Events By: Salma Syahbuddin September 12, 2018 @ 11:58am

CJ WOW SHOP Raih 1 Juta Pelanggannya Dengan WOW In A Million

Rangkaian belah-belah paling inovatif CJ WOW SHOP telahpun mencatat rekod baharunya hari ini apabila telah memperolehi 1 juta pelanggan dalam tempoh 888 hari sejak beroperasi di Malaysia. Dan, berita gembira itu turut dikongsi oleh pelanggan ke 1 juta iaitu Puan Rusliana yang berasal dari  Bandar Sri Damansara dengan pembelian Spinax Zero Gravity Lounge Chair.

Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP, Kim Yang Hyun berkata semasa lawatannya untuk mengucapkan tanda terima kasih kepada Puan Rusliana berkata, 

” Dalam mencapai kejayaan seperti ini, ia sekaligus menjadikan kami sebagai salah satu platform dagangan utama bagi memudahkan kehidupan rakyat Malaysia khasnya. Dan ianya sekaligus merupakan komitmen lanjutan CJ WOW SHOP untuk menyampaikan pengalaman beli-belah berkonsepkan shoppertainment.” Katanya

Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP, Kim Yang Hyun bersama Puan Rusliana ditemani pengacara CJ WOW SHOP, Jimmy Shanley dan Mimi Haris

Inisiatif yang telah berjaya dilancarkan sepanjang tahun bermula dengan kempen ulang tahun kedua iaitu 2 Tahun, Lebih WOW! Mencatatkan tiga kali ganda lebih ramai pelanggan daripada purata hariannya.

CJ WOW SHOP juga mempunyai pelanggan setianya yang mencatatkan jumlah purata pembelian hampir 14,600 daripada pelanggan Top 100 nya.

Lebih banyak hadiah, lebih WOW!

Dan bagi mengiktiraf sumbangan para pelanggannya, CJ WOW SHOP sekali lagi memulakan inisiatif terbaharu nya iaitu WOW In A Million! sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan setianya dengan memberi ganjaran hebat.

“Kejayaan pihak kami adalah disebabkan oleh kepercayaan para pelanggan kami sepanjang tahun. Dan, Wow in a Million adalah ganjaran kepada mereka. Selain memberikan penjimatan hebat, pelbagai ganjaran misteri, dan kejutan menarik khususnya kepada pelanggan kami di CJ WOW SHOP.” Tambahnya.

Bukan itu sahaja, berita baik buat semua pembeli CJ WOW SHOP!pihak mereka akan memberikan ganjaran bernilai RM 20 untuk pembelian seterusnya melalui platform e-dagang CJ WOW SHOP bermula 1 hingga 30 September 2018.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 27 Oct 2018

Fashionable and Still Eco-Friendly; Remade, Reduced, Recycled

It’s awesome to see big brands and fashion designers are conscious of their impact on the environment.

Hiburan Mon, 5 Aug 2019

Camila Cabello Puts a Light to the Shades About Her Body

Camila Cabello took to her Instagram to address the hates she’s been getting about her body image!

Hiburan Wed, 15 Aug 2018

Nora Danish Jawab Isu Pengasuh Dera Kanak-Kanak

Seiring dengan kes penderaan yang kini semakin menjadi-jadi, pelakon, Nora Danish berharap pihak berkuasa membuat tindakan ke atas kes tersebut.

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

‘Saya Putus Cinta’- Najwa Latif

While I’m writing this, Wawa masih takda boyfriend lagi when kawan kawan Wawa ada yang dah ada boyfriend, tunang, kahwin, ada anak.

LIFESTYLE Sun, 10 Feb 2019

Terdedah Kepada Risiko Kanser Usus Jika Duduk Lama Menonton TV

Kajian Terbaru Dakwa Duduk Tonton Televisyen Tempoh Yang Lama Boleh Tingkatkan Risiko Kanser Usus

Hiburan Sat, 11 Jan 2020
Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Ibu Mawi Meninggal Dunia

Berita sedih ini dikongsi kepada pengikut mereka menerusi laman Instagram radio Zayan.

Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Tony Eusoff Selesa Watak Komedi

Projek Dapat Baby’ mengetengahkan kisah pasangan suami isteri yang gigih mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional dalam usaha mendapatkan anak.

Events Mon, 19 Aug 2019

| Live TV