatan(AI) yang dinaiktaraf berbanding teknologi sedia ada hari ini.

Sekiranya sistem operasi ini benar-benar dapat dibangunkan, ia akan menjadi satu cabaran hebat buat peranti iOS daripada Apple. Ini kerana perubahan besar yang akan berlaku pada peranti Android kelak pasti akan menyangkal tohmahan pengguna iOS yang selama ini mengatakan kemaskini Android OS adalah membosankan, kurang kawalan privasi dan tidak inovatif.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 11 Jul 2018

Setiap Banduan Di UK Akan Diberikan Telefon Bimbit Tidak Lama Lagi

Telefon bimbit merupakan salah satu teknologi terpenting dalam kehidupan manusia pada hari ini. Malah, sudah ada usaha untuk mengkategorikan telefon bimbit sebagai keperluan asas manusia di peringkat global. Ia juga dianggap sebagai ‘nyawa’ bagi sesetengah […]

TECH Wed, 19 Dec 2018
Automobile Tue, 22 Jan 2019

油表灯亮了才去加油,会伤害Fuel Pump?

油表灯亮了才去加油,会伤害 Fuel Pump ?

TECH Fri, 16 Mar 2018

Cara Membuka Fail PDF Yang Terkunci

Pernahkah anda mengalami masalah untuk membuka fail PDF yang terkunci? Berikut kami kongsikan kaedah mudah untuk membuka fail PDF yang terkunci. Pertama sekali, masuk ke laman sesawang crackmypdf.com   Setelah itu, klik Choose File dan pilih file PDF yang ingin […]

TECH Thu, 1 Nov 2018

Cara Mudah Untuk “Screen shot” Panjang pada PC

Kami kongsikan cara mudah untuk membuat Long Screenshot pada PC Windows ataupun Apple. Caranya, mudah saja!

TECH Tue, 11 Sep 2018

Daftar Akaun Baru Whatsapp Tanpa memerlukan Simkad

Sangat ringkas dan mudah.Cubalah!

Automobile Thu, 3 Oct 2019

HUAWEI Lancar 13 Produk Terbaharu Hari Ini

Wow! So, apa tunggu lagi dapatkan produk terbaru yang pastinya hot dari HUAWEI

TECH Sat, 21 Dec 2019

FBI警告!出国玩尽量不要用当地免费Wi-Fi

美国联邦调查局(FBI)发出警告,建议民众出国时尽量避免使用当地的免费Wi-Fi,避免遭有心人士偷偷植入恶意程式偷走装置的机密或密码。

Automobile Tue, 3 Apr 2018

史上最贵休旅车! Karlmann King让你化身蝙蝠侠

地表上最贵的休旅车,是Bentley、还是Lamborghini?答案是Karlmann King!

TECH Fri, 6 Jul 2018

Surface Dari Microsoft Menggunakan Cip Intel Pentium Yang Lebih Murah

Keberangkalian untuk komputer tablet Surface dari Microsoft untuk membuat kemunculan pada tahun ini meningkat disebabkan maklumat dari FCC. Microsoft dikhabarkan mahu mengeluarkan rangkaian Surface yang baharu dengan harga yang lebih kompetitif berbanding pesaing mereka, iPad. […]

| Live TV