LIFESTYLE By: SGMS Enal November 21, 2017 @ 4:31pm

4 Tanda Kenal Pasti Sama Ada Si Dia Jujur Atau Tidak

Adakah suami anda menunjukkan tanda-tanda bahawa dia mungkin sedang menipu anda? Adakah tanda-tanda ini boleh dilihat dengan mata kasar? Satu kajian menunjukkan bahawa secara purata lelaki berbohong sebanyak 4 kali seminggu.

Kebanyakkan penipuan yang dibuat adalah ”tipu sunat” atau penipuan yang tidak membahayakan hubungan. Misalnya, memberi alasan seperti terperangkap dalam kesesakkan sedangkan dia terlewat bergerak atau kerja lewat malam sedangkan lepak di ”mamak” untuk menonton bola atau bertemu dengan kawan-kawan. Tetapi adakalanya, penipuan yang dibuat sememangnya besar dan boleh dianggap bahawa pasangan anda sebenarnya telah curang.

Kajian juga menunjukkan semakin kerap seseorang itu berbohong, semakin kurang sifat sensitif dalam dirinya yang selalunya menghilangkan rasa bersalah kerana tidak bersikap jujur. Malah, semakin kerap seseorang itu menipu, maka semakin mudah dan semakin berbahaya penipuan tersebut.

Salah satu punca lelaki gemar untuk menipu pasangan adalah kerana pasangan mereka sukar untuk mengesan penipuan tersebut kerana kedua-duanya sudah saling mengenali dan mempercayai satu sama lain. Menurut kajian. kebarangkalian untuk penipuan tersebut terdedah hanyalah sekitar 53 peratus sahaja.

Namun baru-baru, sekumpulan penyelidik yang melakukan kajian mengenai sains penipuan berjaya menemui petunjuk baharu bagaimana mahu mengesan penipuan yang sedang dilakukan. Jika kejujuran seorang wanita ketika memberitahu sesuatu boleh diperhati melalui bahasanya, penipuan yang dibuat oleh lelaki boleh dikesan melalui tingkah-lakunya.

Jadi bagaimana? Melalui kajian tersebut, pakar-pakar dapat menentukan bahawa lelaki sebenarnya sedang menyembunyikan kebenaran daripada pasangannya jika menunjukkan tanda-tanda berikut :

1. Kawasan Hidung Kelihatan Sedikit Membesar, Seperti Watak Kartun Pinocchio

Image result for pinocchio

Ketika lelaki sedang menipu, kawasan bawah hindungnya yang dikenali sebagai columella akan membesar menyebabkan hidup kelihatan sedikit berkeringat, kembang dan lebih besar. Seolah-olah tidak sesuai dengan saiz wajahnya.

Kawasan ini sememangnya lebih besar pada hidung lelaki berbanding pada hidung wanita. Jadi ia memiliki lebih banyak salur darah yang menyebabkan ia lebih cepat merah ketika berada dalam tekanan, contohnya ketika dalam cubaannya menyembunyikan kebenaran.

Menurut pakar yang terlibat dalam kajian tersebut, Judi James mengatakan bahawa tekanan akibat menipu menyebabkan salur darah mengembang di kawasan hidung, kadang kala boleh menimbulkan radang pada hidung, seperti berpeluh.

”Mereka juga mungkin cuba menyentuh muka atau hidung sebagai usaha untuk meredakan ketegangan tersebut dengan cara cuba menutup reaksi yang ditunjukkan pada bahagian tersebut”, katanya lagi.

2. Perubahan Terhadap Intonasi Suara

Bagaimana anda mahu tahu bahawa pasangan anda menipu jika dia tidak ada di depan mata anda? Caranya mudah, hubungi dia. Pakar mengatakan bahawa ia sememangnya amat mudah untuk mengesan penipuan suami dengan hanya mendengar intonasi suara mereka melalui perbualan telefon.

Pertamanya, anda harus menumpukan perhatian kepada pitch suara suami anda. Jika biasanya suara suami anda kasar atau serak ketika bercaka, tiba-tiba pitch berubah menjadi lebih lembut dengan unsur-unsur feminim, kebarangkalian suami anda sedang menipu adalah tinggi. Malah, mereka cuba untuk menghabiskan perbualan itu dengan pantas dengan cara bercakap lebih laju daripada biasa.

Satu lagi adalah jika nada suara suami menjadi lembut atau bunyi tidak kuat seolah-olah tidak jelas didengar. Mereka yang sedang berbohong gemar merendahkan suara bagi mengelakkan penipuannya mudah terdedah.

Anda juga boleh bertanya soalan-soalan yang memerlukan jawapan ya atau tidak. Jika suami anda seringkali mengelak atau menyebut perkataan-perkataan seperti ”well” secara kerap, ia menunjukkan mereka sedang mencuri masa untuk memikirkan sesuatu. Cliff Lansley, seorang pakar tingkah laku turut memberitahu bahawa pasangan yang sedang menipu lebih gemar menggunakan ayat-ayat yang lebih pendek yang tidak memerlukan proses percakapan yang rumit dan memanjangkan perbualan.

3. Jika Dia Sedang Duduk, Cuba Perhatikan Pergerakkan Kakinya

Related image

Kajian menunjukkan bahawa seorang penipu tidak gemar untuk bersemuka dengan orang yang sedang ditipunya. Mereka lebih cenderung untuk mengadap ke arah kanan sebagai tanda untuk mengelak daripada diperhati ketika sedang meluahkan penipuannya.

Malah, jika kakinya cenderung untuk menghala ke arah pintu, ia menunjukkan mereka sedang memikirkan jalan keluar yang selamat untuk menutup kebenaran yang sedang disimpan. Tanda-tanda lain adalah jika seseorang itu sedang duduk, dia cenderung untuk bangun dan bergerak ke tempat lain ketika bercakap bagi mengurangkan perasaan gelisah yang dihadapi.

Jika seseorang itu sedang berdiri, anda boleh memerhatikan keadaan kakinya, seseorang yang menipu gemar untuk mengusap-mengusap bahagian kaki dengan kaki yang lain atau menyilang kedudukan kaki berbanding dengan mereka yang berdiri dengan tegap ketika tidak menipu.
gkat. Mereka mungkin sedang menyembunyikan kegembiraan dengan cuba berpura-pura sedih atau sebaliknya. Jadi, perhatikan tanda-tanda tersebut.

4. Ketika Bercakap, Mereka Gemar Untuk Berhenti Seketika Sebelum Menyambung Semula Ucapan 

Mereka yang sedang menipu gemar untuk berhenti sebentar bagi menyusun semula ayat dan mengubah perkataan agar dapat mengalihkan perhatian anda daripada topik yang sedang diperkatakan.

Menurut pakar, penggunaan perkataan seperti ”urmm” atau ”err” ketika sedang bercakap boleh menjadi tanda-tanda bahawa dia sedang mengalihkan perhatian anda ketika menjawab soalan-soalan yang sedang diajukan.

‘Mereka yang tidak menjawab persoalan yang ditanya, atau menjawab soalan dengan soalan atau juga tidak cuba untuk mengelak secara terus sebaliknya menukar-nukar percakapan menunjukkan mereka sedang melarikan diri daripada sesuatu”, kata pakar lagi.

Antara pentunjuk lain adalah ketika bercakap, pasangan anda cuba menyakinkan anda dengan mengukapkan perkataan-perkataan seperti ‘‘Percayalah”, ”Sejujurnya” ataupun”Tanyalah kawan / mak / abang saya”.

Akhir sekali, dengar pernafasan mereka. Orang yang sedang menipu cenderung untuk bernafas dengan lebih laju selain dengupan jantung menjadi lebih kencang kerana terpaksa mengawal perasaan gementar dalam diri.

Sumber : Daily Mail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 23 May 2018

Dr Siti Hasmah’s Handbag is NOT Marie Claire but is Hamano

Hamano handbags cost much more than a Marie Claire handbag.

Fab Foodies! Tue, 11 Dec 2018

Watch the New Year Fireworks from DoubleTree Hilton Kuala Lumpur

It’ll be a great way to enjoy the view but still be away from the crowd.

LIFESTYLE Fri, 23 Mar 2018

3 Tips Untuk Kekal Wajah Seperti Remaja

Ada yang tegur wajah semakin tua, nak kekal remaja jom baca tips ni mana tahu menjadi

LIFESTYLE Sun, 28 Apr 2019

Tudung Wagara Tarikan Terbaru Pelancong Muslimah Di Jepun

Wanita muslim yang melawat Kyoto, Jepun dengan rancangan untuk menyewa kimono kini boleh menikmati pengalaman dengan menyewa tudung Yarayakata

Fab Foodies! Thu, 11 Apr 2019

早餐只啃面包?8成癌症患者都这样吃

早餐求快只啃面包?营养师:8成癌症患者把它当早餐

Events Wed, 12 Sep 2018

CJ WOW SHOP Raih 1 Juta Pelanggannya Dengan WOW In A Million

Berita baik buat semua pembeli CJ WOW SHOP!pihak mereka akan memberikan ganjaran bernilai RM 20 untuk pembelian seterusnya melalui platform e-dagang CJ WOW SHOP bermula 1 hingga 30 September 2018

LIFESTYLE Wed, 13 Mar 2019
LIFESTYLE Mon, 19 Mar 2018

12星座「多爱吃醋」?天蝎金牛大醋桶

你很爱吃醋吗?恋人眼中容不下一粒沙,嫉妒心人人都有,有些人表现得非常明显,甚至会让恋人感觉有些压力,喘不过气,有些则是默默的,让人甚至察觉不到。国外网站《Elite Daily》分析12星座的嫉妒指数​​,满分为10分,快来看看你获得几分?

Fab Foodies! Sat, 6 Oct 2018

早餐第一口吃什么最养胃?

一般早餐店所提供的食品,为迎合大家的口味,大多具有高脂、高蛋白、高热量、高糖的特性,若常以这类食品当早餐,不仅导致营养失衡,甚至潜藏致病因子。

LIFESTYLE Sun, 4 Mar 2018

Kongsi Petua, Katanya Berkesan Hilangkan Dengkur

Syiema Ima menerusi Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) telah berjaya mengatasi masalah dengkurannya dengan hanya menggunakan 3 bahan mudah ini. Air suam yang dicampur bersama bahan ini hanya diminum sebanyak 4 kali, ajaibnya masalah dengkuranya hilang […]

| Live TV