Featured By: Yanie Baharom March 7, 2018 @ 2:07pm

Ramai Nak Tahu Status Ziana Zain Selepas Suaminya Didakwa, Adakah Mereka Akan Bercerai?

Apabila penyanyi terkenal, Siti Roziana Zain atau lebih dikenali dengan stage name Ziana Zain, melaporkan perbuatan suaminya mencederakan anak lelaki mereka kepada pihak berkuasa sehingga Armin Zaharin didakwa  di Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam, ramai yang tertanya-tanya apakah status Ziana dan suaminya selepas ini sekiranya Armin didapati bersalah?

Meskipun suami penyanyi Madah Berhelah itu mengaku tidak bersalah namun sekiranya dia gagal mempertahankan diri, Armin boleh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan dari mana-mana dua darinya. Majistret juga telah menetapkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes pada 4 April nanti.

Setakat ini berdasarkan informasi sumber terdekat Ziana, tiada sebarang perancangan untuk membatalkan dakwaan terhadap suaminya itu. 

Melihat ketegangan rumah tangga Ziana dan Armin ketika ini, ramai menjangkakan pasangan ini akan membawa haluan masing-masing, terutamanya jika Armin gagal menang kes.

http://www.encikshino.com/rumah-tangga-kekal-bahagia-19-tahun-ziana-zain-kongsi-4-rahsia/

Semalam  viral di media sosial suami kepada penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya.

Dia didakwa memukul menggunakan rotan pada 25 Februari lalu. Walaubagaimanapun, Armin mengaku tidak bersalah dan menyatakan tujuannya adalah untuk mengajar anak mengaji dan solat namun anaknya tidak paham.

Berdasarkan kertas pertuduhan, laporan polis tersebut telah dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu. Ziana dan Armin telah mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta Pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

So, disebalik kes ini sebenarnya bukan mudah menjadi ibu bapa yang sabar di zaman serba moden dan maju ini. Tugas dan beban yang perlu ditanggung dalam kehidupan sehari-hari pastinya banyak mencabar daya kesabaran kita.

www.wanista.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 May 2020
Featured Tue, 24 Apr 2018
Trending Fri, 14 Feb 2020

[TERKINI] London Underground Jadi Sarang Penyebaran Covid-19

Diharap covid-19 dapat dibanteras secepat yang mungkin

Trending Tue, 31 Jul 2018
Trending Sun, 11 Mar 2018

Remaja Ini Koma Selama Setahun Dan Lumpuh Seluruh Badan

Dicabar Makan Lintah Oleh Rakannya, Remaja Ini Koma Selama Setahun Dan Lumpuh Seluruh Badan

Trending Mon, 5 Feb 2018

Orang Utan Mati Ditembak 17 Kali

Orang Utan Mati Ditembak 17 Kali Sebelum Dipenggal Dan Dicampak Ke Sungai

Trending Wed, 14 Mar 2018

奇怪!世界真有这么巧的事?

没想到,这个万万都真没想到,越想越是觉得奇妙,居然会有这么巧合的事情,简直不像真的——你说世界上怎么有那么巧的事呢?

Trending Tue, 20 Aug 2019

Azah Aziz Penyokong Tegar LGBT?

Benarkah Azah Aziz seorang penyokong tegar LGBT?

Trending Tue, 15 Jan 2019

Gambar Telur Ini Cipta Rekod Dunia

Cipta Rekod Dunia, Gambar Telur Ini Menjadi Gambar Paling Banyak Disukai Di Instagram

Trending Wed, 4 Jul 2018

Kejam! Bayi ‘Diculik’ Mati Dalam Peti Sejuk Rumah Pengasuh

Sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan menemukan mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat didalam sebuah beg berwarna hijau.

| Live TV