TECH By: SGMS Putri July 11, 2018 @ 2:49pm

Setiap Banduan Di UK Akan Diberikan Telefon Bimbit Tidak Lama Lagi

Telefon bimbit merupakan salah satu teknologi terpenting dalam kehidupan manusia pada hari ini. Malah, sudah ada usaha untuk mengkategorikan telefon bimbit sebagai keperluan asas manusia di peringkat global. Ia juga dianggap sebagai ‘nyawa’ bagi sesetengah orang.

Mungkin atas sebab tersebut, Kementerian Keadilan UK telah membuat keputusan untuk memberikan satu telefon bimbit untuk setiap seorang daripada banduan yang ditahan di negara berkenaan. Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha kementerian, David Gauke.

Kredit : Newscientist

Menurut laporan akhbar tempatan, the Guardian, kerajaan mereka bersedia untuk membelanjakan kira-kira 7 juta Pound Sterling (~RM 37.4 juta) bagi melaksanakan cadangan tersebut. Buat masa ini, mereka bercadang untuk melaksanakannya di penjara yang bertempat di negara England dan Wales terlebih dahulu.

Perkara itu terpaksa dilaksanakan bagi mengelakkan keganasan berlaku di dalam penjara. Ini kerana para banduan sering bertengkar sesama mereka semasa berebut untuk menggunakan telefon yang disediakan di penjara bagi berhubung dengan dunia luar.

Akan tetapi, banduan hanya akan diberikan telefon bimbit yang hanya boleh membuat panggilan suara dan kiriman SMS serta kos panggilan perlu ditanggung oleh banduan sendiri. Langkah ini juga merupakan salah satu usaha kerajaan UK bagi memastikan layanan yang lebih baik diberikan kepada banduan.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 4 May 2018

Kenangan Hutang Buku555 Anda Zaman Dulu Kini Dah ‘Upgrade’ Jadi App

Siapa masih ingat lagi tentang buku 555, banyak jasanya dalam seharian dan kini di upgrade. Jom baca ya

TECH Sat, 19 May 2018

Anda Kini Boleh Memuat Naik Instagram Stories Secara Pukal Di Instagram

Buat masa ini, kemaskini terbaru Instagram ini hanya tersedia untuk aplikasi Android sahaja namun ia dijangka akan menemui pengguna iOS pada masa terdekat.

Automobile Mon, 9 Dec 2019

Jika Exit Tol Baki Tak Cukup, Tekan Button Intercom!

Tidak perlu risau lagi cuma interkom saja bantuan akan sampai!

TECH Fri, 7 Dec 2018

Tips Untuk Menjaga Kamera DSLR Supaya Kekal Lama

Mesti ada yang tertanya, macam mana nak menjaga Kamera DSLR kekal lama?

TECH Tue, 10 Jul 2018

Cara Untuk Mematikan Notifikasi Pada Chrome Dan Mozilla Firefox

Paparan notifikasi yang selalu “Pop – Up” dengan pelbagai permintaan sememangnya agak menjengkelkan kita. Berikut kami kongsikan cara – cara untuk anda matikan kemunculan notifikasi pada Chrome dan Mozilla.

TECH Tue, 4 Sep 2018

Jimat Data Internet, Berkesan dan Mudah Dilaksanakan

Ini adalah antara contoh bagaimana ingin menjimat data internet anda yang sering habis kuota dengan segera.

Automobile Thu, 15 Nov 2018

下车甩门最易惹怒司机!常关「太大力」渗水、异音通通来

有些乘客总是喜欢在下车时,以「超浮夸」姿势甩门下车!只是用力关车门次数一多,不仅会减少组件使用寿命,同时也容易造成……

TECH Wed, 18 Jul 2018

Bocoran Imej Memperlihatkan Panel Hadapan iPhone 2018

Bagi anda yang tidak sabar-sabar untuk menanti kedatangan iPhone 2018, foto yang baru tertiris ini mungkin boleh mengubat kerinduan. Foto menunjukkan tiga keping panel hadapan itu didakwa akan dipasang pada model-model iPhone keluaran tahun ini. Kelihatan rekaan takuk masih […]

TECH Sat, 18 Nov 2017

Google Chrome Dan 8 Fungsi Rahsianya Yang Perlu Anda Tahu

Google Chrome adalah aplikasi yang popular dan menjadi pilihan ramai seperti Firefox, dan Safari.

TECH Thu, 26 Apr 2018

Baru Beli Komputer? Baca 6 Panduan Ini Untuk Setiap Port & Adapter Yang Ada

Panduan untuk tentang Port & Adapter di setiap komputer riba atau lebih dikenali ‘laptop’

| Live TV