Trending By: SGMS Faida April 9, 2018 @ 5:42am

Niat Beli Jentolak ‘Lebur’, Peniaga Hilang RM 62,000

Dek terpedaya ketika urusan jual beli sebuah jentolak di laman iklan yang dipaparkan menerusi Mudah.my, seorang peniaga rugi RM62,000.

Sudah lah keluar duit yang banyak, lebih malang lagi rupa-rupanya jentolak tanah itu sebenarnya tidak wujud!

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang Superitenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada mulanya mangsa yang berusia 48 tahun itu telah memasukkan RM 1000 sebagai tanda setuju.

“Mangsa berurusan dengan lelaki bernama Samsul yang memberitahu mangsa tidak perlu ke Muar, Johor untuk  mengambil jentera itu jika membuat bayaran penuh sebanyak RM61,500 kerana mendakwa memberi diskaun.

“Mangsa terus memasukkan wang sebanyak RM30,000 di Maybank Jerantut dan RM31,500 di Maybank Bandar Jengka. Bagaimanapun, Samsul memberitahu mangsa bahawa dirinya adalah penipu selepas transaksi wang itu dilakukan,” katanya.

Mohd. Wazir menambah mangsa membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 15 Mar 2018

我不追剧,只追你!必学13句「神级情话」

每当喜欢上一个人,就会使出千奇百怪的方式,想要逗对方开心。比起送昂贵的礼物,幽默的话术是能轻易打中内心的选择,近年社群媒体上疯传「干话搭讪术」影片,用出其不意的语句,就能让别人肉麻到脸红心跳!

Trending Mon, 1 Jun 2020
Trending Fri, 25 Oct 2019
Trending Mon, 4 Feb 2019
Trending Sat, 27 Jul 2019

Isteri Suka ‘Shopping Online’, Surprise Menanti ..

Kejutan Hadiahkan Kek Berbentuk Bungkusan Kurier

Trending Wed, 17 Jun 2020
Trending Mon, 30 Apr 2018

Aiskrim ‘Perisa’ Tikus? Lihat Apa Wanita Ini Lakukan…

Bukan auta tapi insiden ini benar-benar terjadi di bandar Jiangsu Huaian apabila seorang wanita tergigit ekor tikus yang tersekat di dalam aiskrim. Euwwwww!

Trending Tue, 20 Aug 2019

Azah Aziz Penyokong Tegar LGBT?

Benarkah Azah Aziz seorang penyokong tegar LGBT?

Trending Mon, 22 Jun 2020

| Live TV