TECH By: SGMS Putri April 22, 2018 @ 4:10am

Perang Iklan – Iklan Terbaru Apple Cuba Yakinkan Pengguna Untuk Bertukar Ke Jenama Mereka

Perang antara platform tidak kira sama ada PC vs konsol, Intel vs AMD dan lain-lain lagi sudah diketahui umum. Dan untuk dunia telefon pintar, dua nama yang dominan muncul sejak dari dahulu lagi, iOS vs Android.

Android melalui Samsung selalu ‘mengejek’ pesaing mereka dengan iklan yang mencuit hati dan dalam masa yang sama, Apple juga tidak ketinggalan untuk membalas dengan iklan yang mendedahkan kelemahan pesaing mereka.

Dengan laporan pembuat cip, TSMC dari Taiwan mengatakan jualan telefon pintar semakin menurun dan ramalan Apple akan menjual peranti iPhone mereka kurang dari tahun lepas, ruangan telefon pintar kekal kompetitif dengan setiap pengeluar cuba memenuhi keperluan pengguna mereka dengan inovasi-inovasi terkini.

Apple hari ini mengeluarkan 2 iklan terbaru yang cuba meyakinkan pengguna Android untuk bertukar kepada sistem operasi telefon pintar mereka, iOS.

Iklan pertama menunjukkan pengguna lain selain App Store Apple terdedah dengan bahaya dari segi sokongan. Apple memang diketahui mempunyai peraturan ketat mengenai pembangunan aplikasi di dalam App Store di samping mengenakan bayaran kepada pembangun.

Iklan kedua pula menonjolkan mod potret yang terdapat di dalam iPhone 7 Plus dan keatas. Mod potret diketahui bukan lagi fungsi eksklusif untuk peranti iPhone kerana mod ini juga boleh didapati untuk peranti Android utama di luar sana.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 10 Jul 2019

5 “Bluetooth Headphone” Terbaik Mampu Milik

Kepada anda yang masih tercari – cari fon telinga denga sambungan Bluetooth, berikut kami kongsikan 5 yang terbaik boleh anda pilih.

TECH Fri, 20 Apr 2018

Ciri Samsung Galaxy S10 Tertiris Janjikan Pengesan Cap Jari Bawah Skrin

Samsung Galaxy S10 akan menggunakan pengesan cap jari di bawah skrin, menurut laporan akhbar Korea Selatan, The Bell. Pengesan cap jari seperti ini telah digunakan oleh peranti Vivo X20 Plus UD ini akan membenarkan pengguna untuk membuka peranti mereka dengan […]

TECH Fri, 14 Sep 2018

Cara Mudah Untuk Membaik Pulih Gambar Lama

Ingin mencantikkan semula gambar lama anda?Cubalah cara ini.

TECH Sat, 22 Jun 2019

Aplikasi Android, Cymera Jadikan Camera Phone Seperti DSLR

Cymera mampu jadikan kamera telefon pintar anda seperti DSLR dengan menambah efek padanya.

TECH Fri, 20 Jul 2018

FreeSync vs G-Sync: Mana Satu Yang Lebih Sesuai?

Anda sedang berkira-kira mahu membeli monitor PC yang baharu dan terjumpa dengan terminologi teknologi G-Sync dan FreeSync yang wujud di dalam monitor yang anda cari sebentar tadi. Apa itu G-Sync dan FreeSync? Dua terma tersebut […]

TECH Sat, 24 Feb 2018

Rakyat Malaysia Ketagih Telefon Pintar!

Malaysia merupakan  antara negara yang  rakyatnya memiliki telefon pintar tertinggi di dunia malah 78.7 %  daripada 24,572,446 adalah pengguna internet.

TECH Thu, 19 Jul 2018

Google Beri Amaran Sistem Android Mungkin Tidak Akan Hadir Secara Percuma Lagi

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, Google telah dikenakan tindakan saman oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah(EU) atas dakwaan memaksa penggunaan aplikasi mereka pada setiap peranti yang menggunakan sistem Android. Antara aplikasi yang terlibat ialah Chrome dan Google Search. Menurut […]

TECH Thu, 24 May 2018

Buang Rakan Dari Group WhatsApp Kolej, Admin Kena Tikam

WhatsApp diserang seorang dari ahli yang merasa kecewa kerana dibuang dari group itu

TECH Tue, 22 Oct 2019

Karya Anak Malaysia Dimuat Naik Dalam ‘Webtoon’

Mebihi 100,000 orang di aplikasi Webtoon

TECH Sun, 15 Jul 2018

Setelah Sekian Lama, Notepad Terima Kemaskini

Ketika mana Windows dikemaskini serta dinaiktaraf dengan pelbagai fungsi, Microsoft seakan-akan terlupa satu aplikasi yang sudah lama wujud dalam platform berkenaan, Notepad. Digarap dari pengumuman kemaskini oleh Google Blog minggu lalu, satu naik taraf signifikan […]

| Live TV