Trending By: SGMS Faida April 3, 2018 @ 7:00am

Ibu Terkejut Bateri Kalkulator Tersekat Pada Usus Anak

Naluri ibu sememangnya kuat! Lebih-lebih lagi bila melihat seperti ada sesuatu yang tidak kena pada anaknya.

Nuramirah Mohd Yusof, 27, ibu kepada bayi berusia 13 bulan Muhammad Izz Nuqman Badi’uzzaman terkejut apabila dimaklumkan doktor anaknya tertelan bateri kalkulator! 

“ Dia nampak aktif dan ceria macam biasa, namun naluri saya sebagai seorang ibu mengatakan ada tak kena pada dirinya.

“ Bagi mendapatkan kepastian saya bawa anak ke klinik untuk menjalani pemeriksaan kerana naluri kuat mengatakan dia tertelan sesuatu.

“Tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan saya ketika doktor sahkan anak memang tertelan objek. Selepas melakukan imbasan X-ray, barulah saya tahu anak tertelan bateri kalkulator,” katanya.

Menceritakan kejadian di kediamannya di Puncak Alam, Selangor, di sini, jam 5 petang 28 Mac lalu Nuramirah berkata, hatinya terdetik Muhammad Izz Nuqman ditimpa perkara buruk selepas melihat kalkulator disusun di atas rak berhampiran tempatnya membaca buku terhempas ke lantai.

Katanya, dia terus mengambil kalkulator itu kerana risau Muhammad Izz Nuqman, mencapai serpihan daripada kalkulator terbabit yang dikhuatiri pecah.

“Hati saya berdebar sejurus meneliti belakang kalkulator berkenaan kerana skrunya sudah tercabut manakala bateri hilang. Jadi saya terus buka mulut Muhammad Izz Nuqman untuk melakukan pemeriksaan kalau ada benda asing, tetapi gagal mengesan sebarang objek mencurigakan.

“ Saya cuba cari semula bateri itu sampai jam 8 malam tapi masih tak jumpa, kerana tak sedap hati saya hubungi suami ketika itu berada di China atas urusan kerja. Suami nasihatkan saya supaya bawa anak ke klinik pemeriksaan lanjut.

“ Hasil pemeriksaan di klinik pertama dan kedua doktor menolak kemungkinan anak tertelan bateri, kerana tidak menunjukkan tanda-tanda seperti muka berubah kebiruan,” katanya.

Oleh kerana khuatir Nuramirah, merujuk bayinya ke sebuah klinik di Puncak Alam dan hasil imbasan X-Ray doktor mengesahkan Muhammad Izz Nuqman, tertelan bateri kalkulator yang ketika itu dikesan tersekat pada ususnya.

Doktor merujuk Muhammad Izz Nuqman ke sebuah hospital di Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibedah untuk mengeluarkan bateri itu.

Menurutnya, doktor berjaya mengeluarkan bateri berkenaan yang ketika itu sudah berkarat meskipun kurang 24 jam berada di dalam badan anaknya.

“Doktor beritahu bateri itu masih aktif dan asudah bertindak balas dengan badan, sekali gus membahayakan nyawa anak jika lambat bertindak.

“Selain itu, doktor beritahu jika lebih empat hari di dalam badan, anak saya boleh koma berpanjangan atau maut,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 21 Oct 2019

Artistreet Dance Competition; Cash Prizes Totaling Up to RM18,000 to be Won!

Your aspiring and enthusiastic talents might be what they are looking for!

Trending Mon, 22 Jan 2018

Gadis Sesat 19 Hari Di Gunung Tahan 9 Tahun Lalu

“Saya Hanya Terbayang Orang Jumpa Mayat Saya Terapung,” Kisah Saat Getir Gadis Sesat 19 Hari Di Gunung Tahan 9 Tahun Lalu

Trending Thu, 25 Jul 2019

Bahaya Penyakit Sinus, Muka Bengkak 3X Ganda

membengkak tiga hingga empat kali ganda saiz dari biasanya

Trending Fri, 19 Jun 2020
Featured Wed, 7 Mar 2018

Ramai Nak Tahu Status Ziana Zain Selepas Suaminya Didakwa, Adakah Mereka Akan Bercerai?

Melihat ketegangan rumah tangga Ziana dan Armin ketika ini, ramai menjangkakan pasangan ini akan membawa haluan masing-masing, terutamanya jika Armin gagal menang kes.

Trending Wed, 29 Nov 2017

Jana pendapatan melalui Vending Machine ‘Boss Vend’

Ingin berniaga tetapi masih belum dapat mencari produk atau lokasi yang sesuai? Terbaru dilancarkan Vending Machine ‘Boss Vend’. Jom baca apa yang menarik

Trending Sat, 11 May 2019

Bayi Guna ‘Walker’ Diluar Rumah Maut Digilis Treler

Bayi Guna ‘Walker’ Diluar Rumah Terlajak Hingga Ke Jalan Maut Digilis Treler

Trending Wed, 25 Mar 2020

| Live TV