TECH By: SGMS Putri May 19, 2018 @ 4:25am

Anda Kini Boleh Memuat Naik Instagram Stories Secara Pukal Di Instagram

Pengguna laman sosial Instagram kini dilihat lebih berminat untuk menggunakan fungsi Instagram Stories untuk membuat kiriman berbanding mengirim gambar atau video secara kiriman biasa pada dinding Instagram. Atas sebab itu, pihak Instagram telah menyediakan beberapa fungsi terbaru untuk Instagram Stories ini dalam kemaskini terbaru bagi aplikasinya.

Pembaharuan yang paling ketara ialah Instagram kini membenarkan untuk penggunanya mengirim gambar atau video pada Instagram Stories mereka secara pukal. Ia akan lebih memudahkan pengguna yang gemar mengirim lebih daripada satu kiriman Stories dalam satu-satu masa. Sebelum ini, pengguna perlu menetapkan tetapan bagi setiap satu kiriman secara individu, dan ini agak menjengkelkan sekiranya anda mahu memuat naik banyak kiriman dalam satu masa.

Dalam kemaskini terbaru ini, pengguna boleh memuat naik sehingga 10 imej atau video dalam satu kiriman. Setelah memilih imej dan video yang ingin dikirim, pengguna akan diperlihatkan dengan pratonton kiriman tersebut. Selain itu, Instagram juga akan memaparkan pelekat lokasi di mana imej atau lokasi itu diambil secara automatik.

Buat masa ini, kemaskini terbaru Instagram ini hanya tersedia untuk aplikasi Android sahaja namun ia dijangka akan menemui pengguna iOS pada masa terdekat.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 26 Jul 2018

Samsung Berjaya Cipta Skrin Paparan Tahan Lasak Yang Tidak Mudah Pecah

Samsung dilaporkan telah berjaya mencipta skrin paparan tahan lasak yang tidak mudah pecah. Sudah mendapat pensijilan daripada Underwriters Laboratories dan melepasi ujian OSHA(Occupational Safety and Health Administration),skrin tersebut adalah skrin paparan OLED fleksibel yang terkandung […]

TECH Mon, 21 May 2018

Mahu Terus Fokus Pada YouTube, Aplikasi Vevo Bakal Ditutup

YouTube adalah teras utama perkhidmatan sindikasi muzik iaitu aplikasi Vevo. Terbaharu, syarikat itu mengumumkan perancangan untuk lebih memfokuskan kepada laman perkongsian video itu berbanding aplikasinya.

TECH Sun, 18 Mar 2018

10 Fungsi Yang Dijangka Hadir Pada Android P

Sudah beberapa siri khabar angin bertiup memperkatakan tentang Android P, Google akhirnya berkongsi pratonton sistem operasi tersebut. Ketika ini, Android P masih berada dalam proses pembangunan dan diramal akan diumumkan secara rasmi sekitar acara Google I/O 2018 […]

TECH Wed, 9 May 2018

这款移动电源居然永不断电?简直是户外神器

世界上最痛苦的事情不是没有手机,而是明明手机在手里却没电,所以移动电源成了很多人手机的标配,但是如果移动电源也没电了呢?

TECH Sat, 23 Jun 2018

Tersalah Hantar e-mel? Gmail Ada Ciri Tarik Balik Hantaran e-Mel

Adakah anda terhantar e-mel kepada orang yang salah?Gmail ada penyelesaiannya.

TECH Fri, 13 Jul 2018

Cara Menyembunyikan Foto dan Video di Android

Untuk versi Pro ini, anda boleh mendapatkan pelbagai faedah,

TECH Thu, 2 May 2019

Lenovo Legion Just Got Some Savage Upgrades

New technology with some crazy new upgrades,

TECH Tue, 3 Jul 2018

Samsung Galaxy Tab S4 Bakal Dilancarkan September Ini

Tweet   Internationale Funkausstellung atau IFA 2018 akan berlansung bermula dari 31 Ogos hingga 5 September ini. Ia merupakan satu ekspo bagi barangan elektronik dan peralatan rumah utama dunia di mana syarikat pengeluar utama akan berhimpun […]

TECH Mon, 16 Jul 2018

Video: IPhone Masih Berfungsi Dengan Baik Walaupun Terjatuh Daripada Kapal Terbang

Semua orang tahu iPhone keluaran Apple bukanlah peranti yang tahan lasak, lebih-lebih lagi jika terjatuh dari tempat yang tinggi. Kadangkala, walaupun sudah disarungkan dengan pelindung, iPhone masih juga retak atau gagal berfungsi dengan baik sekiranya terjatuh atau […]

TECH Sat, 9 Dec 2017

5 Tips Asas Gunakan Chrome Secara Selamat Daripada Jurutera Sekuriti Google

Google Chrome Adalah diantara yang paling mempunyai ramai pengguna. Justin Schuh yang merupakan seorang jurutera dari Google yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang sekuriti telah berkongsi 5 tips berguna untuk para pengguna Chrome.

| Live TV