TECH By: SGMS Enal May 24, 2018 @ 5:07am

Buang Rakan Dari Group WhatsApp Kolej, Admin Kena Tikam

Admin group platform permesejan popular, WhatsApp diserang seorang dari ahli yang merasa kecewa kerana dibuang dari group itu, lapor polis.

Chaitanya Shivaji Bhor, 18, diserang pada waktu malam oleh 3 suspek dengan senjata tajam pada 17 Mei di Jalan Ahmednagar-Manmad, kata seorang pegawai kanan polis kepada PTI.

Bhor yang merupakan pelajar kolej agrikultur di Ahmednagar, mencipta group itu bagi memudahkan rakan-rakan kolejnya berkomunikasi suatu ketika dahulu.

Baru-baru ini saja, Bhor membuang Sachin Gadakh dari group itu selepas dia meninggalkan kolej. Gadakh marah dan mengambil keputusan untuk membalas dendam kerana terasa ‘terhina’.

Pada 17 Mei itu, rakan Sachin, Amol Gadakh dan 2 lagi rakan mereka meluru ke kedai makan di mana Bhor sedang enak menjamu makanan lalu menyerangnya. Amol menyerang Bhor dengan senjata tajam pada perut, mulut dan belakang Bhor, menurut laporan polis.

Bhor mengalami kecederaan serius akibat serangan itu, lalu dibawa ke hospital berdekatan dan kemudian dipindahkan ke Pune. Suspek yang dipercayai berasal dari Kampung Sonai di Nevasa Tehsil berjaya melarikan diri dari tempat kejadian.

Selepas Bhor membuat laporan polis, Sachin Gadakh, Amol Gadakh dan 2 lagi rakannya disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 37 Akta IPC dan Arms menurut Pegawai Kanan Polis, Balai Polis MIDC di Ahmednagar.

Sumber | Ditulis oleh SGMS Epul

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Thu, 5 Apr 2018

马来西亚Galaxy Note 8用户可以吃上Oreo啦!

随着Samsung Galaxy S8 与 S8+ 都抢先收到了 Android 8 的更新,许多人也开始期待自己手上的 Galaxy 手机也能得到这个最新的 Android 系统更新。

Automobile Tue, 25 Sep 2018

人肉霸停车位有错吗?大马皇家警察说:可被罚款或监禁

人肉霸停车位究竟违法吗?大马皇家警察说:触犯者可被罚款或监禁。

TECH Wed, 27 Nov 2019

Cara Membolehkan Mod Incognito Dalam Google Maps

Mod Incognito Dalam Google Maps

TECH Thu, 3 Jan 2019

低头族有救了! 4招让你有效预防肩颈酸痛

低头族看过来!趋势而言,全球人们生活上一定会越来越依赖智慧型手机,眼睛承受压力只会越来越重。

TECH Tue, 5 Jun 2018

Mengetahui FPS Peranti Telefon Pintar Tanpa Perlu Proses Root

Berikut kami kongsikan aplikaasi yang mampu memberikan angka kiraan FPS untuk telefon pintar anda.

TECH Sun, 22 Apr 2018

Perang Iklan – Iklan Terbaru Apple Cuba Yakinkan Pengguna Untuk Bertukar Ke Jenama Mereka

Perang antara platform tidak kira sama ada PC vs konsol, Intel vs AMD dan lain-lain lagi sudah diketahui umum. Dan untuk dunia telefon pintar, dua nama yang dominan muncul sejak dari dahulu lagi, iOS vs […]

TECH Sat, 28 Sep 2019

“Smart City” Bakal Siap Tahun 2020

Sidang Media Zhejiang Victory Bench Hyperledger telah diadakan bertempat di Hotel Palace Of Golden Horses, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

TECH Sat, 20 Jul 2019

Buat Emoji Menggunakan Aplikasi Gboard

Pelekat emoji itu boleh diubah suai mengikut citarasa pengguna. Berikut cara-cara untuk membuat pelekat emoji dari aplikasi kekunci Gboard.

TECH Mon, 12 Feb 2018

AWAS! BILA ‘CEDUK’ DARI INSTAGRAM!

Beberapa pengguna sekarang sudah mula menerima  kemaskini pemberitahun aplikasi berkenaan. Sesiapa yang sudah update bermakna setiap screenshot yang dibuat dapat dilihat oleh pengguna asalnya.

TECH Thu, 2 Jan 2020

5 Gimbal Terbaik Bagi Telefon Pintar 2019

Telefon pintar pada masa kini sudah menjadi semakin baik dalam menstabilkan video dengan adanya Optical Image Stabilization dan Electronic Image Stabilization. Namun ia masih tidak dapat mengalahkan kecekapan dan kawalan gimbal. Apabila anda memegang peranti sambil merakam video, pasti […]

| Live TV