Trending By: SGMS Enal December 3, 2017 @ 3:13pm

Pasport Baru Malaysia Antara Yang Tercantik Di Dunia

Bagi mereka yang kaki ‘travel’ terutamanya keluar negara, pasti sudah biasa dengan ‘buku merah’. Tanpanya, anda pasti tersangkut di pusat pemeriksaan di pintu keluar atau masuk negara. Tanpa menafikan kepentingannya, antara ciri lain dokumen pengenalan diri ini adalah reka bentuknya yang menarik selain penggunaan warna yang amat menyerlah.

Terkini, kerajaan memperkenal pasport Malaysia berwajah baru pada 15 November lalu dengan pelbagai penambahan dari segi kemasan reka bentuk serta ciri-ciri keselamatan.

Ramai yang memuji kecantikkan dokumen perjalanan versi terbaru ini dengan rekaan batik bewarna biru, merah dan oren.

Di bahagian dalam, penambahan reka bentuk bermotifkan songket dengan tenunan keemasan, selain dua kuntum bunga raya kembang mekar di bahagian belakang.

Berbekalkan rekaan motif flora dan fauna, setiap helaian dokumen ini turut memaparkan subjek ikonik dan mercu tanda negara, misalnya Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Istana Negara, dan puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, pasport versi baru ini dibina berdasarkan konsep rukun negara, tradis dan flora dan fauna yang memberi maksud kedamaian dan kesejahteraan negara.

“Konsep lima rukun negara ini dapat dilihat menerusi paparan awal gambar-gambar masjid iaitu simbolik kepada kepercayaan kepada Tuhan, Istana Negara (kesetiaan kepada raja dan negara), bangunan Parlimen (keluhuran perlembagaan), Istana Kehakiman (kedaulatan undang-undang) dan Muzium Negara yang menunjukkan warisan dan budaya kita (kesopanan dan kesusilaan),” katanya.

Ujarnya, tindakan pengenalan imej baru itu mendapat sambutan baik orang ramai yang menyifatkan pasport Malaysia antara yang tercantik di dunia.

Selain reka bentuk fizikal yang lebih kemas, pasport baru ini juga didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan yang terkini termasuk pada bahagian kulit depan dan belakang, sekali ganda lebih baik dari yang lama.

“Muka surat biodata polikarbonat disertakan bersama cip di dalamnya berbanding sebelum ini cip di bahagian belakang pasport.

“Setiap halaman pada pasport juga mempunyai ciri keselamatan tambahan. Pengesahan dari segi ketulenan pasport tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan hanya didedahkan melalui cahaya ultra-violet (UV),” katanya sambil menambah kedudukan baharu cip itu menyukarkan pemalsuan maklumat dan bacaan data yang lebih mudah.

Beliau turut menambah bahawa setakat 15 sehingga 29 November yang lalu, hampir 20,000 pasport Malaysia yang bari ini telah pun dikeluarkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 12 Jul 2019
Trending Fri, 4 Oct 2019

So This Person Who Looks Like Jungkook is Not Jungkook?

This is the weirdest and most disturbing Jungkook-ception we have ever seen so far!

Trending Thu, 19 Dec 2019

“Did He Just Order Nasi Goreng Pattaya With Telur Mata?!”

This is one egg-ceptional food preference.

Trending Mon, 27 Nov 2017

YOU SHOULD CHECK OUT EDDIE PUTERA’S INSTAGRAM!

Eddie Putera brings art to a whole new level!

Trending Sat, 14 Dec 2019

Penjawat Awam Langgar 20 Kereta Sebab Samun OKU!

Video suspek melarikan diri dengan kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru turut tular di media sosial pada Jumaat.

Trending Mon, 4 Jun 2018

Ejen FBI Asyik Menari Tertembak Pengunjung Kelab Malam

Malangnya, tindakan itu menyebabkan pistolnya jatuh daripada seluar dan dia gagal menyambutnya sebelum alat itu melepaskan tembakan dan terkena seorang lelaki pada bahagian kaki.

Trending Fri, 21 Dec 2018

Miliki Nama ‘Trump’, Kanak-Kanak Ini Minta Tukar Nama

Hanya Kerana Miliki Nama ‘Trump’, Kanak-Kanak Ini Minta Tukar Nama

Trending Sun, 19 Jan 2020

‘Cermin Diri Sendiri, Jangan Campur Tangan Urusan Parti’-Haniza Talha

Teguran itu ditujukan berikutan kenyataan beberapa Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

| Live TV